Wednesday, May 13, 2015

Kaki Edit Gambar. Baca ni. Love Yourself Ok?

Assalamualaikum…

Kaklong tadi dia share dengan I satu Application dalam handphone yang ultimately penipu woh! Ni bukan setakat penipu yang kulit muka jadi flawless giler macam camera 360 tu, tapi lagi extreme. Dia edit tahap boleh besarkan mata hitam nampak comel macam doll, kasik shining bijik mata tu macam shine bright like a diamond, kasik muka kurus sebab boleh edit kempiskan pipi sampai jadik macam cartoon anime yang muka 3 segi tu and siap boleh panjangkan badan kasik kurusssssssss giler belaka ok?

Perrrrghhhhh. Kalau la kalau boleh edit dalam henpon lepas tu real life pon ikut sama edit so takyah la susah-sudah beli memacam jenama produck kecantikan kan? Semua orang dalam dunia kurus dan cantik. Maka menanges la Dr. Aidil sebab tadek dah orang datang klinik dia nak buat laser kasik hilang parut. (Tetiba Dr. Aidil masuk dalam ini cerita. haha). Taknak kalah, maka I pon try la untuk sekeping gambar I dengan Dyba. Jom tengok.


BEFORE. Ni guna camera dari iPhone 6 Dyba. Masukkan dalam Instagram amek mode Sierra. ITU SAHAJA. Tadek edit skin kasik flawless ke apa. Tadek, So semua orang sila la guna Ellfie Essence ok kalau nak kulit macam I (Sesambil promote).


AFTER. Menangis air mata darah dia punya tahap jelita. Tengok la Dyba, terus muka ala-ala model kain tudung setarap Atita Haris kata kooo. Haha. Yang ni I besarkan bijik mata, kasik shining, eye-bag remove, kulit kasik tambah flawless, muka kasik kurus kurus kurus. Perrrrrrghhhh berdarah hidung tengok lawa macam ni. Tapi real life sendu dik non. Hahaha.

Patut la I ada perasan sorang kawan sekolah I ni. Kurus dia tahap muka jadik triangle ok? Comel macam cartoon anime. Menyesal I impressed. Haha. I wonder jugak macam mana dia kurus badan, sampai muka jadik kurus macam tu sekali. So maknanya dia edit semuaaaaaaaa gambar dia. Kalau kawan dia tag gambar dia tak la comel yang macam dia masukkan sendiri. Acane eh orang-orang yang kaki edit gambar bagi nampak lawa all the time ni? Dia tak rasa ke dia menipu orang and menipu diri sendiri? I agak golongan yang suka edit gambar secara extreme ni macam lack of confidence kot?

Duluuuuuuu, pernah ada reader email I. Kata dia, ‘Kaksu tak kisah eh letak gambar comot-comot dalam blog. Muka tak mandi pon ada. Tak kisah ke? Saya kalau nak masukkan dalam gambar dalam IG and Blog WAJIB edit kasik cantik dulu. Kalau tak, saya takkan letak’. I cakap, I ok jerrrr. Bukan kiter sentiasa lawa pon kan? Time berak muka kerut-kerut jugak, lagi-lagi kalau sembelit. Ko berak muka jelita macam Rozita Che Wan ke? Kentut bau busuk jugak kan? Hahahah. So just be yourself. Love yourself. Bagi I, kalau nak makeover mekap cecantik takper, tapi edit gambar extreme sangat sampai putih tak nampak lubang hidung tu macam something wrong somewhere jer.

Kata la kalau korang masukkan gambar macam tu and ada pulak anak raja mana berkenan, pastu ajak jumpa sekali real life tak la selawa dalam gambar. Acane perasan dia kan? Nak edit gambar boleh, tapi biarlah berpada. I pon suka jugak berangan fe-feeling jelita amek gambar dengan camera 360 tapi tadek la tahap obsess sampai wajib guna camera 360 all the time. Itu penipu namanya ok? So, nak tau tak apps apa I guna? Taknak kasik tawuuuuuuuuuuuuuuu. Nenenenenene.

-eNd-

6 comments:

Norhidayu Abdullah said...

gambar asal lagi lawa je..
kak sue tak yah edit2 lah..real pun lawa..
*nak try elfie gak lah

Mommy Cici said...

HAHAHA betul kak sue. yang edit bagi putih sampai nampak cahaya tu lagi takleh blah . entah berapa dia tarik temperature pun taktahu ler. hahaha.

Pn Qema said...

Su.. awak dah cantik tak perlu edit.. Jadi diri sendiri...

sape nak try guna EWllfie Essence boleh wassap saya 0192782041

free postage + free gift

missShila Nget said...

kite lagi suka gambar asal tu kak su..

*nampak tak kak su memang lawa? hahahaha

Ibu Ilyanie(s) said...

zaman teknologi ni...macam-macam ada!

P/s: Jemput ke rumah and folo ye...Tq! puterihannan.blogspot.com

Diana Din said...

canggih sangat pon kekadang rasa nipuu sangat ^_^*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...