Thursday, April 9, 2015

Ais Jagung Special by Siti Jue Karim

Assalamualaikum...

Sekarang ni kalau balik kampong memang wajib la singgah kedai Kak Siti Ajak (formerly known as Siti Norfadzilah aka Siti Jue Karim). Banyak nama Kak Siti ni. Yang Siti Ajak tu sebab dia guna nama dekat FB. Ajak tu nama husband dia. Yang Siti Norfadzilah nama betul and Siti Jue Karim tu sebab nama Mak dia Jue, nama Ayah dia Karim. Habes semua bergabung nama nak tumpang glemer Kak Siti. HAHAHA.

Cakap pasal nama teringat Amran Fans penah update status. 'Konon sweet la gabung-gabung nama dengan BF dalam FB. Memula gabung nama, lepas tu gabung kemaluan'. Hahaha. Bangang giler. Tapi dalam kes Kak Siti ni takper la kalau dia nak gabung apapa sebab dia dah kawen kan? *malam ni malam apa? HAHAHAHAHA.

Ok. Sambung cerita. Actually Kak Siti ada bukak gerai depan rumah dia. Tempat lepak simple-simple. Port lepak untuk membincangkan masalah negara pon boleh jugak. Pemandangan pon best sebab sebelah rumah Kak Siti ada sungai kecik so konon-konon kalau lepas kat situ ala-ala Naili's la.  Hahaha.

Dia ada jual macam-macam. Menu hari-hari berubah. Tak tetap. Menu konsep dia ialah ikut suka hati dia la nak masak apa. So sapa yang nak makan kena redha je la. Tadek ikut hari. Menu yang berubah macam laksa, mee kari, mee sup. 

Menu yang always ada ialah ABC, Ais Jagung, Mee and Meggie Goreng. Malam pulak biasa ada Nasik Lemak. Harga pulak memang comel nak mampos. ABC dengan Ais Jagung special cuma RM2.50 je U'olls. Kalau yang biasa RM2.00. Lepas tu makanan lain cuma RM2.50 je. Tu yang I sekali makan amek 2 mangkok terus. Hahahah.


Yang ni Ais Jagung Special. RM2.50 ok? Tengok rupa dah tau dah sedap. Kalau pemalas nak naik motor tetengah hari rembang takot itam boleh call dia and mintak deliver dekat rumah. No delivery charge. Tapi delivery dekat Jengka Satu je la. Jangan pulak korang order lepas tu suruh hantar dekat Ampang. Aku tampar kang.



Yang ni pulak ABC special. RM2.50 jugak. Poooon sedap! Kalau yang special atas dia ada eskrem vanilla. Tu yang tambah sedap. Perrrgh perrggggghhh.


Yang ni plak Ais Jagung Special masa Kak Siti tak letak lagi caramel atas dia macam gambar first tadi. Kot taknak yang manis sangat boleh request yang macam ni.

Tetiba tengok gambar ni macam menyirap pulak. Ni nak balik kampong lama lagi ni. Makan sebulan lebih jugak lagi. I busy sampai la pertengahan bulan lima. Every week ada activity. Except for minggu ni je. Lepas tu I akan bizi menyelamatkan dunia. 

Kepada sesiapa yang terliur tengok gambar ni diucapkan padan muka. Ahahahah. And padan muka jugak untuk diri sendiri. Jangan nak buat perangai jilat skrin pulak dah ler. Ok? Ahahahaha

-eNd-

3 comments:

Nazima said...

Padan muka sayaaaa!! Teringin!!!

Cik Siti Hajar said...

Dah lah feveret jagung... adoihaiiii kak su!

rini.borhan said...

Ohoi..mujur tak tengok time pepanas..mau menjejeh air liur tengok

@JOM JOIN : GA RINIE BORHAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...