Assalamualaikum..
Macam dah lama I tak buat make-over rambut, so
bebaru ni untuk self-reward I decide nak do some hair treatment, hair-cut
dengan some hair coloring. I buat dekat Salon yang I biasa buat threading since
8 years ago. Lavina’s Hair & Beauty Salon dekat Ampang Point. Sapa yang
duduk area Ampang mesti tau salon ni dekat mana. Salon ni bebetul dekat
belakang Ampang Point Shopping Centre. Kalau korang park dekat Ampang Point
punya basement, keluar jer dari basement terus nampak salon ni.
I memang kenal dah dengan staff-staff dekat sini
sekali dengan boss dia, Lavina. Masa Shein lahir dulu, Lavina siap bagi hamper
lagi. Baik giler kan? Service dekat sini memang warm and friendly. Dorang bukan
jenis nak paksa-paksa korang suruh guna service and product dia macam some
other Salon. Memang tadek. Biasa kan kalau korang pergi Salon memana, nanti dia
akan cakap rambut you rosak lepas tu paksa paksa paksa buat hair treatment.
Dekat Lavina’s tadek. Dia memang la rekemen, but if korang taknak takper. Tadek
paksaan. Klik sini untuk baca pengalaman I kena paksa dekat Salon GE Mall.
Geram je kalau ingat.
Ni after haircut and coloring. Tak potong pendek sangat. I suka kalau takat shoulder length jer. Sebab kalau lagi pendek nanti muka jadik dulang. Haha.
Ni sebelum potong. I suka rambut panjang tapi akar rambut dah tak kuat. I rambut tebal and berat so bila panjang banyak yang gugur. Sobss....
I ambik kaler jenis natural rose (921S)
Cecece. Muka nak serious jer
Another thing, harga dekat sini konsisten. Kalau
korang datang harini wash and blow RM25.00, datang minggu depan pon still
RM25.00 jugak. Biasa Salon ni kekadang harga main bagi je. Minggu ni harga
lain, minggu depan datang dah harga lain pulak. Tak konsisten. Kata Lavina’s,
nanti kalau Malaysia dah start GST
pon dia takkan naikkan harga services and products. Still sama. Kata
Lavina’s, rugi sikit takpe janji customer happy. Bagus!
I punya favorite shampoo girl is Moon. Korang kalau
nak datang wash and blow, carik Moon. Kalau dia yang cuci I rasa kepala bersih
giler. Dia garuk-garuk rasa sampai ke kulit kepala. Walaupon dia garuk best,
tapi tak pulak sakit ke apa. And dia blow pon best. Teringat I pernah pergi Salon
dekat Jengka dulu. Dah la charge mahal, dia blow rambut sampai meleleh air mata
punya la sakit! Kalau Moon tadek, ada Monica jugak. Monica is a hair –stylist.
Potong rambut lelaki boleh, perempuan pon boleh. Dia wash and blow pon best.
Kalau rambut korang jenis frizzy ke, nanti lepas sejam dah kembang semula tapi
dekat Lavina’s, dia blow memang tahan lama. Tak kembang macam singa dah.
Ni I punya own experience since 8 years ago. Dah 8
tahun keluar masuk sini harga wash and blow RM25.00 tak berubah sampai la
sekarang. Hahahahah. Sebab tu I suka. At least once a week I akan datang untuk
wash and blow. Biasa hari Jumaat la. Weekend kan nak keluar? So rambut kena la
meletop. Hahaha. Mana nak dapat wash and
blow RM25.00 area Ampang? Takkan ada punya. Kalau ada korang boleh drop komen,
I nak datang petang ni jugak. Gitu semangat waja sangat I. Hahaha.
Kuku I after manicure.
Henna at Lavina's. Korang boleh pilih nak design macam mana dekat catalog.
Kalau macam ni RM30.00 jer both hand
Inside Lavina's
Luas Salon ni
Tempat cuci rambut
Tempat threading
Lavina’s ni kira macam one stop beauty center.
Below is the list of services and price yang Lavina’s offer.
- Manicure O2M Inglot breathable (halal) or modern inai – RM30.00
- Pedicure O2M Inglot breathable (halal) or modern inai – RM40.00
- Manicure biasa / buff – RM25.00
- Pedicure biasa/ buff – RMRM40.00
- Manicure and Pedicure biasa/buff – RM60.00
- Wash and Blow – From 25.00 (depends on hair length)
- Coloring Henna – From RM80.00
- Coloring Loreal (Halal) – From RM100.00
- If bawak coloring sendiri – RM50.00
- Hair spa Treatment – RM80.00
- Hair cut Man – RM25.00 (sekali cuci RM30.00)
- Hair cut Woman – RM25.00 (sekali cuci RM40.00)
- Perming/Rebonding – From RM200.00
- Relaxing – From RM150.00
- Hairdo – From RM40.00
- Facial – From RM60.00
- Threading – RM7.00
- All type waxing – From RM10.00
- Henna – Based on design. Price started from RM30.00 for both hand
- Make-up Bridal – From RM150.00
Rambut baru. Muka nak suci jer eh? Pang nak?
Murah kan? And kalau korang buat threading dekat
sini memang puas hati. Yang tukang threading semua orang Hindustan. Dorang ni
memang kemas buat kerja and also ada a lots of experience. So takyah risau
kening senget sebelah ke apa. Tak pernah lagi I datang sini, dorang threading
sampai keluar darah. I pernah kot dulu threading dekat Bangsar dah la
disuluhnya lampu dekat mata sampai silau, lepas tu threading sampai terbit
darah.
Lavina’s also ada sediakan bilik khas untuk wanita
muslim. So semua orang boleh datang cuci and potong rambut dekat sini dengan
gembira. Kalau korang nak walk in boleh or kalau nak cop slot, also boleh call
for appointment. Mana tau ada any favorite staff, korang boleh call untuk check
dorang available atau tak. I boleh jamin
berdasarkan pengalaman I sendiri, korang akan puas hati. InsyaAllah.
Lavina’s Hair and Beauty Salon
24, Jalan Mamanda 4
Ampang Point
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-42656204 / 012-3315375 (Lavina)
Hours : 11.00am – 8.00pm
Open every day except for Public Holidays
Branches
G-83A, Wangsa Walk Mall
Bandar Wangsa Waju
53300 Kuala Lumpur
-eNd-
2 comments:
Dah jadik spoke person lavina ek..
As salam sis,
No henset lavina tu salah... ada auncle cina punya. dia minta jgn sebarkan. tq.
Post a Comment