Monday, December 1, 2014

Breakfast dengan Siti Hamira Noh (Siap nama penuh tu yang tak tahan) Haha.

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama akhirnya dapat jugak jumpa Mira. Yayyy!! Tu pon lepas kiter janji 3 minggu awal. Memasing kena mark dalam calendar time nak jumpa sebab kiter semua kan bizi je time weekend? Macam YB yang tak habes-habes visit kawasan. Last jumpa masa wedding dia awal tahun dulu. Bapak la lama! Dari Mira kurus, sampai gemok, pastu tak sempat kurus lagi dia dah tambah gemok sebab sekarang dah mengandung 7 bulan. Baaaaru la dapat jumpa.

Nak jumpa weekdays tak boleh sebab Mira bukan orang Ampang/Melawati dah. Dia sekarang duduk nun jauh dekat Kuala Selangor (Tapi sebenarnya Banting dekat Kuala Langat eh Mira. Ko jangan nak macam-macam. Thank you farae al-farafisya) Apa eh nama tempat Mira duduk tu? Jap nak tengok henpon. Ok. Banting. Sapa sini orang Banting mintak tolong la tengok-tengokkan Mira. Kalau datang KL, tolong la tapau makanan sedap-sedap sebab kata dia kat Banting semua makan tak sedap. Kata dia lagi sedap kalau dia masak sendiri dekat rumah. Maksudnya betapa la tak sedap sebab I pernah makan kot Mira masak. So taknak ah komen apapa. Haha.

Tabah jugak Juan eh nak tunggu Mira masak? Sebab dia basuh beras pon 40 menet. Ni nak masak nasik, masak lauk semua memang berkurun la. Kahkahkah.

Mira, rumah Mira kat Banting tu ada Astro dah kan? Entah takde agaknya. Dia tu bukan boleh caya. Sedang dulu masa dia tak kawen duduk kat Klang Gate sana tu, asal Jumaat datang rumah aku nak tengok Maharaja Lawak. Sebab rumah dia tadek Astro. Kekadang lepak kat kedai Mamak nak tengok Chelsea punya game. Dah la sokong Chelsea sebab dalam bilik dia adik dia tampal poster Chelsea. Tak relevan langsung alasan minat Chelsea. Bila kiter tanya kalau sokong Chelsea, bagi seorang nama pemain Chelsea.. Tu pon Mira tak boleh jawab. SEORANG JE PON PADAHAL. Dia senyum je tayang gigi. Ngek Mira. Tapi I agak sekarang dia dah up skek sebab dalam kereta dia ada ventolin.

Apa kena mengena ventoilin dengan Chelsea? Jawapan : Takde. Haha. 

Kepada Jah kawan Mira yang selalu cakap rasa macam nak tunjal je Maksu lepas baca blog dia, well Jah. U bukan orang pertama cakap macam tu. Dah ramai dah yang lagi awal dari ko.

Anyway, yang breakfast ni memula Mira cakap nak makan kat Levain. I tanya dia, duit ada ke tak? Kata dia takde. Dah. Tak payah nak Levain-Levain. Kedai Mamak je dah. Lepas tu Mira kata ok la ok la. Kiter makan la urban sikit yang macam Maksu nak, tapi Mira bawak Min la. Sumber kewangan Mira. Hahaha. Sedih giler Mira ni.

So, nak dekat hari kejadian I tanya Mira nak makan area mana. I suggest makan O’Briends GE Mall sebab biar la sekali-sekala jumpa datang tempat ada aircond. Lagipon kesian dekat Mira, dah la pregnant. Tapi kesian gitu-gitu je la sebab I suruh dia datang amek I dekat rumah. Malang nasib Mira, dari dia tak kawen sampai mengandung pon still kena drive me to the mall. Haha.

Mira cakap tadek masalah. Boleh je jemput Maksu yang cantik asalkan jangan komplen kata kereta dia kotor, busuk, bersepah. Pastu I jawab, ‘No problem Mira. Dah biasa. Lagipon bila masa yang sepanjang kiter kenal, kereta Mira pernah bersih?’ Mira jawab, ‘Kwahaja Maksu’. Haha.

Perghhh panjang plak intro. Padahal nak cerita keluar breakfast dengan Mira jer pooonnnnnn. Hahaha. So, Mira datang amek I dengan Min around 9.00am. I dah cakap kat Mira jangan lambat sebab dulu kalau keluar dengan Mira biasa dia lewat 3 4 jam. Dah la dia pesan, ‘Maksu kau jangan nak cantik-cantik, kiter nak breakfast je. Bukan nak shopping’. Lepas tu I jawab, ‘Eh Mira. Kena la cantik-cantik. Nanti kalau jumpa peminat Maksu macam mana?’

NAH BALDI. BUAT TADAH MUNTAH. Haha.



