Tuesday, March 17, 2015

Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Baru minggu ni la yang kitorang sekeluarga dapat get together sesama dekat KL. Maklumlah I kan bizi macam wakil rakyat? Bizi kesana-kesini. Dulu lagi bizi sebab I part-time jadik Power Rangers Kuning untuk menyelamatkan dunia. Now semenjak ada Shein dah resign dah. Takot tak boleh nak bahagi masa pada keluarga. Cecece.

Last week masa balik kampong I bawak GF pergi kedai beli ikan. Asal nampak orang tua-tua bawak motor ke, jalan kaki ke habes semua I tegur. Sebab Mak pesan jangan sombong-sombong dengan orang tua kalau dekat kampong. Tapi dalam pada peramah sangat tu, dah nampak macam Wakil Rakyat dah. HAHAHAHA. Bongok!

Anyway sambung balik cerita kami anak-beranak dekat KL. Ahad tu kata Sazli dia tingin nak makan sushi. So kitorang pergi ke Avenue K. Makan dekat Sushi Zanmai. Sebab Sushi Zanmai dah la makanan variety lepas tu murah mak enon. Lagipon I nak poyo guna season pass KLCC yang RM250 sebulan tu. Tak jauh pon nak jalan dari KLCC ke Avenue K sebab bangunan dia sebenarnya becantum.


Salmon sashimi ni ada  memacam nama. Kalo dekat Sakae Sushi nama dia hana maki. Kalau dekat Zanmai I tak berapa nak ingat. Yang penting sedap. Yang dekat Zanmai ni dia up skek sebab ada rangup-rangup on top. Sambil makan pejam mata. Sazli makan 5, I makan 1. Mana la keadilan dalam dunia ni. Haha.

Yang ni semenjak kenal terus jatuh cinta. Beef Sukiyaki nama dia. Sazli pon skarang dah suka. I ada ajar kan macam mana nak makan dalam entry-entry dulu? Amek beef slice, celup dalam sup tu dalam 5 saat and celup dalam telur mentah and ngap masuk mulut. Lemak-lemak je rasa. Harga pon murah. Dalam Rm18.00 je.


Chicken Teriyaki Don or I cakap Nasik bersama ayam masak kicap or kata Fiezul, 'Kaksu pandai cong saya eh? Kata nak makan Japanese tapi orderkan saya nasik dengan ayam toyu'. Hahaha. Orang Kedah cakap kicap tu toyu. Sebenarnya duluuu dorang dengan Omputih cakap soya sos. Soya soya soya tapi dorang boleh putaq adjust jadik toyu. Hahahha. Yang ni small size. RM8.90 je. I suka! Wajin order each time. Kan I hantu kicap? Shein pon suka. Dia campur nasik ni dengan ice chocolate dia. Habes pulak tu makan semua. Sabar je la.


Yang ni ice-cream sandwich. Also sedap gilers! Dia ada perisa vanilla and green tea as well. Harga less than RM10.00. Memang sedap. Rangup and sejuk.


Si Shein ni yo-yo-o je minum air. Habes ok satu glass ni siap ada nasik dalam dia suku gelas. Setel semua. Apa ntah rasa air coklat dengan nasik+kicap. 


Ai orang Melayu jati la Mama. Makan guna tangan la. Makan guna tangan tu dah bagus tapi makan tangan kiri. Aper kes? Hahaha


 Amboi baju. Tau la awak tu Bloggers. Haha.

Lunch this time Shein sangat la behave. Walaupon bersepah tempat dia tapi asalkan dia diam and kami dapat makan dengan gembira pon dah syukur sangat. Sazli pandai handle tantrum Shein. Nampak Shein bosan dia bawak jalan-jalan dulu baru sambung makan balik. 

I pulak kalau dah depan mata ada makanan mana nak boleh bergerak dah. Macam ada magnet. Lepas makan nanti Sazli bawak Shein wash hand pulak. Pendek kata bila keluar sekarang ni yang banyak handle Shein is Sazli la. Basuhkan berak dekat Mall pon dia dah boleh buat. 

Lepas makan kami pergi rumah Tok and lepas tu Sazli bawak pergi tengok sunset dekat Look Out Point. Nanti later I share gambar ok? Thank you Papa for lunch and jalan-jalan Ahad tu. Simple yet fun! Lainkali bawak jalan-jalan lagi ok? Nak uweeeet!!

-eNd-

1 comment:

FadMN said...

Ekkk bab rendam ngan telur mentah tu mcm tak leh pi ja org utagha kata..huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...