Assalamualaikum…
Pagi tadi, Rish
forward satu rayuan dari Pengurus Rumah Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong.
Sebak I baca. Terus teringat Shein. Sejak dia lahir, I jaga dia dengan penuh
kasih sayang and I believe semua Mak Bapak sayangkan anak lebih dari nyawa
sendiri. But bila baca ada ‘anak’ yang tinggalkan Mak/Ayah depan pagar Pusat
Jagaan Orang Tua macam ni sehelai sepinggang dalam keadaan sejuk dan ketakutan
I rasa macam haih, macam mana ada orang macam ni dalam dunia?
I doakan supaya semua
orang yang baca entry ni dalam lindungan Allah dan disayangani anak-anak sampai
la akhir hayat. Tak sanggup nak imagine macam mana if it’s happen dekat
mana-mana person yang I kenal. So, I copy paste yang I dapat dari WhatsApp tu
ok?
Assalamualaikum
wbt. Sekadar tolong forwardkan rayuan dari Pengurus Rumah Jagaan Orang Tua
al-Ikhlas Puchong. Bantuan yang diperlukan:
- Bantal
- Tuala
- Cadar / Tilam
- Selimut
- Pampers (Pakai Buang)
- Ubat-ubatan
- Mesin Dialysis / Kereta Sorong
- Beras / Telur / Biskut / Nestum / Susu / Cornflakes dll
- Sejadah / Telekung / Al-Quran
Rayuan ini
dibuat kerana semakin ramai org tua yg menghuni rumah ini:
1. Tiada
waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima
pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk
kematian*
2. Dihantar
oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di
tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan
dan ketakutan*
3. Menampung
kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1,120. Kadar
kematian di sini ialah 3-4 org sebulan*
Jika kita ingin melihat kematian sebahagian daripada bakal ahli syurga di sini lah tmpt yg paling sesuai. In-sya-Allah. Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. Insya Allah! SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Lokasi:
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Alamat Penuh:
Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor
No. Hphone : 016-6786364
Diuruskan oleh:
Muji binti Hj Sulaiman (Jururawat)
Jumlah Pekerja : 5 Org
Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)
Jumlah Orang Tua : 30 orang
Nama Bank : Al Rajhi
Nama Akaun Bank :
RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
No. Akaun Bank:
1270 0106 1101 131
Blog mereka klik sini
Sebarkan
jika anda peduli. Semoga usaha kecil kita ini dihisab diakhirat nanti. Amin….
Setelah
berbincang dengan WakDan WAGS, kitorang decide nak datang dekat Rumah Jagaan
Orang Tua ni and hantar sendiri bantuan pada dorang. Tapi tarikh tak dapat
lagi. And tujuan I publish entry ni sebab I nak share dengan readers Chooyaya Secret Garden yang baik
hati belaka, kot-kot ada yang boleh membantu meringankan beban Rumah Jagaan
Orang Tua Al-Ikhlas ni. Sumbangan dan bantuan seperti yang dituliskan diatas
amatlah kami hargai atau kalau nak beri sumbangan dalam bentuk kewangan also I
accept. Korang boleh email pada I, (surayasulatin [at] gmail [dot] com).
Korang email
dulu pada I and later I will give my account number. Nanti I akan announce
dekat blog sumbangan dari sapa-sapa and berapa amount, korang boleh check. Just
to make sure I tak ambik wang sumbangan korang. Mana tau ada yang tak percaya
kan? I akan letak semua nanti dalam list and sapa yang tak listed boleh bagitau
I.
Kiter tolong
dorang ok? Sama-sama. Mana tau nanti Allah bersihkan muka, hati kiter sebab
tolong orang yang tak bernasib baik. Mana tau Allah tutup kesusahan kiter masa
kiter tua nanti. Kan? Aminn…
Love,
Chooyaya
-eNd-
3 comments:
sy dh pg tempat ni.. gambar makcik tu memang sya siap sembang borak panjang. dia masih lg kat situ ye
sedihnya.. siapalah yang tak ada hati perut buat mak bapak macam tu.
Nice entry akak.
Boleh saya tahu cana nak berhubung dgn staff utk melawat.. N cane procedure nak melawat ye
Post a Comment