Monday, September 22, 2014

Lunch at Cafe De Paris With Nadia

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, I pergi lunch dengan Nadia. Dia ajak makan dekat Café De Paris, Pavilion. I cakap pada Nadia, make sure tempat tu ada kerusi untuk Shein baring sebab kalau I berdua je dengan Shein, I bawak stroller payung Toy R Us Shein tu je. Tadek der nak bawak Quinny Moodd besar bagak tu. Sebab malas dah cecantik pastu bersusah payah basah ketiak nak assemble stroller. Kuasa. So bawak stroller payung cukup. Cumanya kalau yang payung tu tak boleh recline la. So kesian kalau Shein tido, dia kena tido duduk la. Macam orang beriman yang mengaji lepas tu tertido duduk. Comel sangat.  Shein nanti dah besar-besar pergi mengaji macam tu la. Kuat tido. Sama macam Mama dulu. Haha.

So sekarang ni macam mana kalau nak Yoyo Zen pulak? Ada sesapa nak Shein punya Quinny Moodd tak? I boleh la jual harga sedara mara. Jangan mintak RM800.00 dah la. Kejam namanya tu. Takper, kiter boleh bincang macam mana. Sazli dia macam risau la sikit kalau I berdua je dengan Shein sebab dia tau Shein perangai sekarang kemain comel. Tak puas hati ke apa dia baling-baling je. Mild tantrum dah ada bunga-bunga dia. Tapi I ok je. Handle je la Sheins sedaya upaya I dengan kesabaran yang cukup maximum. I rasa Shein punya perangai if ada I dengan Sazli memang lemak berkrim. Tapi if ada salah sorang dia akan behave sikit la. Dia kesian kot? Good boy Shein. Bak duit sebab Mama nak beli stroller lain.

I pon bijak, if nak keluar berdua dengan Shein, I makesure dia tak tido lagi. Biar ngam-ngam sampai mall, dia tido and lepas tu I boleh la aman damai makan for at least 2 hours. Macam hari Sabtu tu. Dalam kereta dekat Tol Akleh mata dia makin lama makin kuyu. Dia pejam je I panggil, ‘Shein?’ Member bukak mata, lepas tu lelap balik. I panggil untuk kali ketiga terus marah-marah I. Bagi susu pon baling. Waaarghh hahaha. Tidolaaaaa. Sorry Mama kacau. Tak best buddy la kalau I drive U tido.

So we manage to get a kerusi panjang yang ada span dekat Café De paris and selesa la Shein tido. Tenteram I makan. Boleh makan sambil chat dengan Nadia. Elok nak habes je makanan Shein jaga. Lepas tu nak makan jugak. Bila dia nak ambik straw dalam I punya air, I letak gelas jauh and there u are people. Start la Shein tarzan. I tak tunggu lama so terus suruh Nadia bayar bill. Kiter makan 3 pinggan share 2 orang. Konon-konon satu appetizer la. Makan banyak giler. Harga dia reasonable. Yang penting, presentation memang lawa and interior design ala-ala kat Paris la konon. Best. Aritu I dinner kat la Bodega nampak la Café De Paris ni. Ramai orang lepak for coffee waktu malam.

Makan roti dekat sini teringat masa Europe dulu. Roti dia fresh and macam-macam rupa. Korang kena makan dekat sini ok? Cuma I rasa kalau nak aman damai makan senyap-senyap tak dapat la kot sebab bising sikit. Lokasi dia depan dengan La Bodega and sederet dengan Starbucks tu. Level 3 Pavilion. Sesuai untuk pasangan bercinta yang fe-feeling macam dekat Paris. Romentik je. Romentik tapi panas and bising. Aku pon tak paham konsep romentik dia ni macam mana.

So check out apa yang kitorang makan ni. Semua sedap and lawa-lawa sampai rasa macam tak sampai hati nak makan. Haha. Tenkiu Nadia and Shein for the lunch! Nanti kiter makan sama lagi ok? Give me five!

-EnD-



I tak ingat tau nama apa yang kitorang makan. Tapi lebih kurang macam ni la bunyik dia. Ni I tanya Nadia, dia cakap cant remember. So yang ni nama dia Tartade Salmon. Ke Saumon? Ke Sailormoon? Blasah.


Different view of Tartade Saumon. Sedap! Salmon tu makan dengan roti with avocado, cream cheese, lemon and atas tu dill. 



Yang ni pulak  Charcuterie Sandwich? Kot? Hahahah. Menda nama berbelit-belit.  Roti dengan salami and chicken slice + mustard. Lepas tu ada salad and fries. Sedap! Full of flavor walaupon tadek sos cili segala. Jangan makan dengan sos cili. It will kill the taste. Ok?


Yang ni paling win la. Serve dalam periuk macam ni kalau nampak dekat GF I mampos kena maki. Haha. Yang ni nama dia Chicken Casserole. Sedap nak mampos. Patut share je makan ni dua orang dengan Nadia sebab portion dia besar tapi tamak. Biasa la. 'Babe, I am so hungry and I want to eat the whole cow'. Macam tu punya lapar. Sian sangat.


Shein good boy. Bila keluar dari restaurant and I letak dia dalam stroller diam pulak. Dia memang suka stroller payung ni. Mat saleh pandang-pandang je I dengan Nadia. Dia tengok memasing handbag nak Prada Gucci segala tapi stroller anak macam tu. I buat bodoh je. Lantak la. Janji Shein suka. 


Masa ni dekat Zara. Shein sebok main dengan patung. Pegang sana pegang sini. Tadek pulak dia lari-lari satu mall ke macam biasa kalau ada Sazli. Dah la hensem pakai T-Shirt putih kosong mcam tu. Abang-Abang sangat Shein. Shein, nak uwet!



Ni suasana dalam Cafe De Paris. Taken from here. Korang boleh datang sini nanti untuk lepak-lepak. Kiter makan 3 dish tu dengan fresh fruit juice semua sekali dalam RM116.00 je. Tak mahal sangat. Coffee pon banyak, pastry pon ada. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...