Thursday, April 16, 2015

Sumbangan Kepada Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong

Assalamualaikum…

Pagi tadi, Rish forward satu rayuan dari Pengurus Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong. Sebak I baca. Terus teringat Shein. Sejak dia lahir, I jaga dia dengan penuh kasih sayang and I believe semua Mak Bapak sayangkan anak lebih dari nyawa sendiri. But bila baca ada ‘anak’ yang tinggalkan Mak/Ayah depan pagar Pusat Jagaan Orang Tua macam ni sehelai sepinggang dalam keadaan sejuk dan ketakutan I rasa macam haih, macam mana ada orang macam ni dalam dunia?

I doakan supaya semua orang yang baca entry ni dalam lindungan Allah dan disayangani anak-anak sampai la akhir hayat. Tak sanggup nak imagine macam mana if it’s happen dekat mana-mana person yang I kenal. So, I copy paste yang I dapat dari WhatsApp tu ok?

Assalamualaikum wbt. Sekadar tolong forwardkan rayuan dari Pengurus Rumah Jagaan Orang Tua al-Ikhlas Puchong. Bantuan yang diperlukan:


  • Bantal
  • Tuala
  • Cadar / Tilam
  • Selimut
  • Pampers (Pakai Buang)
  • Ubat-ubatan
  • Mesin Dialysis / Kereta Sorong
  • Beras / Telur / Biskut / Nestum / Susu / Cornflakes dll
  • Sejadah / Telekung / Al-Quran


Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai org tua yg menghuni rumah ini:

1. Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian*

2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan dan ketakutan*

3. Menampung kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1,120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 org sebulan*

Jika kita ingin melihat kematian sebahagian daripada bakal ahli syurga di sini lah tmpt yg paling sesuai. In-sya-Allah. Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. Insya Allah! SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS





Lokasi: 
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong



Alamat Penuh: 
Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor


No. Hphone : 016-6786364

Diuruskan oleh: 
Muji binti Hj Sulaiman (Jururawat)

Jumlah Pekerja : 5 Org

Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)
Jumlah Orang Tua : 30 orang

Nama Bank : Al Rajhi 
Nama Akaun Bank : 
RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
No. Akaun Bank: 
1270 0106 1101 131
Blog mereka klik sini


Sebarkan jika anda peduli. Semoga usaha kecil kita ini dihisab diakhirat nanti. Amin….

Setelah berbincang dengan WakDan WAGS, kitorang decide nak datang dekat Rumah Jagaan Orang Tua ni and hantar sendiri bantuan pada dorang. Tapi tarikh tak dapat lagi. And tujuan I publish entry ni sebab I nak share dengan readers Chooyaya Secret Garden yang baik hati belaka, kot-kot ada yang boleh membantu meringankan beban Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas ni. Sumbangan dan bantuan seperti yang dituliskan diatas amatlah kami hargai atau kalau nak beri sumbangan dalam bentuk kewangan also I accept. Korang boleh email pada I, (surayasulatin [at] gmail [dot] com).

Korang email dulu pada I and later I will give my account number. Nanti I akan announce dekat blog sumbangan dari sapa-sapa and berapa amount, korang boleh check. Just to make sure I tak ambik wang sumbangan korang. Mana tau ada yang tak percaya kan? I akan letak semua nanti dalam list and sapa yang tak listed boleh bagitau I.

Kiter tolong dorang ok? Sama-sama. Mana tau nanti Allah bersihkan muka, hati kiter sebab tolong orang yang tak bernasib baik. Mana tau Allah tutup kesusahan kiter masa kiter tua nanti. Kan? Aminn…

Love,
Chooyaya


-eNd-

3 comments:

Unknown said...

sy dh pg tempat ni.. gambar makcik tu memang sya siap sembang borak panjang. dia masih lg kat situ ye

Unknown said...

sedihnya.. siapalah yang tak ada hati perut buat mak bapak macam tu.

Nice entry akak.

Unknown said...

Boleh saya tahu cana nak berhubung dgn staff utk melawat.. N cane procedure nak melawat ye