Boleh tahan susah nak amek gambar depan Guardian ni. Dengan Makcik Cleaner kulu-kilir. Pastu cameraman pulak tak pandai nak amek gambar. baru keluar flash dia dah turunkan henpon. Cane?


Itu yang 10 kali amek gambar dalam 30 keping, cuma sekeping je boleh bawak masuk blog. Haha. Yang ni ni kenapa ni beria ketawa eh Mira? Mira dah pesan, Kau tu Maksu, nanti kalau amek gambar Mira lawa pon, mesti Maksu pilih gambar Mira yang buruk. Pastu I kata, 'Naseb la. Kalau nak gambar Mira je yang cantik buat la blog sendiri. Tapi tu la. Mira sorang je la yang baca'. Haha.


Dorang sesama pakai baju belang-belang. Ni mesti dah janji ni nak pakai sama. Min tu takper lagi. Macam Mira dia kena paham konsep baju belang akan menampakkan dia lagi gemok. Taknak jugak dengar nasihat. Dah terus nampak macam almari baju duduk tetengah jalan. Padan muka.


Ambik gambar selfie atas escalator macam remaja muda mudi je. Gambar Mira ni kan? Yashie tanya. 'Mira, muka Mira bengkak ke?' Untuk Yash, ni bukan bengkak. Ini gemok. Sebab budak Mira ni dia mana ada pantang makan. Semua bedal je. Dia cuma pantang jumpa. Haha.


Memula masa nak amek gambar ni Mira ikat rambut tau? Lepas tu dia lepaskan. Beria buat muka lawa. Last-last ini je hasil dia. I punya la pesan, 'Ok Min, Mira. Buat muka yang paling lawa. Hasil muka Mira yang paling lawa dekat gambar last. Tengok la sendiri. 


Tetengah makan, ada Porsche park dekat sebelah. Mat Salih mana entah. Beria Mira nak suruh amek gambar. Konon kereta kiter la. Lepas tu bila terlalu fokus pada Min lama sangat sampai Mat Salih tu sampai balik kat kereta dia and blah. Pastu Mira marah I. Tuuu la Maksu! Dah tak sempat nak amek gambar belakang kereta Porsche. Cecece. Padahal laki dia pon pakai Porsche. Saja la tu nak merendah diri. Mira. Hutang Maksu bila nak bayar? Haha.


I order set ni je. RM12.50 siap air. Murah giler. Sebabnya I dah kenyang makan nasik goreng tadi dekat rumah. Niat nak rasa je. Tetiba sedap pulak. Tu yang sampai 2 3 sudu 'rasa'. Sebab sebelum keluar masa Sabtu tu, I dah siap kemas umah siap and buatkan Sazli and Shein sarapan. Baru senang hati nak keluar. Kata Mira, 'Surirumah sangat dah Maksu ni'. Dah tuuuu??????


Min makan smoke salmon sadwich. Dengan juice. Breakfast nak smoke salmon je. Melampau Min ni. I tanya Min, 'Min nak kawen bila?' Kata Min, "Next year Maksu'. Dengan sapa? Yang lama ke yang baru? Min jawab, 'Yang sama'. Hahahha. Tak menjawab soalan la Min ni.


Mira kata dia breakfast yang value meal je. Sebab tadek duit. I kata kalau value meal yang below RM15.00, yang ni sekali air dah doploh hengget. Value la sangat. Habes ok Mira makan sebesar besen portion macam ni. Hebat nak mampos Mira.


Mira Mira! Muka yang paling cantik. Snap snap. Ni hasil dia. Okla. Redha.

Around 11.00am kiter dah sampai rumah balik. 2 hours quality time together dengan Mira and Min. Cukup dah. Tak nak mintak yang lebih-lebih. Lepas ni Mira dah ada anak, so nak keluar memasing kena bawak anak la kan? Maknanya Mira, I see U another 10 years la eh? Hahahaha. Nanti Maksu datang visit Mira dalam pantang dekat rumah Mak Mira ok? Bulan dua kan?

Pesanan Maksu, tolong take note pasal stroller tu. Takpayah nak Graco Quinny segala. Nanti menyesal. Beli Yoyo Zen je. Kot nanti dah pakai lepas tu komplen berat la, makan space la apa la Maksu tunjal je kepala tu. Bukan tak pesan pon. Dah pesan. Mira je yang taknak dengar.

Last but not least. Mira. Nak Uweeeeetttttttttttt!!

-eNd-

3 comments:

farae al-farafisya said...

Kak Su, kite org Banting tapi Banting bukan kat Kuala Selangor tp Kuala Langat...;)

Chooyaya! said...

Farae al-farafisya : yer ker? ok ok. pepandai je mira ni kata kuala selangor. nak kena ni mira!

farae al-farafisya said...

Cer Kak Su tanya bebetul, Banting kah? Kuala Selangor kah? Kalau Banting, leh kite hai hai bye bye kot terserempak tgh jalan kan...hehehe..