Tuesday, September 23, 2014

Shein, Arnab And Aniq Rayyan

Assalamualaikum.

Minggu lepas kitorang pergi Puncak Alam. Visit Ayiel anak cousin I. Dia dah bersalin. Maknanya I visit I punya cucu lagi la. Perrrghhh dah ada 2 cucu sekarang ni. Ko ada? And Shein automatic jadik la uncle. Uncle Shein. Uncle Shein yang kalau tengok baby baru lahir, kata dia ‘Fish’. Amsyar  anak De up skek, kata dia ‘Ulat’. Haha. Sebab baby kan dia macam gedik-gedik bergerak macam tu. So jadiknya ulat la. Pon boleh.

Masa kat Umah Kak Ngah (Cousin I) Shein suka giler main dengan arnab. Sikit tak takot. Siap bersila lagi kat tepi sangkar. Pastu amek rumput yang sependek jari dia, pegang hujunggg je lepas tu bagi arnab makan. Kus semangat. I yang terjerit-jerit sebab takot jari kena gigit arnab. Arnab tu nampak macam lapar je. Kata Kak Ngah arnab tu memang 24 hours lapar. Tadek masa yang dia kenyang. Ni sama sepsis dengan I la ni. Manjang lapar.
  


Suka kau eh Shein? Siap duduk bersila lagi. Kemain dekat dengan Sangkar.

Bila Kak Ngah bagi arnab makanan dia Shein pon sebokkk jugak. Duduk dekat dengan sangkar. Bila arnab tu nak keluar dari sangkar, dia selamba dia pegang and peluk sama macam yang dia biasa buat dekat kucing. Arnab tu pon jinak. Dia takkan lari jauh-jauh. Nanti kata Kak Ngah, dia sendiri masuk dalam sangkar dia semula. Sebab dia taktau naseb dia macam mana. Kalau dia tau yang dia bakal jadik satay, I rasa dia dah lari terus kot? Haha. 



Nak jugak kacau arnab makan. Ni dia tiru Kak Ngah la. Ambik makanan arnab then letak dalam bekas tu. Rambut dah kenteng.


A minute before arnab tompok tu kena ketuk manja dengan cawan plastik. Haha.


Suka eh kau Shein? Lepas main arnab terus mandikan Shein sebab dia dah start menggaru. Arnab ni biasa banyak hama.

I rasa now is the right time to bring Shein to Zoo. Kalau pergi weekend ni macam best je. Dyba jooommmmmmmmmmmmm!!!!

-EnD-


Last but not least, Ayiel and Aniq Rayyan Bin Haslan. Omel cepet-cepet. Sebijik muka Ayiel.

7 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Klu bw p Zoo, tgk kot jauh ja
Cho bw p Farm in the City @ Rabbit Fun Land kat Bukit Broga
Mst best...
boleh pegang2...

FadlinaMokhtar said...

Best zoo negara.baru jer p haritu.penat la tapi and berlendir.hahaha

sofiana1704 said...

jom pg farm in the city sabtu ni..hehe..plan nk bawak anak2 ke situ jugak..boleh le buat2 terjumpa...hihi...

Chooyaya! said...

Hariz Zuhaina : taknak la pegang2. takott.

Chooyaya! said...

FadhlinaMokhtar : Kalau pergi time hujan lagi la haru kan? Ishk. tak sabra plak nak pergi zoo.

Chooyaya! said...

Sofiana : Farm city tu kat bangi kan? jauh la awak. meh la dtg zoo.

Chooyaya! said...

Sofiana : Farm city tu kat bangi kan? jauh la awak. meh la dtg zoo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...