Assalamualaikum..
Semalam balik dari kerja, menggelupur pergi peti
ais sebab nak makan balance wrap salted egg dari Fikcles the other day. Haha. Sama
macam perangai Shein dah I. Masuk-masuk umah terus menerpa peti ais. Tak dapat
coklat, kek or chipsmore, dia amek botol kicap hulur dekat I. HAHAHAHAHAH. Ngek
Shein. Kesian jugak kadang-kadang tengok Shein. Nak-nak semalam, asyik berulang
je ke peti ais sebab ada kek birthday Sazli tu. Dia mana kira apa. Dia cekut
macam tu jer. Makan berdiri sambil bukak peti ais ok? Perangai sapa la ko ikut
ni Sheinnnnnn?
I memula tak kasik Shein makan kek tu sebab dekat
Sekolah Shein sekarang, cikgu tak bagi junk food, sugar segala. Dorang bagi
organic food je. Makan pon vegetarian pasta. Poyo la kau Shein. Hahahaha. Skali
dekat rumah dia bermaharaja lela makan coklat kek segala tak ok jugak. Ni
jangan Principle dia tetiba baca blog ni dah. Mampos I.
Sazli balik dari jogging semalam tanya dekat I, ‘Bubu, ni bekas apa ni?’ I cakap, ‘Ohh… Tu bekas I makan wrap Fikcles tu’.
Pastu dia kata, ‘Alaaaaaaaaaaaaaa Papa
dulu cop!’. Hahahahaha terus jalan seret kaki sebab keciwa tak dapat makan
wrap. Padan muker. Nenenenene. Semalam I panaskan wrap tu atas kuali, lepas tu
makan sambil pejam-pejam mata. Layan giler babi nak mampos kot? Kwahaja btol
Salted Egg Wrap Fikcles ni. Harini I nak share la gambar. Saje malas nak meroyan
sorang-sorang. Hehe.
Salted Egg Squid wrap ni memang layan habes kot? Makan pulak dengan salad and fries tu. Sabar je la I. Sedap tahap urut dada. Korang kalau datang sini TOLONGLAH makan Salted Egg Squid ni ok?
Dapat jugak I rasa Banana, Caramel and Peanut Butter Milkshake ni. Yang sebelah tu Ayu punya. Dia minum green tea milkshake.
TOLONGLAH. Kenapa kau ni sedap sangat ha?????
Fikcles set lunch - Bee Hoon Chinese Laksa with cockles, tauhu pok and fish balls served with dessert.
Fikcles set lunch - Ikan Bakar with Kailan Ikan Masin, Keropok, Kerabu Tomato And Nasi Hujan Panas served with dessert.
Fikcles Set Lunch - Sloppy Joe's: Bbq Brisket, Chilli Beef, Spicy Mango & Tomato Salsa, Asian Slaw & Fries serve with Dessert.
Fikcles Set Lunch - Moussaka with Tomato Coulis serve with Dessert.
Yang Fikcles set lunch tu harga cuma RM12.90 SAHAJA (siap dessert). Memang berbaloi-baloi wa cakap lu. Sapa yang kerja area TTDI takyah pergi mana, datang sini je. Ada macam-macam menu dorang offer. Bukan 3 menu ni jer tau? Ada banyak lagi yang lain. Tapi everyday menu bertukar la. Pakkal la jauh. kalau tak memang hari-hari I makan dekat sini jer. Korang tengok la dekat Instagram Fikcles, kat situ dorang selalu update lunch promotion yang dorang buat. Ok?
FIKCLES
11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885
-eNd-
1 comment:
dah la puasa su oiiiii.. mendidih perut tgk gambar2 ni smua. adoiyai
Post a Comment