Friday, March 20, 2015

Office Yang Peti Ais, Shein dan Penyapu

Assalamualaikum..

Kekadang duduk dekat office ni terasa mencabar jugak yer Tuan Puan saudara mara sekalian? Bapak la sejuk! Seriously sejuk dekat sini sampai tahap rasa macam duduk dalam peti ais. Eh? Pernah masuk peti ais ke? Jawapan : Pernah masa kekecik time bulan puasa sebab panas sangat, bukak peti lepas tu masukkan kepala dalam tu. Hahahaha.  Korang pon biasa buat kan? Baik ngaku lekas! Eh jap. Ke I sorang jer yang buat? Ok. Takyah jawab.

Bebudak kat office ni siap pakai baju sejuk yang ada hoodie bulu-bulu tu. Lepas tu pakai pashmina lilit dekat leher. Kah kah kah. Ada yang pakai glove siap. Glove lawa takper jugak, ni glove yang orang nak kutip buah lerai tu. Time ni kalau orang nak kata perangai kampong dot com sebab tak tahan sejuk ke apa ke, macam kisah pulak aku kan? Janji boleh keep body warm.

Kekadang Ira dengan En Suhaimi nyanyi lagu Frozen, ‘Do you wanna build a snowman?’ Hahahaha. Sini suhu konsisten eh 18-20 every day? Sejuk tahap kepit jubor. Kalau pergi toilet, bukak air nak basuh tangan rasa macam huwaaaaa bestnya air suam! Lepas tu bila nak berjalan keluar dari office rasa macam Ya Allah I love Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Hahahaha. Sebab mana tahan wei sejuk dekat sini. Si Dyba tu menaip siap tangan gigil-gigil. Si Sarah siap berjaket kulit all the time. Sejuk dia kalau ada orang sentuh lengan sebab nak kasik tau tangan dia sejuk, rasa macam nak bagi penerajang jer.

Dah la. Takyah cakap pasal opis yang macam dekat khutub utara ni. Baik citer pasal Shein. Ni gambar yang I amek Ahad lepas. Time dekat rumah Tok Che Amah. Si Shein kalau dengan penyapu memang menggelupur. Dia suka betul dengan penyapu. Sebab tu kalau I nak mengemas takyah depan dia. Dah la I jenis buat kerja rumah macam nak carik gaduh dia punya serious, ni lagi Si Shein angguk-angguk depan I sambil hulur tangan cakap German. Nak offer diri tolong Mama lettew. Takyah tolong la Shein, ni kerja orang besar. Pergi je la buat hal kanak-kanak lain.


Sampai atas tv dia sapu. Bagus.


'Saya amat menyintai penyapu'. Kata Shein.


Oh, mata masuk habuk.


Gaya dah ada Shein


Selain dari guna penyapu untuk menyapu lantai, Shein jugak mengguna penyapu sebagai weapon menjadik Otomen

So obvious, kecintaan Shein terhadap penyapu mewarisi Mama dia sungguh-sungguh. One day I kena buat compilation Shein dan penyapu kot? Hahahahaha. Tapi Shein bab tolong ‘menyapu’ jer la yang dia rajin. Yang lain kalau suruh dah pandai protes. Suruh buang pampers takper lagi dia rajin, tapi suruh tutup pintu bilik now dia punya melawan siap nanges menghempas badan ok? Hahahaha. Omel sangat sayang Mama.

Cakap pasal compilation teringat De dulu konfiden time Arwah Kak Maslina meninggal. Kata De, ‘Maslina meninggal sebab ada ‘compilation’ lepas pembedahan buang ‘yeast’. Hahahaha. Harap De tak baca entry ni.

“Kepada De, sos thai yang cicah popia tu bukan sambal nasik ayam. Kak Mas meninggal sebab complication bukan compilation. Compilation tu album penyanyi. Dia ada cyst, bukan yeast. Yeast tu ragi. Kbye.”

-eNd-

2 comments:

aziekz said...

... TGGU CTER NOTY SHEIN :)
TERSENYUM BACA KEKREATIFAN SHEIN..HEE


http://nesaprima.blogspot.com/

aisha said...

tak bawa shein gi tgk otomen live kat genting ke? best wooo.. sumpah shein sayang sue tambah 80 juta kali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...