Thursday, April 30, 2015

Shein @ Kid'z Paradise Quill City Mall

Assalamualaikum…

Dalam previous entry yang I cakap Mak datang KL tu kan? Kitorang pergi Quill City Mall dekat Jalan Sultan Ismail. Nak pergi sana sebab a day before, Atin bagitau I dekat situ ada Kidz Paradise punya branch. Dorang ada artificial sand dalam mall! Wah macam syiok. So boleh la try pergi sana. Atin bawak Auliyya Innara (cucu Kaklong) and I bawak Shein. Tetiba yang lain pon sebok nak ikut so pergi lah kitorang segerombolan macam rombongan Cik Kiah ke Quill City Mall guna Waze. Kah kah kah.

Tu la, selama ni tau Pavilion, KLCC dengan The Curve je. Nak pergi tempat lain kalau tadek Waze alamatnya memang sesat. Confirm! So thank you Waze sebab jadik penyelamat hidup akak selama ni. Kiter kan memang sayang sangat dengan Ampang? Mana boleh lari dari area ni. I love Ampang and GE Mall! (Tetiba).

Kidz Paradise dekat Quill ni lebih kurang macam Kizsports & Gym dekat GE Mall jer cuma dekat sini ada artificial sand ni so macam lagi cool la skek. Nak masuk seorang budak kena bayar RM40.00, stoking kena bawak sendiri. Kalau tadek kena beli, RM6.00 sepasang. Sorang budak, boleh bawak only 2 adults sahaja. No outside foods allowed and tiket tu valid untuk sehari. Masuk pagi, keluar malam. Tadek hal. Tadek orang nak marah. Boleh keluar masuk sesuka-suki macam tempat tu Mak Bapak kiter yang punya.


Menjejes ailio Shein dapat main dekat sini


Alololo tomeinya ikat rambut pokok kelapa macam tu Auliyya


Tuang pasir dalam lori lepas tu keluarkan and ulang sampai 80 juta kali



Atin and Auliyya


Bersila skali dorang anak beranak main pasir. Dah macam ikan sebab kat tepi sana ada cermin, so orang lalu lalang nanti berenti lepas tu tengok. Hahaha.


Suka la eh kau Shein?


Mama. I busy, jangan kacau boleh?



Sazli jadik Guru Besar. Perati bini lagi excited main pasir dari anak.


I love you Papa. Nak Uwet!


Seronok Shein harini :)


Uncle Shein and Auliyya. Shein dah pangkat Pakcik dah. Sian, kecik-kecik dah jadik Uncle. Haha.


Kasih nak lepak sini. lagi best dari layan Mama, Atok, Kakyang and Ibu window shopping kan?


Ni la close up bentuk pasir tu. Dia tak kotor macam artificial sand lain.

Kat sini dia kalah dengan Kidzsports & Gym GE Mall sebab 1) Only boleh bawak 2 adults jer so sini bukan tempat mak-pak kekawan nak lepak sekali. Tak macam GE Mall. Boleh bawak ramai mana nak masuk sekali. Maybe sebab limited space kot? Lagipon main pasir artificial tu bukan takat Shein suka, I pon layan main sampai menjejes ailio. Kang bebudak tadek beria, mak bapak yang lebih. Hahahaha. 2) Tadek kerusi nak lepak-lepak minum/makan. Macam dekat GE Mall, ada café so anak-anak boleh main, kiter Mak-mak boleh lepak gossip pasal henbeg or make-up kan? Tadek la all the time mengekor anak jer. 3) Tadek caretaker. Maksudnya tadek istilah tinggal anak dekat sini and kiter boleh shopping. Kalau GE Mall ada.

Lepas tu kaaaannnnnnnnnn? Cleaner dia yang sapu pasir terkeluar dari area pasir tu macam garang. Dia jeling je time menyapu. Teringat perangai sendiri waktu ni sebab dia asyik pegang penyapu, muka serious macam Guru Besar je. Hahahah. I agak kalau I kerja sini memang dah meroyan kot? Asal nampak bebudak baling pasir nanti I jerit. ‘Woii!! Aku penat la penyapu pasir jer! %$#@$@#!!!!’. Beserta dengan sumpah seranah lai. Hahaha. 


Menda ni pusing-pusing


Ada kuda pusing jugak!


Tempat lompat-lompat


Slide



Balls



Slide corong?

Untuk korang yang nak cuba bawak anak-anak datang sini apa salahnya. Although I rasa fee’s a bit pricey tapi sekali sekala apa salahnya? I bet anak-anak korang akan happy layan main dekat sini especially the artificial sand la. Tapi kalau anak sorang la, kalau anak 8, nanges la ko kat situ nak membayar. Hahah. Shein duduk situ 8 jam pon ok kot? Dorang ada 3 branch so far. The Mines, Klang Parade dengan Quill City Mall. For inquiry korang boleh check website dorang dekat sini.

Quill City Mall
Lot 2-33A & 35, Quill City Mall,

Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur 
Contact Number : 03-26021968


Kidz Paradise Sdn Bhd (988738-T)
The Mines
No.L4-07F/G(p), Level 4,The Mines,

Jalan Dulang, Mines Resort City,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Contact Number : 03-89598968


Klang Parade
S05, S06, S07 second floor, Klang Parade, No 2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor

Contact Number : 03-33621968



-eNd-

No comments: