Wednesday, May 6, 2015

Labour Day Vacation - Part I

Assalamualaikum.

Masa Jumaat lepas time cuti Labour Day tu, I dengan Sazli and Shein join Abang-Abang and Kakak-Kakak Apartment yang kitorang duduk ni pergi Kuantan. Plannya pergi Jumaat balik Ahad. So Jumaat tu dari KL terus ke Gambang Waterpark and check-in dekat Hotel Cathayana Kuantan. Malam tu pulak dinner dekat Makcik Sombong, Tanjung Lumpur and esoknya pergi ke Kemaman and check-In pulak dekat Cherating. Esoknya pulak (Ahad) baru la gerak balik semula ke KL and lepas tu Isnin boleh la rehat-rehat dekat rumah sebab Selasa nak kerja. Kan?

Tapi kitorang join Jumaat-Sabtu jer sebab masa Sabtu tu kena balik Bentong pasal ada wedding cousin Sazli dekat Bentong. So Sabtu petangnya kitorang dah ada dekat KL dah T____T  Tapi bagus jugak sampai KL awal sebab masa Ahad tu, I badan lembik habes sebab demam urat. Si Shein la punya pasal. I melayan dia mandi dalam kolam lama sangat. Sebab masa kat Gambang tu, first time dia guna pelampong dekat lengan tu. So menggeletis la dia taknak naik ke darat bajet dah pandai berenang padahal dia floating je. Tak payah nak poyo sangat la eh? Korang tau la kalau duduk lama-lama dalam kolam dalam lepas tu tak pandai pulak berenang, so kiter punya energy banyak guna. Tu yang penat tu. Sian sangat dekat I.

Kitorang punya rombongan Cik Kiah ada 5 kereta. Kitorang sekeluarga, Abang Amri + Kak Fiza, Abah Shahrul + Family, En. Asri + Family, Abang Zailani + Family and Ustaz + Family. Gerak dari KL pukul 5.00am, sampai Tol Gombak around 5.30am tol dah jem. I wonder dorang ni bangun tidur pukul 3.00am ker apa? Sabar jer la. RnR pon sesak time nak berenti Subuh. Sampai dekat Gambang around 10.30am ++ kot? Kitorang nak sampai awal sebab nak sewa Cabana. Sini panas woooooooooooo. Kalau tadek Cabana, dengan anak-anak ni ha, mana dengan nak tido, nak rehat susah. Lagipon Malaysia sekarang panas sangat la. I tak tahan. **Flip hair


Shein sampai-sampai je terus la nak mandi kolam. Kak Fiza tanya I, 'Su nak mandi tak?', I jawab, 'Nak!' Dia kata dia segan nak mandi sebab ada Ustaz. Pastu I jawab, 'Su tak segan pulak. Relax jer'. Pastu Kak Fiza cakap I bangang. Haha.



Si Shein tak mandi dari KL ok? Sedang elok la sampai sini mandi kolam. Cuma tak sabun jer la. Malu pulak kat oghang nanti kalau mandi pakai sabun. Hahaha.


Cecece. Dah besar sangat dah Shein.

Time Sazli and Abang-Abang ni semua naik dekat area atas sana yang ada sliding la, ombak semua. I lepak dengan Shein je. layan makan eskrem lagi best. I datang kali ni memang duduk setempat jer. Sebab panasnya lah. Tu panas dekat dunia ko dah tak tahan apatah lagi akhirat kan? **Petir sabung-menyabung. Orang pulak memang ramai giler. Perrrgh kaya la tauke Gambang WaterPark ni.


Kak Fiza tanya I, 'Habes ker Shein makan satu ice-cream tu?' Jawapan dia, Ko giler tak habes? Shein kot? Ketar-ketar dia suap eskrem dalam mulut. Selagi boleh sumbat.


Makan dengan mulut ke hidung tu Shein?


Anak-anak Abang Shahrul manja dengan Sazli. Dorang panggil Sazli 'Uncle', dekat I panggil 'Kakak'. Bagus. Yang tu Kakak memang suka sangat. Hahaha


Suka la bebudak ni dapat berendam dalam kolam lama-lama.

I first time bagi Shein guna pelampong dekat tangan ni. Memang best giler. Memula Shein macam terbangang-bangang tapi sekejap dah terror. Tapi nak tunggu teror, bergelas jugak la air kolam dia minum. Lepas dia dah terror, balik dia pulak yang taknak naik.

I  kan, dengan Shein pon nak belagak ok? I cakap, 'Shein, you stay there. Mama come to you'. Kononnyaaaaa la. Shein memang dah tak gerak, tapi masalahnya yang 2 depa tu pon I tak sampai-sampai dekat dia. Air berkocak dah banyak. Tapi  I geraknya tak. Floating je sebab bontot berat. Waaaarghhh hahahahahahahahha.

Ada satu time tu semua Abang-Abang dah masuk kolam ni. termasuk la Ustaz ni. I pon entah poyo kenapa nak tunjuk pandai berenang. I pon selam-selam, tetiba dengan tak disangka I dah sampai dekat Ustaz. Jarak masa I keluarkan kepala tu ada la 2 jengkal je dari dia HAHAHAHAHAHHA. Bangang giler ok? Masa tu I patah balik and pergi kat Kak Fiza,. I cakap pada dia, 'Eh Kak Fiza, terberenang dekat Ustaz pulak'. Ustaz dah malu-malu dah. Hahahaha. Bongok kan I? Ustaz kot? Dah la wife dia Ustazah. Hahahaha,. Bongok bongok bongok.


Shein harini senyum nak manis je. Gewam tau?

Dalam pukul 12.00pm semua orang dah naik sebab yang lelaki kena bersiap nak pergi Solat Jumaat. Dorang segan la dekat Ustaz kalau ponteng kan? Hahaha. Shein time naik-naik jer, I bagi susu 8oz setel terus tido. I tukar baju dia time dia tido pon tak sedar apa dah. Kitorang lepak dekat sini sementara nak tunggu suami-suami siap solat Jumaat. Nak tunggu 2.30pm pon bapak la hazabnya sebab memang panas. Panas dia bahang sangat-sangat. Tu konon ada yang cakap nak lepak Gambang sampai 5.00pm, tadek maknanya ok?

By 4.00pm kitorang dah siap check-in dekat Cathayana Hotel. Sazli sebagai ketua rombongan la paling sebok sebab dia nak kena pergi bayar deposit nak makan dekat Makcik Sombong malam ni. I mintak dia belikan I dengan Shein makanan. Si Shein punya la lapar, makan nasik goreng cina satu polistrin tu setel ok? Perrrrghhhh hebat anak Mama.

Nanti I sambung cerita dinner malam tu dekat Makcik Sombong pulak eh? Stay tuned!

-eNd-

2 comments:

Nova Leeza said...

Shein is so comel!

Haris Zuhaina said...

AS Salam Sue
Hang ni klu buat ayat memang dah terbayang2 dah kebangangan semasa terjengoi depan ustat tu kan...
Dah bersemboq nasi lemak dok gelak ni