Thursday, May 14, 2015

Ferragamo and Louboutin to let go

Assalamualaikum…

Raya tak lama lagi dah kan? Puasa pon belum ko dah tanya raya dah kenapa? Hahaha. I baju raya dah siap tempah. Shein, I and Sazli semua pon kaler and jenis kain yang sama. Lepas tu Kaklong sekeluarga dengan De sekeluarga pon amek sama jugak. Dah satu keluarga sepapan terus beli kain ela. Dah macam nak buat kenduri kawen. Mak je lain. Dia kata dia ketua, tak boleh la buat sama baju nanti tercalar la kredibiliti dia. Kemain eksyen.

I tempah sehelai je baju raya, yang lain beli siap je. Senang.  Raya tahun ni I nak buat konsep lose je. Pakai je kaftan dengan kain. Dah. Senang nak makan banyak-banyak. Usually kalau hari raya ni, bukan nak pakai sangat baju raya time ‘raya’, tapi untuk attend open house kawan-kawan. Time tu la nak guna baju-bajan yang beli smpi 5-6 pasang tu. Kan?

Anyway, harini I tolong kawan I untuk jual dorang punya pre-love Handbag and Kasut. Intro beria cerita pasal baju raya padahal nak tolong jual pre-love item jer. Hahaha. Korang tengok dulu kot-kot berkenan boleh kontek terus dorang ok? Soalan direct tanya dorang, I tolong iklankan ajer. Komisyen 16% ok Hana and Sharina. 10% service charge, 6% gst. Waaaahahahahahhaha.

Ok. Ni beg Ferragamo. Harga dekat butik RM5,800. Hana beli last year bulan July. Still in veryyyy good condition. Come with segala mala dust bag. Original ni. Don’t worry. Reason to sell : No reason. Saja jer nak mengisi masa lapang. Boleh? Ni la ongkaya, sesuka hati beli handbag lepas tu nak jual lepas sekali dua pakai. Hana kata dia nak letgo for RM3,000 jer. Murah sangat-sangat ok? Jom tengok gambar.


Pre-Love Ferragamo Handbag to let go. RM3,000 jer. Lai lai lai


Pandangan dari atas. Tengok la, very good condition lagi ni.


Without Strap


With Strap

Yang ni pulak, kasut-kasut dari Sharina. Dia nak letgo 2 jenis kasut. Louboutin dengan Ferragamo. Reason to sell : Dia dah tak kerja, dulu masa jadik stewardess boleh la bergaya dengan designer shoes, now duduk rumah buat kerja dengan nak mop rumah, sapu lantai belaka lepas tu nak pakai Louboutin macam melampau pulak. Hahahah. Kata Sharina dia beli sendiri dekat boutique. Siap ada dust bag and kotak lagi. Tadek hal. Amenda la beli kasut sampai ribu-ribu. I paling mahal pon kasut Stuart Weitzman. Tu pon tak sampai hati nak pakai. Simpan je dalam almari. Haha.


Louboutin ni size 36.5. Dia nak letgo dengan harga RM1,000. **Telan ailio


Ferragamo ni pulak UK size 7. Dia nak let go pada harga RM500.00

Sapa yang pakai kasut size 5 atau 5.5 Malaysia size tu sesuai la untuk kedua-dua jenis kasut ni. Untuk handbag, korang boleh Call/WhatsApp Hana [013-6010076] and Kasut pulak korang boleh email Sharina [shhsharina@gmail.com]. Sebarang pertanyaan direct pada dorang. Lepas tu kalau jadi beli jangan lupa bagi duit lebih. Bagitau je, ‘Nah RM200 extra, I belanja Kaksu makan’. Nanti I sayang korang lebih. Hahahaahha.

Eh jap. Kasut Ferragamo tu pink, padan pulak dengan Pink Ferragamo Handbag. Match sangat you'alls. Nanges la Rosmah Mansor tengok korang pakai ni. Dah tu dia je nak pakai mahal-mahal? Kiter dia suruh pakai Vincci je. Mana aci kan? 


-eNd-

3 comments:

Diana Din said...

Awww so pinky..but i don't like pinky shoes.. ;(

adda syuhada said...

terus pengsan nengok rega...

edlidza said...

wow cantiknyaaaaaa... tapi tang rega... haihhhhhhhhh sabo jek lahhh... bag tuh i like!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...