Assalamualaikum
Yang entry semalam I kata Sazli bawak I dengan
Shein ronda-ronda tengok sunset dekat Lookout Point kan? Harini I share gambar
pulak. Anyway, kalau sapa duduk area Ampang memang tau la Lookout Point ni.
Dulu sini ada restoran yang elok tapi now dah tadek. Nama restoran tu Heaven
dekat Pusat Pelancungan Menara TInjau. Maybe sebab tak selamat so dorang dah
tutup. Yang ada sekarang ni tepi lereng-lereng bukit tu macam Pasar Malam pulak
I tengok. Ada gerai-gerai makanan jual menda macam nasik lemak, mihun, keropok,
satay etc. Macam dekat Kundasang pon ada. Konsep dia semua gerai jual menda
yang sama. Macam franchise. Hahaha. Bongok.
Kedai makan dekat sini mostly dorang bukak start
dari pukul 3.00 petang sampai la ke tengah malam. Sometime kalau weekend dorang
bukak sampai pukul 3.00am. Kira kalau muda-mudi baru balik clubbing and lepas
tu lepak Lookout Point baru la cara kan? Haha. Kata adik yang I beli misup tu,
selagi makanan tak habes dia akan bukak je gerai dia. Sebab kat sini orang
ramai giler lepak. So sambil lepak layan GF boleh la main suap-suap makan baru
la romentik. I suggest kalau korang nak datang, datang la sebelum Asar and balik sebelum Maghrib or datang je lepas
Maghrib. Dekat sini takde disediakan surau. Toilet pon tadek. Konsep dia korang
dapat agak la macam mana eh?
Jangan nak fikir yang indah-indah macam punca air
yang bersih dan tempat yang selesa. Sini bukan tempatnya. Nak bawak budak kecik
pon I tak suggest, sebab kerusi meja dia pon ala kadar je. Kalau nak lepak
chill dengan kengkawan lepas main bola ke or saja nak borak-borak boleh datang
sini. Ok?
Lookout Point waktu petang nak dekat senja. Lawa kan?
Tengah sebok selfie sekali kantoi dengan Joe. Ni gambar ni dia yang ambik. Hahaha. Kebetulan dia ada amek gambar dari atas. I macam dengar orang panggil Saz, tapi tak pulak nampak sesapa yang kenal dekat sekeliling. Skali Joe masukkan dalam Instagram dia. Kantoi beria selfie.
Cantik kan sunset?
Disebalik bukit tu sebenarnya ialah bandar. Sepatuntnya nampak KLCC. I rasa belah sana sikit kot?
Halah halah muka Shein, suci bukan main.
Lempang nak?
Shein ni kerja dia berdukong jer la. Nak lepas kang takot dia terjun bukit jer. Haha.
Senang je Shein duduk. Parking dekat perut Abah. Haha.
Ni Sazli ni tengah bergayut dengan Apis. Dia kata sebelum dia kawen, nak ajak party. EH KEJAP. Hajar baca blog ni kan? Hahaha. Kantoi.
Macam I pergi haritu pon saje je. Kata Sazli nak
tunjuk tempat dia main bola dengan Bebudak Wakdan dekat Hulu Langat. Kata
Sazli, disebalik bukit tu sebenarnya ada town. Pekan Hulu Langat. Dia tak besar
mana tapi kalau korang datang rasa macam suasana kampong.
I suka gilerrrrrrrrrrrrrrrrr!! Rumah dia ialah
rumah kampong. Ada pokok buah-buahan keliling rumah. Ada sungai. Tepi jalan ada
jual ciken wing dengan air kelapa. Kedai-kedai pon ala-ala kedai runcit dekat
Jengka je. Tak boleh imagine, sebenarnya dari Hulu Langat ni nak ke KLCC tak
sampai 40 menet pon. I suka la sini. Nampak sejuk je. GF I patut dulu duduk
sini. Senang sikit I nak balik kampong. Boleh balik selang sehari. Serious I
suka Hulu Langat!
Ni dekat depan padang tempat Sazli main bola. Dekat Institut Kemahiran Belia Dusun Tua. Ada celop-celop, air kelapa dengan ciken wings.
Ada sungai!
Kalau I banyak duit nanti, nak beli la rumah dekat
sini. Buat macam homestay. Dia ala-ala Janda Baik la suasana dia. Atas bukit so
dia macam sejuk. Pembangunan pon dah ada dekat sini. Ada je rumah flat dengan
terrace. Tapi kalau rumah kampong macam lagi best je. Buat tepi sungai. Lepas
tu weekend sambil BBQ boleh terjun sungai. Perrrgh Perrghh Perrrghh! I love
Hulu Langat! Sesapa yang duduk Hulu Langat and tepi rumah dia sungai sila ajak
Kaksu datang lunch ok? Masak sedap-sedap kalau boleh. Hahahahahhahahah.
-eNd-
3 comments:
Assalam sue..akak duduk hulu langat. Tapi hari2 berulang ampang sebab anak2 mak yg tolong jagakan time i keje. Stay langat memang best..sebab mcm suasana kampung. Walaupun thn 2012 banjir teruk tapi hatiku memang tetap setia di langat hehe..salam perkenalan!
suke pergi area hulu langat tu. memang terase btul susasana kmpg. lagi2 kawasan air terjun dia. best!
haaa dulu zaman sekolah suka la lepak situ. dah ada anak ni malas la sebab kalau datang malam jalan dia macam bahaya je. Ikut highway depan Carefour tu. gelap and liku liku gituh.
pastu kalau pompuan setakat 2,3 orang pun macam bahaya je . banyak budak motor =.=''
Post a Comment