Assalamualaikum...
Hari Isnin malam lepas, I dengan Sazli dating dua orang tengok Theater Baik Punya Cilok. Feeling dia sebijik sama macam zaman becinta dulu (kasik chance please). Tiket dah beli lama. I agak sebulan lebih ada kot? Beli awal sebab takot seat best habis. Sazli kalau untuk theater dia suka ambik row J. Area situ biasa cepat habis. Now peminat theater dah tak kisah nak bayar RM200-RM300 untuk dapat best view. Peminat theater tu ialah Sazli seorang je sebenarnya, I tumpang tuah jer. Haha. Tapi memang sentut giler sebab show malam tu, sapa beli ticket Isnin dapat less 30% tak silap I. Maybe penjual ticket slow ker apa, I tak sure.
Kalau pandangan ikhlas I, I suggest pada korang yang nak release tension pergilah tengok Baik Punya Cilok ni. Enjoy sangat! Dorang banyak guna dialog spontan jer. Seronok! Kekadang I tengok, dorang sendiri tak tahan nak ketawa so bercakap pandang dinding. Hahahaha. Gandingan Awie, AC Mizal, Afdlin dengan Hans ni memang mantap la. Lagipon I rasa ni macam reunion bagi dorang sebab masa Cuci The Musical yang first je AC Mizal join, lepas tu dah tadek dah. Ganti dengan Nabil. Actually Nabil pon best cuma bila dorang berempat bergabung balik macam legend. Paham tak apa I explen ni? tak paham sudah.
Malas nak tunggu sampai sesi amek gambar. So ambik gambar sebelah banner pon jadik la...
Boifren I.
Jumpa pulak dengan kawan sekolah menengah dulu. Junior I. Myza Elfy nama dia. Muda 2 tahun ni. Myza datang dengan kawan-kawan dia yang turun dari Singapore. Sanggup tu dorang datang KL nak tengok Baik Punya Cilok.
Selagi boleh poor quality gambar. Hahahaha. Ni masa penutup. Time ni dah boleh dah kalau nak ambik gambar.
AC Mizal, Awie, Afdlin and Hans. Gambar ihsan Google.
I hope lepas ni Hans takkan stop la produce filem and teater yang involve 4 manusia talented ni. And kalau pada siapa yang pergi, korang akan perasan 'tukang karut' pon best giler! Dia main alat music traditional, sambil menyanyi sambil bergendang. Talented giler and very entertaining. Kepada korang yang tak tengok lagi Theater Baik Punya Cilok jangan risau, still got time. Dorang ada buat show lagi untuk malam ni, and malam esok pukul 8.30pm. Untuk Sabtu dan Ahad ada 2 show, Pukul 3.00pm and 8.30pm. So 2 show untuk satu hari.
Tengok tau? Seriously memang best giler! Ticket korang boleh beli terus dekat Istana Budaya atau Google la sendiri carik cara lain macam mana nak dapatkan tiket. Jangan nak pemalas sangat. Paham? I memang paksa korang tengok. Lepas tuuuuuuuuuuuuuu, jangan lupa beli Ikan Bilis Pedas yang Afdlin jual dekat booth luar panggung. Memang layan jer makan. Rangup and pedas. I beli 1 bekas, malam tu makan berdua dengan Sazli dalam bilik sampai habes. Ada la tinggal sesenduk je nasik. Share la kami makan. Tadek hal. Hahahahah.
-eNd-
No comments:
Post a Comment