Assalamualaikum..
Ok. Sambung balik pasal Labor Day Vacation Part I
kelmarin. Si Che Doll dah 18 kali tanya dekat dalam IG bila nak sambung cerita
pasal makan dekat Makcik Sombong, Tanjung Lumpur ni. Geraaaam jer. Gambar I
perasan sorang-sorang posing dekat tasik pon tanya pasal makan. Korang ni memang
sekarang asal nampak muka I, mesti imagine makan jer kan? Gegham nak tunjal.
So, sampai dekat Cathayana Kuantan I mandikan Shein
semula sebab tadi mandi tak bersabun dekat Gambang Waterpark. Lepas mandi tu
yang I kasik Shein makan habes 1 polistrin tu. Bukan tahap lapar dah Si Shein,
dah masuk tahap kebulur dah dia ni. Hahahaha. Sazli dengan Abang-abang pergi la
ke Makcik Sombong Tanjung Lumpur untuk order makan malam karang and letak
deposit. Kitorang mintak ketam (2 jenis masakan), udang, ikan bakar, sayur,
nasik, air teh o ice untuk 20 orang makan, 3 set hidangan at first dorang letak
harga RM1,200.00 ok? Lepas cut here and there, jadik RM800.00 jer. Mahal atau
murah I tak berapa sure yang pasti kalau nak makan dekat Tanjung Lumpur memang
ini la tempatnya yang kitorang tuju since forever.
Dulu pernah sekali I makan dekat Ana Ikan Bakar
Petai. Taktau la kenapa, lembik badan sebab muntah teruk. So dah phobia nak
pergi sana. I memang macam tu, if food poisoning first time makan, ko letak la
pisau kat leher takkan I jejak dah (kecuali letak duit RM2 juta kat sebelah
yang tu boleh bincang lain). Sama la macam I muntah-muntah lepas makan Ikan
Tilapia dekat Home Town Yong Tau Foo. Memang sampai sudah I jejak kaki dah
dekat situ.
Sampai dekat sana tengok atas meja ada ketam masak
sambal, udang sambal, ikan bakar sambal. Lepas tu sayur kangkung pon goreng
pedas. Semua tak berkuah and bersambal yang tak tahan tu. Hahahaha. Comel je
kalau Bapak-Bapak yang order makan. Memang gini la jadiknya. Semua sambal. Kah
kah kah. Tapi naseb baik la sedap. So tadek komplen. I ok je makan tak berkuah
sebab memang jenis suka makan kering. Ada anak Ustaz tanya I, ‘Kakak, kenapa takde kuah?’ lepas tu
Sazli jawab, ‘Ambik air teh o ice tu je
buat kuah’. Terkulat-kulat jer mata budak tu. Haha.
Sambal Udang
Ikan Bakar
Kangkung masak pedas campur udang kurus
Tu yang pakai songkok tu la Ustaz. Dia duduk depan I. Hahaha.
Kalau korang biasa datang Tanjung Lumpur. Kedai
Makcik Sombong ni location dia ialah : Selepas
kedai ikan bakar banyak-banyak tu ada Sekolah kan? Teruuuuus lagi sampai
selekoh tajam. Kalau dari sekolah tu, kedai Makcik Sombong ni dekat belah kiri.
Kedai first sekali. Sini biasa orang memang ramai, tapi tadek la padat sardine macam
Ana Ikan Bakar Petai tu. Nama restaurant ni I tak sure apa tapi memang known as
‘Kedai Makcik Sombong’. Dengar cerita, owner dia perempuan. Muka susah senyum.
Tu sebab dapat nama Makcik Sombong. I tak pernah pulak nampak.
Korang kena ingat bebetul direction yang I bagi ni.
Nanti kang takyah la peramah-peramah sampai sana lepas tu tanya, ‘Makcik, mana restoran Makcik Sombong?’
Hahaha. Takyah nak selenga sangat. Kang orang datang sana makan seafood, kau
makan selipar. Tak ke naya? Hahahahahahaha.
Siap makan, kanak-kanak dah ajak balik. Semua pon
dah penat agaknya. Anak ustaz being nice to me. Siap kopekkan isi ketam and
letak dalam pinggan I. sebab I kan tamak? Dalam pinggan lauk tu, I pilih ketam
paling besar. Taknak kalah. Rupanya ketam besar tu la yang kurang isi. Sabar je
la. I mengadu la cakap ketam I tak banyak isi, terus anak ustaz gigih pilih isi
ketam letak dekat pinggan I. Comel sangat dia.
Sampai je hotel, Shein dah mengimpit dekat I. Tak
lama pon dia amek masa nak tidur. Kurang 10 minute dah sampai Hong Kong. I pon
apa lagi, tarik selimut and gone. Tak jaga langsung bila Sazli sampai bilik
balik. Lena sungguh. Seronoknya sekarang bila tidur hotel, I dah tak kisah
kalau Sazli tinggal I untuk lepak dengan kawan-kawan. Ada Shein, I rasa secure
walaupon dia bukan boleh tolong apapa pon. Tapi I selalu ada perasaan seram nak
tidur dalam hotel sorang-sorang. I memang penakot pon. So what?
Sekian cerita Labor Day Vacation. Seronok bila jalan-jalan tidur
hotel macam ni bila ada Shein. Bulan ni nak ajak Sazli pergi Alexis PD pulak
la. Bawak Shein mandi kolam dekat sana. Happy weekend!
-eNd-
1 comment:
serius gambo ketam dan udang sambal tu bikin menjejes ailio pagi2..ini laa entry yang dinanti2kan!paling win!marvelllous!
tengs Sue!entry hotel cathayana ada?ok x hotelnya?ai dah booking..murah lak rate tetime cuti sekolah jun nanti..
Post a Comment