Monday, March 30, 2015

Nadia is off the market - Part II

Assalamualaikum…

Selamat Pengantin Baru untuk Nadia and Faheem yang sekarang ni tengah honeymoon dekat Japan. Tengok dorang upload gambar dalam IG makan hati je I tengok. Makan semua sedap-sedap ok? I bergenang air mata tengok sushi sashimi belaka. Lepas tu sakura pulak tengah nak bloom sekarang ni. Memang cantik. I love Japan! **Tetiba. Haha Anyway, harini I nak share gambar Nadia punya Majlis Pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac 2015 lepas.

Last entry I share dia punya make-up dengan baju kan? This time I share Nadia punya Bridesmaid dengan Hantaran both side. Konsep dia, gambar apa yang I ada jer. Sebab yang ni I snap dari handphone camera je. Tetiba selepas 8 tahun suka dengan Samsung, I rasa I suka iPhone better. Gambar iPhone lagi cantik dari iPhone. Ni S5 ni Sazli bagi masa birthday last year bulan 10. Pakai tak sampai 6 bulan tetiba nak iPhone plak. Acane? Pastu I nak pau iPhone Sazli yang 5s tu, kata dia bak seribu! Hahahahah. Jual murah sikit bang. Sekarang orang semua pakai iPhone 6 la. Hehe.

Hantaran 5 berbalas 7 tapi tetiba jadik 7-7 sebab kata Family Faheem, lagi 2 tu family dia bagi sebagai hadiah. Tengok segala mala YSL, Jimmy Choo, Dolce and Gabbana terus telan ailio. Hahaha. So kami 7 orang angkat dulang. I, Elinor, Azrina, Fyt, Fiza, Jaja and sebab Hui tadek attend wedding kawan dia dekat Sydney so baton bertukar tangan ke adik ipar Nadia yang comel, Ella Ezuana.

I sampai awal sebab kata Bridesmaid? Kena la sampai awal. Hahaha. Masa sampai, tengok ada Fyt, Fiza dengan Elinor yang macam Mak Pengantin sangat dah ada dalam bilik. Wei, best giler la bilik yang Sime Darby provide. Siap ada bathtub segala. Macam hotel 5 star. Si Elinor kan, dia buat kerja zup zap zup zap laju giler. Semua tulis dalam buku nota. Tulis manual. Hahahahhaha. I tengok masa ni Pengapit lagi stress dari Pegantin. Acaner?


Make up by Ayang Kamell
I memang paksa korang yang bakal kawen, amek make-up dengan Ayang sebab dia mekap lawa. Ni dah 8 juta kali bagitau ni. Kalau tak amek jugak, taktau la. Hahahaha.



In the making


Fyt dengan Fiza sampai lepas Elinor. Bagus dorang ni. Memang jenis punctual.


Jaja and Azrina. I tanya Azrina, 'Babe, baju kiter semua size sama kan? Kenapa you punya macam singkat sikit? Lawa! Kenapa I punya labuh?' Lepas tu Azrina cakap, 'Babe, you tengok la ukuran dada I, sebab tu you punya labuh'. Terus I jalan seret kaki. Hahahaha. 


Rambut blow tu Jumaat petang by Lavinas. Sesambil je iklan. Hahaha. RM25.00 je you alls! Dia blow memang tahan lama. So, jangan lupa pergi Lavinas and now pon dorang ada buat promotion 40% untuk semua jenis facial. Pergi sekarang aku kata!


Kasik chance please?

Kitorang sebok-sebok tengok Ayang Kamell mekapkan Nadia. Tak lama lepas tu Jaja pon sampai and bila quorum Bridesmaid aka Gadis Pengangkat Dulang (Gadis? Walaupon. Haha) dah complete, so Fiza sebagai ketua pasukan sorak Bridesmaid pon dah kecoh kelapa ajar macam mana nak angkat dulang siap ada count 1 2 3 la, bend kaki la apa la, hantaran pegang paras dada belah kanan la segala. I layankan ajer. Tapi macam biasa, mana la I nak boleh serious. I rasa Fiza berbulu je tengok I masa ni. Hahahaha.

Hantaran dari pihak Perempuan kepada pihak Lelaki







Hantaran dari pihak Lelaki kepada pihak Perempuan






I amek dulang tu pastu bend kaki kiri kanan and buat macam tarian sirih junjung siap angkat atas kepala 1 2 3 4 5 6 7 8 pusing kiri pusing kanan sebijik macam mana kitorang menari tahun 2010 dulu. Hahahaha. I suruh dorang semua buat macam tu, dorang kata I giler. Hahahahha. Lepas tu kena ukur, sapa pendek depan. Sapa tinggi belakang. So paling depan ialah Ella, sian dia pendek. Tapi takperla. Sebab baju dia kan lain, so dia kira ketua la. Hahahaha.

Lepas Ella is Jaja, Lepas tu Elinor, Fyza, I, Azrina and blakang skali Fyt. Fyt la paling tinggi sebab tu BF dia Spanish (padahal tadek kena mengena dengan ketinggian pon. Haha). I seronok la doing this job. Si Fiza tu macam emak-emak sangat OMG. Sekejap suruh pakai kasut, sekejap tak. Ha, gaduh la korang kat situ. I teruskan dengan acara tarian sampai Ella dah senak-senak perut ketawa. I tengok yang belah lelaki relex je. Tadek pon nak susun-susun belaka. Konsep dia, sapa tua kat depan, sapa muda kat belakang.

Kitorang masa masuk hall nikah nak letak hantaran, count 1 2 3 and  letak hantaran. Lepas tu count 1 2 3 bangun. Count 1 2 3 baru jalan keluar. Tersusun sangat. Fiza mesti bangga kan dapat organize kitorang lawa and tersusun macam ni? We doing good girls! Hi -5!


Minus Elinor. Masa ni dia tengah bizi kehulu-kehilir. Kata Mak Pengantin? Haha.



Yay. Complete!

Lepas dah setel dengan tugas hantaran, kitorang duduk la tunggu Nadia dinkahkan. Gambar lain, nanti I sambung Part 3 OK? Tapi bila semua dah setel rasa macam missing la. Nanti InsyaAllah Sept baru Nadia buat dia punya reception. Lambat lagi! Dah tetua macam ni baru rasa enjoy jadik bridesmaid. Hahaha. Lawak betul. Oh. Pada yang tanya baju beli dekat mana, kata Nadia dia beli dekat Ampang Park. Dekat mana pepandai la korang carik sendiri.

So stay tuned untuk next entry ok? I tengah hangen dengan agent Prudential ni. Dah la call paksa-paksa suruh amek insurance dia. I cakap I dah ada 3 insurance, so nak kena ambik jugak lagi ke? Kata dia, kalau dah ada 3 4 insurance pon bagus Alhamdulillah. Tapi yang ni kiter nak bagi untuk tujuan penghargaan. Kalau penghargaan bagi la free. Kan? Dah la call hari-hari. Hangen pulak aku. Eeee menyirap ok???? Taknak laaaaaaaaaaaaaaaa. Jangan paksa boleh tak????

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...