Assalamualaikum..
Ok. Back to entry pasal #NadiaNaughtycalHen . Harini I nak share aktiviti untuk
hari pertama kitorang dekat Langkawi. Nadia, Elinor, Azrina, Hui, Fyt and Fiz
dah pergi flight awal. Dorang naik yang 5.45pm. I dengan Jaja naik flight an
hour later. I teman Jaja sebab dia ada hal so tak sempat catch up with earliest
flight. Masa flight pergi tu pilot bagus. Smooth jer take off dengan landing.
Lega I rasa, lepas tu layan borak dengan Jaja sampai la lupa yang I ada atas
kapalterbang sebab you-know-why sekarang semua orang macam takot nak naik
kapalterbang. (Ke aku sorang jer takot?) Haha. Choi! Takotnya kapalterbang
terhempas. Mintak simpang.
Tapi masa balik, urgggh!!
Memang giler la pengalaman ngeri. I duduk dekat kerusi tengah-tengah tempat
simpan tayar tu kan? So bila dia nak simpan tayar I dengar bunyi
gerekedekkedek. Sound macam kapalterbang punya kipas yang nak terberenti tu.
Tau kan? I pandang Jaja and bulatkan mata. Lepas tu Jaja cakap, ‘It’s ok babe.
Doa banyak-banyak. Kiter selamat. Everything gonna be just fine’. Dah la goyang
lain macam bila langgar awan. Huwaaaaaa betul rasa nak nanges. I bermonolog
dalam hati, ‘Yeah that’s it. Memang tak dapat jumpa Shein dah’. Lepas tu
mengucap siap-siap.
Sama jugak bunyi masa
sebelum nak landing bila kapalterbang bawak keluar tayar. Bencinyaaaaaaaaaaaaaa….
Apa buruk sangat kapalterbang Air Asia ni? Sampai je dekat departure hall, I
kelam-kabut tanya pada semua orang. ‘Did you guys noticed that bla bla bla’,
but semua orang buat muka boring. Muka ‘Whatever la ko Makcik’, Macam kau-sorang-je-paranoid-sebenarnyapoonnnnn.
Pantek la! Haha.
Ok, sambung cerita asal
pasal dinner. Ok!
Kitorang dinner dekat satu
restoran ni. Nama dia The Brasserie. Restaurant ni dekat Pantai Cenang. Kan ada kedai deret-deret jual souvenir tu kan? Dia ada dekat belakang sikit jer. Restaurant
ni tersangat la romantic. Tetiba rasa kalau I orang Langkawi, nak buat wedding
dinner dekat sini jer la. Table setting dia, suasana dia best gilerssssss!
Later I share gambar suasana restaurant ni. I tak ambik banyak gambar sebab segan.
I tengok dorang ni semua jenis macam tak heran apa pon. Ambik gambar sekadarnya
saja. I je sorang meroyan amek gambar makanan la apa la. Tu pun curi-curi.
Hahaha.
Kitorang order jer semua jenis haiwan. Pastu share makan. Yang ni Grilled Salmon. Bapak la sedap.
Seafood Soup
Steak. Jenis apa dah lupa. Sedaaaappp. I rasa sikit jer sebab segan. Haha.
Marinara spaghetti
Yang dalam botol tu ialah mosquito repellent. Dalam dia ialah air serai. Korang boleh ambik air tu, sapu dekat kaki/lengan nanti nyamuk memang tak hinggap.
Yang ni grilled chicken. Pon sedap! Makanan I bagi 4 bintang.
Tapi dessert dia so-so je. Yang ni Panna Cotta. Keras nak mampos. Baik sebut jer agar-agar lengkong keras.
Mango Sorbet
Yang ni sedap. Banana crepe dengan vanilla ice-cream
Lime sorbet
Yang budak lelaki tu nama dia Syah. Pantang panggil, laju je datang. Dah datang taknak blah pulak tu. Seronok pulak dia nak join the group. Amboi. Peramah nak mampos. Dia orang Kedah. Bila I cakap Kedah dengan dia, punya la happy. Minah Saleh tu I agak owner restoran ni kot? Entah-entah waitress je. Memandai tuduh dia owner. Haha.
Dari kanan. Elinor, Hui, Siti Nurhaliza, Jaja, Nadia, Fyt, Fyza and Azrina. All single except Hui, Siti Nurhaliza dengan Jaja.
Cantik kan The Brasserie ni? Best kalau nak lepak-lepak sambil layan pantai. Restoran ni tutup pukul 12.00am. Photo taken from here.
Dekat belakang tu pantai. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Masa kitorang datang tu pulak cuaca cantik sangat. Bila malam macam ada Buskers nyanyi lagu M.Nasir. Pastu I sorang je nyanyi. Yang lain menitis ailio tak tau lagu apa I tengah nyanyi. Haha. I pulak beria feeling nyanyi lagu Apokalips sampai geleng and pejam-pejam mata feeling macam tengah buat show. Haha. That was another night masa dekat Yellow Cafe. Tu nanti I cerita next entry. Photo taken from here.
Ni suasana dekat dalam cafe. Tepi tu ada pool table. Toilet pon bersih. Makanan sedap. Service cepat. Waiter hensem. Nora bagi 4 bintang! Photo taken from here.
Front view of The Brasserie. Photo taken from here.
View dari tepi pantai. Photo taken from here.
Oh. Website ni korang boleh tengok Top 10 restaurant dekat Pantai Cenang as well. Kitorang sempat pergi 2. The Brasserie dengan Yellow Cafe. Sempat pergi 2 je sebab pergi 2 malam. Kalau nak try 10 restaurant kena pergi 10 malam. Tak pon pindah sini je terus. Haha.
Kalau view waktu malam lagilah romentik. Kekdahnya lepas makan, balik hotel boleh berendam dalam bathtub/jakuzi lepas tu main pondok-pondok. Haha.
Overall kitorang makan
semua ni termasuk beverage dalam
RM800.00++ la. So sorang RM100.00. I jer order virgin pina colada 2
glass. Sapa suruh sedap kan? Naseb la. I memang highly recommend kepada korang
yang datang area Pantai Cenang untuk makan dekat sini. OK? I bet, korang akan
puas hati and balik dengan senyuman. Cuma kena berdoa supaya tak hujan. Tu jer.
Have Fun!
The Brasserie Restaurant
Underwater World Langkawi, Pantai
Cenang,
07000 Langkawi, Kedah
Phone:04-955 1927
Hours: 12:00 pm – 12:00 am
-eNd-
No comments:
Post a Comment