Tuesday, May 5, 2015

Happy Birthday Sarah!

Assalamualaikum..

Happy 29th birthday to our BB - Sarah Yusof. Semoga you panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan untuk handle twins Adam and Adyan serta family you and semoga Allah permudahkan semua urusan you didunia dan akhirat. Dekat sini, I mengambil kesempatan untuk bagitau you (dah macam nak bagi ucapan masa Hari Raya pulak) yang I ikhlas dengan you BB. I ikhlas kawan dengan you and I sayang you dunia dan akhirat. You tau kan? Heeeeee. Nak Uweeeeet!!

Ha… Cenggitu la bunyiknya ucapan birthday kalau nak bagi pada Sarah. Ayat kena susun teratur sebab dia jer yang kurang sewel among kitorang. Dia yang paling cool and tak huru-hara, yang paling tak cepat melatah, yang sentiasa relax and chill tahap langit ke lapan blas.. Tahap relax dia sampaikan hilang purse dekat China, sekali dengan semua jenis kad bank, IC, driving license, medical card, insurance card, kad kawen tapi cool dia tahap dah 2 bulan hilang sampai sekarang takyah buat lagi pon. Macam tu punya cool. Geddit? Haha.

Sarah yang paling tak kisah pasal handphone dia. Dia boleh jer tinggal henpon dekat office hari Jumaat lepas tu tak bother untuk ambik semula time weekend (takot kena curi etc) and masa sampai hari Isnin boleh makan dulu dekat kentin takyah sebok-sebok nak carik henpon. Konsep dia, if henpon ada, happy. Kalau hilang nak buat macam mana. Hahaha. Itu la Sarah. Manusia paling boleeeeh ajer. Tinggal henpon dekat merata ada la 5 6 kali dalam setahun.

Memang sempoi giler budak sorang ni.

Untuk birthday dia kali ni, dia pilih nak pakai kaler orange. Ok deal. Intan macam tak puas hati kaler orange menjadi pilihan tapi kitorang buat bodoh je. Hahaha. Dah birthday Sarah, biar la dia pilih kiter kena pakai baju kaler apa. Lepas tu untuk lunch pulak, Intan ajak makan Pizza. Dia tu semua birthday orang dia nak makan Pizza. Tapi Sarah kata, dia nak makan Nando’s.

Sebab kitorang nak buat outdoor photoshot (berbekalkan iPhone 6 Dyba and Monopod yang beli dekat tepi jalan KLCC) so berpeluh la ketiak kitorang tetengah panas tu amek gambar sempena birthday Sarah. Jom layan gambar kitorang. Semua lawa-lawa! Maybe sebab kaler orange tu naik dengan pemandangan pokok-pokok yang hijau.

Yang kelakarnya, tempat kitorang start amek gambar tu memang favorite spot Tourist. So masa kitorang tengah posing (kakak jual Monopod jadik cameraman) semua kot Tourist Vietnam amek gambar kitorang lepas tu memasing nak ajak amek gambar sama. So fe-feeling artis la sekejap, kebetulan kitorang siap dengan prop bunya tulips segala. Kah kah kah.


Ni dekat bawah pokok, area dekat Taman KLCC. Birthday girl dah terkebelakang. Tengok la sapa yang duduk paling depan.


Bunga tu kitorang amek dalam bilik Boss Izzy. Pon boleh. Menggelupur kidnap bunga dia. Masa tu dia tadek kat tempat, so terus zaaaapppppp. Kidnap!


Ni dekat area kolam KLCC Park. Seriously dekat sini lawa kot kalau buat photo-shoot. Pakai baju kaler bright. Memang lawa. Menyesal dulu kawen tak photo-shoot dekat sini lepas tu pakai baju kuninggggggg.


Bab berangan pass pada Dyba. Tengok la dia posing tak menahan.

Cantik kan? Nampak KLCC dekat belakang.



[birthday girl kena duduk tengah]


Ok... Amek gambar bersepah! (Ni arahan Kakak jual monopod kat tepi jalan KLCC tu)


Bayangkan dekat depan kitorang time tu punya ramai tourist. Hahahaha. Pastu dorang ajak amek gambar and cakap macam ni.'Take photo take photo.. Beautiful... Beautiful'. terus kembang memasing. Hahahaha. Tapi amek gambar aku badan kena kerat sebelah tak ok jugak. Pfffffft


Ok. Sambung berangan. Sian Sarah muka dah kena block dengan Intan.

Sorry gambar tak ikut turutan. Yayyyy Gambar melompat jadik. I sorang jer la yang jadik. Yang lain tak berapa nak jadik. Intan baru nak lompat, Si Izy pulak macam nak bercanggung jer. Ko dah kenapa?


Ok. Patah balik ke taman. Tabah jer la eh korang tengok semua gambar ni.



Ok. Habessss!!

Time nak jalan pergi taman tu, Intan dah 2 3 ekor la keluar babi sebab dia pakai heels asyik terpelecok jer. Tu la nak cantik sorang-sorang, hazab la dia kaki sakit. Hahahaha. Lepas tu ketiak I dah basah. I suruh dorang cium, sorang pon taknak. Dorang taktau ke ketiak I bau apple? Hahahahahhahahahhaha. Siap buat video yang asyik 2 3 4 kali cut, kitorang gerak balik semula dekat office. Makan Nando’s dalam meeting room and we are done for that day.

Simple, but sweet. Hope Sarah happy haritu. Kalau dia tak happy pon, dia kena buat-buat happy untuk jaga hati kitorang. Untuk Sarah, For many people, the word friend is just a sequence of letters. For us, it is the source of happiness and strength because of you. Happy Birthday BB!’

-eNd-

4 comments:

Amanina Saffi said...

lawanyaa intannn

Jan@Afzan said...

HB Sarah. Muka semua flawless sangat... cantik..bright colours..seronok dapat kawan mcm ni kan...kegemaran yang sama

Lavender violet said...

intan makin gojes skang.. share tips intan.. hehehe

Anna Dayana said...

Hi kawan kawan

10 kali intan lalu tempat kak su 10 kali lahhh dia menjerit suh intan reply komen dia dlm blog.. Macam la Intan ni ramai peminat kan. hahaha

korang...Intan biasa-biasa je la.. tak cantik mana pon.. tapi kalau bawa Intan keluar still tak rasa malu la.. sebab cantk sikit.. eh eh bukan cantik laa tapi manis.. Aura tu ada kan.. Tips dia ialah.... Emm Minum innershine pati prunn..Kecantikan luaran dan dalaman terjamin kesannya..Promoto sikit.. Mana tau dapat jadi Duta Innershine..dah la nak jadi Duta Safi tak lepas.. haih!!!

Kepada kaksu

Sila approve comment Intan ni ok..

TQ zokzok (XOXO)
IntanInnerShine

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...