Sunday, March 22, 2015

‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

Bebaru ni I berpeluang menghadiri  majlis perasmian Sensodyne ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival by GSK bertempat di The Terrace, The Curve pada 9 Mac 2015. Bila datang event ni macam-macam information pasal tooth sensitivity problem among Malaysian yang I dapat tau. Nanti later I share macam mana kiter nak detect kalau kiter ada masalah gigi sensitive dan jugak cara mengatasinya, OK?


Bersama Cik Epal. 7 months pregnant tapi relax je tak gemok. Mana la keadilan dalam dunia ni.



Mestilah ambik cupcake as a prop kan?


Diri kiri, Chloe, Illy Ariffin, Ayue Idris, Jessy and Siti Nurhaliza


Sebagaian dari blogger yang ada masa haritu



Anyway, kempen ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival ini ialah kesinambungan dari kempen ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ yang telah berlangsung sepanjang tahun lepas dan untuk kempen kali ini, ianya akan berlangsung sepanjang bulan Mac. Tujuan kempen ini diadakan oleh GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang masalah gigi sensitif yang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Menurut  kajian oleh The Oral Care Usage and Attitude, 87% dari rakyat Malaysia sedar yang mereka mengalami keadaan gigi sensitive tetapi hanya 1/3 dari kalangan mereka yang menggunakan ubat gigi berformula khas untuk gigi sensitive bagi  melegakan kesakitan gigi mereka.

Menurut Katharine Chen, Pengarah Pemasaran GSK Consumer Healthcare Malaysia, ‘Malaysia kaya dengan makanan. Makanan dan majlis sosial berjalan seiring seperti cincau dan ais kacang. Kita tidak patut mengorbankan keseronokan ini kerana masalah gigi sensitive’. ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival adalah platform terbaik untuk memberi kesedaran kepada pengguna tentang masalah gigi sensitive serta cara bagaimana mengatasinya. Kempen ini jugak bekerjasama dengan Chatime, Teo Chew dan The Potong untuk melawat kedai-kedai runcit terpilih diseluruh Malaysia bagi menjalankan aktiviti pensampelan produk dan menggalakkan pengguna mengambil bahagian dalam pemeriksaan gigi sensitive.

‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival yang bekerjasama dengan Chatime juga memperkenalkan ‘Unfreeze Coolest Drink’, dimana pengguna boleh mengundi minuman kegemaran mereka secara atas talian. Peserta yang mengambil bahagian akan mendapat voucher yang membolehkan mereka menikmati minuman yang mempunyai undian tertinggi pada penghujung akhir kempen ni at 20% off. 

Pada Majlis tersebut, Chef Andri Hadi turut hadir dan dia share dengan penonton apa pencetus kepada keadaan gigi sensitive sesambil dia buat ice-cream dengan parfait. Ice-cream dengan parfait ni ialah gabungan bahan-bahan yang masam dan manis. Kalau korang ada masalah gigi sensitive memang bercinta la nak makan. Memang ngilu giler. Tapi dengan Sensodyne, kiter boleh menikmati semua jenis makanan masam, manis, sejuk tanpa masalah. Takde dah rasa ngilu atau mencucuk pada gigi. Korang boleh klik sini untuk check kalau korang ada masalah gigi sensitive atau tak.  


Chef Andri Hadi

Menurut Dr Nurul Huda Hasan – Pakar Bedah Pergigian, keadaan gigi sensitive ni bukan sahaja buat kiter tak selesa tapi jugak boleh menganggu kehidupan seharian kiter. Rasa tak selesa tu berkekalan dan kiter terpaksa mengelak dari makan makanan-makanan sejuk, manis dan masam sepanjang masa. Hilang satu nikmat makan dalam hidup. Kan rugi tu? Tapi dengan penggunaan ubat gigi berformula untuk masalah gigi sensitive seperti Sensodyne, kiter dapat melindungi gigi kiter dari masalah gigi sensitive dan dapat menjalani hidup seharian dengan lebih selesa dan ceria. Sebab dah tak perlu fikir lagi masalah sakit gigi. Nak makan apa pon boleh tanpa rasa ragu-ragu.


Dr Nurul Huda  Hasan. Pakar Bedah Pergigian

Katharine Chen menambah, Masalah gigi sensitive adalah masalah biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan kempen Sensodyne ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival, dia berharap supaya pengguna akan mengubah persepsi mereka selepas ini dengan tidak perlu lagi mengorbankan makanan kegemaran mereka kerana masalah gigi sensitive.

Sensodyne, ubat gigi yang disyorkan oleh Doktor Gigi di Malaysia mempunyai pelbagai jenis ubat gigi yang memberi penyelesaian yang berbeza kepada pengguna. Ubat gigi Sensodyne terdiri daripada Fresh Mint, Gentle Whitening dan Gum Care. Semua jenis ubat gigi ini mengandungi formula khas bagi membantu melindungi gigi sensitive.


Sensodyne Complete Protection 


Sensodyne Extra Fresh Complete Protection

Duo Sensodyne Complete Protection
 Sensodyne Fresh Mint
 Sensodyne Gum Care
 Sensodyne Original Flavour
 Sensodyne Repair & Protect
Sensodyne Gentle Whitening

All type of Sensodyne

Bagi mereka yang mempunyai masalah gigi sensitive yang teruk, anda boleh menggunakan Sensodyne Rapid Relief. Ubat gigi ini membantu anda hanya dalam masa 60 saat dengan cara ‘seal’ gigi anda dari sebarang serangan secara terus kepada gigi anda. Maknanya lepas gosok gigi, terus boleh makan makanan masam, manis dan sejuk tanpa masalah sebab Sensodybe Rapid Relief memberi perlindungan secara serta-merta hanya dalam masa 60 saat! Penting bagi pengguna untuk menggunakan ubat gigi yang betul bagi membolehkan mereka untuk terus menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka pada bila-bila masa.

Sensodyne Rapid Relief

Cool Facts about Sensodyne ‘Tiada Ngilu, Hidup Ceria’ Chill Festival. 
  • Kempen akan berjalan sepanjang bulan Mac 2015
  • Sensodyne bekerjasama dengan Chatime Malaysia, Teo Chew Cendol dan The Potong
  • Online tool untuk memeriksa tahap gigi sensitive anda ialah www.sensodyne.com.my
  • First time in the Chill Festival – Sensodyne Food map to keep tabs of the #TiadaNgilu team https://sensodyne.com.my/tiadangilu/
  • Sensodyne akan mengadakan lawatan di 53 kedai runcit yang terpilih di seluruh Malaysia
  • Apa yang ada disana nanti? Tooth Sensitivity Check, samples dan interactive games
  • Untuk mengambil bahagian dalam ‘Unfreeze Coolest Drink’ – www.tiadangilu.sensodyne.com.my 




GSK kekal sebagai committed and trusted healthcare company yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dan telah berada di pasaran Malaysia semenjak 55 tahun dahulu. Untuk maklumat lanjut sila layari www.gsk.com dan www.sensodyne.com.my untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Sensodyne.

-eNd-


This is a sponsored post. All samples are provided by GSK and opinions expressed are of my own.

No comments: