Monday, May 11, 2015

Birthday De, Wak Miron and Nasi Ayam Sudut Selera


Assalamualaikum..

I sekarang ada dekat Jengka. Kebetulan harini birthday De so bawak sekali kek untuk dia. Beli chocolate brownies dekat Secret Recipe je. Naseb baik ada Secret Recipe dekat Ampang. I love Ampang! (Tetiba).


Happy 37th birthday De!

Untuk De, Happy 37th birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.. Assemoga De! Nak tambah satu lagi doa busuk hati boleh? Semoga ko gemok. Hahaha.Sebab sakot hati tengok De umur 37 tapi berat 48kg. Blardihel. Haha.


De. Tinggi 164cm. Berat 48kg. Sesapa nak carik model tudung boleh contact manager dia. Nama Suraya. Payment 50-50. Haha.

Just now I baru je balik dari Bandar Pusat. Kitorang visit Pak Wek. Tu nama manja dia. Kalau nama betul, Miron bin Mingon. Orang tua yang dihormati dekat block rumah Girlfriend. Kesian tengok dia tadi, nak bernafas pon macam tak berapa nak selesa. Dada berombak. Dah la kurus kering. 

Tadi dengar cucu-cucu dia baca Yassin lancar je. Sebak pulak rasa. Tangan Mak Wek (wife dia) tak lepas dari tangan Pak Wek. Kadang-kadang kasih sayang orang tua-tua ni can really touch my heart. Bila Mak Wek urut dada dia sambil air mata mengalir, I rasa macam terlekat jambu batu dalam tekak. Haih. Teringat masa kecik-kecik tumpang rumah dorang main-main. Untuk Pak Wek I doakan semoga segalanya dipermudahkan. Amin...

Balik dari Hospital I ajak dorang makan Nasik Ayam dekat Sudut Selera. Sedap wooo nasik ayam dekat sini. Dulu masa duduk Jengka, every month wajib makan dekat sini. I suka giler sebab nasik ayam dia sedap! Kata De, biasa Sabtu dorang tutup kedai tapi rezeki I, tadi bukak pulak. Alhamdulillah dapat makan. 


Nasik ayam Sudut Selera. Seeedaaap!!

Cumanya Shein je la sebok nak kejar kucing. Nak makan pon tak senang.. Grrrr. Tapi dalam tak senang tu setel ayam 2 set, nasik sepinggan setengah. Lepas ni kalau I komplen kata diri sendiri gemok tolong tampar eh? Tapi tampar manja je la. Hahaha.


Amsyar and Shein mandi kolam. Dekat kampong ada swimming pool wooooo!!

Ni dah lepas makan ni, layan tido pon best. Dengan bunyik ayam, sesambil tengok hindustan Shah Rukh Khan berlakon, kurang 10 minit I agak I akan sampai Hong Kong. Kbye.

-eNd-

1 comment:

osman jailani said...

salam..sudut selera ni yg tepi ade tapak perkhemahan kem mahkota tu ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...