Thursday, March 19, 2015

Thumb Cover

Assalamualaikum…

I tak perasan bila yang Shein start isap jari. Yang I perasan dia akan ambik blanket dia tu, genggam dengan 4 jari kanan dia and ibu jari jari dia masuk mulut. Jari and blanket tu memang dia punya kawan baik giler la. Kalau takde dua tu, hidup Shein boleh huru-hara. Especially untuk I calm kan dia bila dia mengamuk. Bagi je blanket nanti dia automatic akan pegang and jari masuk mulut and lepas tu diam. Cuma sekarang ni bila akal dah banyak sangat blanket dan thumb tak boleh dah diamkan dia. Tapi bila nak tido, dua tu is a must.

Teringat masa dia admitted last year. Kan kena drip kan? I dah pesan awal pada nurse drip kena belah kiri sebab Shein need dia punya thumb right hand. Bila keluar bilik rawatan, tengok dorang masukkan jugak drip tangan kanan. Kan dorang akan balut tangan and ada papan support dekat lengan tu nanti separuh dari thumb akan terbalut jugak kan? So acane Shein nak becinta dengan thumb dia? Maka merana la Shein tak dapat isap jari. Walau ngantuk, mata dah tak larat bukak pon still dia taknak tido. Nanges pun sayu je sebab tak dapat isap jari. Sian Shein. Dah satu hal pulak nak tukar drip belah kiri pulak.

I now tengah usaha nak hilangkan tabiat hisap jari dia. Selain dari tak cool dan macho, sebab Shein pakai baju dah Harley Davidson Sleeveless, badan dah sado, rambut dah kenteng, jerit dah kuat, sepakan jurus Otomen dah level doblas  tapi bro, lu isap jari kot? Malu la kat anak dara. Especially Jah gofren dia tu. Takkan la nak hilangkan mecho sebab isap jari kan? So I Google punya Google jumpa this thumb cover.



Thumb cover ni dah lawa. Tapi kenapa Pink?


Yang ni pon ok. Nampak macam glove. Tapi pink T___T




More pink thumb cover


Ok. Design dah rock. tapi color tu please?


Hurm

Kalau korang pernah jumpa menda ni dekat mana-mana kasik tau I ok? I nak try cara ni. Cara marah, cara merajuk, cara letak nescafe segala mala tu tak jalan. Ko letak nescafe dekat jari dia? Ok takper. Dia amek wet tissue, lap lepas tu isap balik. Budak tu bukan tak bijak. Hahaha. Cara lebih extreme macam letak nila, kunyit, serbuk cili I tak sampai hati pulak. So I nak try guna thumb cover ni. Beli satu cukup la. Kot dia isap jugak jari dia dengan balut-balut tu taktau la. Hahaha.

-eNd-

4 comments:

Felis Domestica said...

Try letak inci merah...kata sakit...

tp i guna mana nak stop bf jer, so dia tgok merah, buat mula kerut kerut..dia takmo.
Tp kalau kat jari dia..kang kalau dia ngamuk, balut pakai plaster comel comel tu,.
Cuma idea jer...

Azziah Nawawi said...

anak i pun isap jari. dlu kakak, tapi pasru benti sendri. now adik pulak. umor 5bulan skang ni. i biar je dlu, sebab baby fasa tu mmg suka isap jari. dah besar kang,klau duk isap jari lagi tgk la cemana nak buat..

Miss Moon said...

Su ...betul kata Felis ...conteng sket kaler merah so buat cam luka celah2 kuku tuh .kalau nko takut dia cuci nko letak cat kuku sket calit kat situ

Kwn moon dia buat cam tuh la . Letak sirap dia gie cuci ...last last mak dia letak permenant marker merah hahahhaha

tak pun kaler hitam ....euwww . misti dia geli ...ley la try kalau berjaya share tau

sofiana1704 said...

try beli je sarung tangan dekat daiso pastu potong la yg 4 jari lagi tu..hahhaa...untuk test dulu kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...