Thursday, October 16, 2014

Johor Premium Outlets

Assalamualaikum.

Untung la OngJohor sebab ada JPO. Outlet kan dia biasa jual murah dari mana-mana Butik yang ada? Macam haritu I beli baju Shein dekat Baby GAP. Sesuka hati sehelai sleeveless and pants harga RM30.00 je lepas tu T-Shirt yang sama I beli dekat GAP Pavilion RM65.00 sehelai, kat sana cuma RM39.90 je. Penjahat betul. Naseb baik tak banyak sangat time, kalau tak mesti bersila pilih baju. Hahaha. Sebab murah sangat kot? Kalau beli sehelai dua memang tak nampak, tapi kalau beli 20 helai so kira sendiri la berapa banyak penjimaat kat situ. Dekat RM500.00 perghhhh. Memang kat sini konsep dia ialah penjimaat dari 25% up to 65% EVERYDAY. (Kesian baru nak excited).

Ada orang cakap barang-barang dekat JPO is outdated tapi kesah pulak kan? Lantak la. Bebudak kecik pakai apa-apa pon comel. Janji baju berganti selalu. Shein pon kemain suka lagi main lari-lari dekat sini. Naseb ada Baba tukang kejar. Bagus. Dah nak keluar tu mengamuk nak pakai spek mata hitam. Kemain perangai. Dia bukan nak pakai sangat pon. Sengaja je nak main-main. Ambik spek, bergaya depan cermin lepas tu gelak buat-buat macam Farok Si Gagak Hitam.

Lagi satu yang murah dekat JPO is La Senza. Kegilaan apakah bra serendah RM100.00 untuk tiga helai? Menyampah. Dekat KL memang tak dapat la macam ni harga.  Panties pon murah. Boleh la beli lepas tu salin setiap kali masuk toilet. Hahaha. Sebab murah, apa lagi ambik la buat stok tukar hari-hari bra baru sampai seminggu. Masa dah dalam kereta, baru I wasap dalam group cakap bra murah. Intan kata nak kirim tapi dah terlambat. Phewww naseb baik.

I tak pergi pon tengok handbag dekat sini sebab tadek target pon nak beli handbag. Ada la a few butik Macam Michael Kors, Kate Spade, Furla, Burberry, Coach tapi tak singgah langsung. Lalu sambil jeling dengan ekor mata. Ada la beli a few shirt dekat Nike, Guess, Cotton On gitu-gitu je. Sebab limited time so nak memilih pon macam stressed. Time ni Bapak and Sazli lepak minum coffee and biar Shein main dekat small playground dekat situ. 2 hours berlalu begitu pantas.

Mak pulak shopping melebih-lebih. Dia suka baju-baju dekat sini. Tapi brand yang I tak familiar la. Flow ke menda entah. Jenis beli sehelai RM150, beli 2 helai RM170 (lebih kurang) so baik beli 2 helai. Bila dah tak larat jalan dengan heels, I beli terus pump shoes dekat Cotton On terus jalan laju macam Watson Nyambek. Walaupon sebenarnya Watson Nyambek tu dia athlete angkat berat tapi takpe. **Ira bongok. Sebenarnya Watson Nyambek memang lari la. Yang angkat berat tu Sapok Biki. Dia makan jeruk babi bagi kuat tu. KBye. Esok lunch kentin. Haha


Sementara tunggu Mak pilih baju dekat Flow. (Flow what???)



Mak ni memang tau? I ambik gambar dia cantik-cantik je. Dia ambik gambar I semua tangan gigil.


TQ Sazli sebab jaga Shein!



Si Shein excited tengok kolam dekat tengah-tengah tu.


Tunjuk-tunjuk sana nak masuk kolam. I biarkan aje dia lepas bebas berlari. Ta[i pandang-pandang jugak takot dia terjun kolam. Shein memang dia asal nampak kolam je, nak terjun. Haha.


TQ Mak and Bapak sebab bagi token shopping dekat sini. Heeeeeee.

Korang boleh klik dekat sini untuk check outlet mana yang ada. I mati-mati ingat kat sini ada Prada, Gucci, Tory Burch Robinson ke tapi tadek pon. Bagus jugak takde kalau tak nanti takot malam tido tak lena pulak. Bapak offer nak pergi lagi ke malam ni or esok, I don’t mind kata dia. Mak dah excited. Tapi ayat hujung, ‘Pergi balik naik taxi’. Nyampah.

P/s: Tunggu eh pada yang tunggu entry bergambar Legoland? Nanti I up. Bak uwet upah tulis entry

-eNd-

4 comments:

Jueliza Jamani said...

bleh rambang mata & purse kempis ni g sana.. ohh tidakk

Mimy Hamid said...

OIT FLOW TU BRANDED LA...AKU PAKAI FLOW HEHEH..PLUS SIZE NYA BRAND LA...KIKIKI

manisz said...

tq for sharing.. i dok pernah lagi smpai sini.. tq kasi link tu..

eh su.. btw, sapok biki tu.. boxer.. napa lepas ke angkat berat? saje eh?

Chooyaya! said...

Jueliza Jamani : memang pon. tp kena seharian la duduk sini. sebab kalau tak rasa mcm rushing

Mimy hamid : Mana la aku tau. hahahahah

Manisz : entah eh? salah jugak eh? kbye je la. hahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...