Friday, May 8, 2015

Shein and School

Assalamualaikum…

Semenjak Shein pergi sekolah ni, hari-hari I berdebar takot ‘tergelincir’ dari routine. Bila malam, berdebar-debar nak tunggu Shein tido macam takot nak tido malam pertama jer. Hehe.. And I biasanya akan pastikan paling lewat 9.30 malam dia akan tido sebab esoknya nak kena bangun awal. If I yang siapkan Shein, by 7.00am Shein dah kena mandi. If by 7.00am dia tak mandi, I memang tak boleh mandikan dia so Abah la yang kena siapkan. Kalau tak nanti, lewat la I pergi kerja. Melainkan kalau company tu Sulatin Sdn Bhd tu lain cerita. Kah kah kah.

Sazli selalu cakap, ‘No problem Bubu, Papa handle’. Tadek pulak dia merungut kata susah or apa sebab biasalah Shein, dia punya mood mana boleh kira. Time bangun tido dia senyum,  I rasa nak pengsan sebab lega, tapi time cranky memang hazab la nak menyiapkan dia. Semua menda pon tak kena. Mengamuk tak tentu hala. Yer la kan, orang tengah tido dikejutnya suruh mandi. Kalau ko pon marah Kan? Ni pulak Shein. Hahahahaha.

Kata Sazli bila nak hantar Shein pergi sekolah, Shein muka macam masam je. Macam nak merajuk. Tapi dia jalan sendiri dari turun kereta, bukak gate masuk pintu sekolah, tapi merengek sikit-sikit. Comel kan? Tadek la dia mengamok baring dekat jalan terus. Kira macam Shein tak berapa redha la nak pergi sekolah tapi terpaksa rela. Hahaha. Omel sangat.

Masa first week Sazli tinggal Shein dekat sekolah nanti dia menanges kuat giler. Now bila dah masuk minggu ketiga, dia bunyik ‘hek hek’ jer. Lepas tu happy dengan kawan-kawan and Teacher and Asst. Nama Asst dekat situ Miss Marlina. Shein memang clingy habes dengan miss Marlina. Kata Miss Marlina, time dia solat Shein duduk depan. So time sujud kena la senget-senget sikit. Hahahaha.

Bila Sazli jemput dia dari sekolah nanti dia ambik beg dia sendiri, ambik selipar and pakai. Kiss and hug Miss Marlina and Principal lepas tu pegang tangan Abah jalan pergi kereta. Tadek la dia terus menerpa macam dulu. Kekadang menda simple macam ni pon kiter as a parents boleh happy kan?



Balik sekolah, upah bawak dia main dekat Playground and dia akan kacau 'Abang-Abang' main bola. Bila tak dapat sepak bola, dia angkat bola tu lepas tu baling. Pandai sangat Shein. Clever boy. Haha.

I nampak improvement pada Shein a lot ok? Dia lebih berdisiplin. Kurang la nak ngamok and dah boleh tolerate. Cuma manja je la yang tak boleh nak buat apa. Itu memang dah mengalir dalam darah kot? Haha. Kalau balik dari sekolah, dia akan lucut selipar dia sambil duduk. Lepas tu susun dekat selipar-selipar basahan yang I susun dekat dinding dalam gate. Ada sekali tu, niat dia dah baik dah. Nak susun selipar tapi habes semua runtuh. Dia pandang je I mintak tolong lepas tu I cakap, ‘It’s ok Shein, Mama handle this ok?’ Terus dia bangun, cium peha I. Awwwww so romantic anak Mama.

Makan pon duduk setempat je. And dia boleh sit and draw tanpa sepah-sepahkan or huru-hara macam sebelum ni. Alhamdulillah I happy la tengok Shein punya improvement. So rasa berbaloi la invest quite a lot untuk bayar Shein punya school fee’s. 


Architect in the making

Shein speech delay. Dia still tak boleh buat sentence macam budak-budak yang sebaya dengan dia. Cuma ada single words only. Tapi dia bukan autism. Dua specialist I jumpa form 2 different specialist hospital, both assessment result Shein autism free. 20% pon tadek autism. Cuma dia speech delay. So, dia tak boleh pergi sekolah yang playschool ada 30 budak, 4 orang cikgu yang jaga. Yang tu nanti dia tak dapat full attention dari cikgu dia.

Oh. I nak share simple punya tanda kalau anak korang ada autism, ni only 3 out of 80 juta tanda lain. 1) Dia tak boleh blow wisel, 2) Dia tak boleh pakai selipar sendiri 3) Dia gayat. Naik slide dekat Playground pon taknak.

Shein ni actually manja terlebih. Tu yang dia jadik macam ni. So that’s why kena hantar dia pergi sekolah so that biar dia belajar tolerate and berdisiplin sikit. Dia tak boleh dapat semua menda dalam dunia ni. Dia kena hidup dengan dunia yang ada undang-undang. I taknak dia spoil. Tu ajer.

Nasihat I pada parents yang nampak ada menda tak kena dengan anak, seawal 18-24 months, better bawak jumpa development disorder child specialists and stop hidup dalam in-denial stage FOREVER. Sebab if korang dapat detect any unusual condition on development anak-anak korang, boleh la act cepat. So nanti kiter boleh bantu anak-anak build up hidup dorang macam orang lain. Korang tengok la Fynn Jamal, apa yang dia buat untuk Juna. Itu bagus sangat-sangat.

Ishk. Banyak plak membebel. Padahal tadi nak citer pasal sekolah Shein jer. Okla bye.

-eNd-

4 comments:

f.m.y said...

tq for the tips kak su.. Tapi nak tanya kaksu, contoh benda tak kena tu cane eh? Anak i lasak sesangat. Kalau dok baca cita shein ala2 shein jugak peragai dia. Tapiiiii dia gegerl. Kat meja makan pun tak boleh duduk diam. Huru hara jugak dibuatnya

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
I gayat
and I tak leh naik slide
cos I am fat NOW n adult :P

ieda iedana said...

Amboi shein. mulut tu. melukis pun nak gewamm2.

Hani said...

Yes Su, betul apa yg u tulis ni.
Akak ada beberapa org kawan yang punya anak austism. Dan ada cousin yang anaknya sebaya dengan my girl Alya tapi memang menolak dari awal bila orang tanya anaknya Munirah ni autism ke? Sampai umur 6yrs baru dia buat appointment dgn specialist tu pun pegi kat Hospital Putrajaya which is memang lambat nak tunggu turn I pun tak faham kenapa dia tak pegi private sebab dia bukannya tak boleh spend. I sedih bila tengok anaknya sebab budak autism ni hidup dalam dunia mereka. Munirah that girl pernah berdiri tengah panas hampir 2 jam sambil termenung omg I tatau nak cakap. Then pernah nak lompat dalam kuali panas time kenduri. No eye contact so dia takkan rely apa yang kita tegah. Such thing macam suruh duduk pun susah dia nak terima. Cousin i hantar pegi genius aulad bagi i memang tak kena lansung sebab genius aulad tadika biasa bukan special for autism. Hinggalah Munirah nak masuk darjah 1 then sekolah tak terima dia baru my cousin sedar. Skang Munirah sekolah pendidikan khas. Dia boleh bercakap tapi bahasa dia la. I pun tak berani nak bg idea or pendapat sebab i faham ada parents yang in denial tapi kesian kat budak2 sebab mereka perlu guide kalo tak memang akan lost dlm dunia mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...