Tuesday, May 5, 2015

Resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas Berempah

Assalamualaikum...

Seperti yang dipoyo-poyokan dalam IG I hari semalam, yang kononnya cool la letak gambar bawang segala tu macamkan pandai sangat masak, so harini I nak share resepi Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas Berempah menggunakan kicap manis jenama Tirana. Kalau nak sedap macam I masak ni, sila salin resepi and ikut sebijik-sebijan macam yang I share ni. Paham? Jangan nak melawan sangat. (Kalau share resepi biasanya I akan poyo/garang skek. Kasik chance please?) Haha.

Bahan-bahan
  1. Bawang merah - 9 ulas
  2. Bawang putih - 5 ulas
  3. Cili Padi - 20 bijik (kalau nak lagi pedas tahap buasir bunga kelopak lapan boleh letak 30 bijik)
  4. Kunyit hidup - 1 inchi
  5. Ketumbar - 1 sudu besar
  6. Jintan Manis - 1 sudu besar
  7. Kulit kayu manis
  8. Bunga lawang
  9. Totamo - sebijik sedang
  10. Bawang besar - dihiris bentuk bintang. Eh silap. bentuk bulan sabit
  11. Ikan Cencaru size sederhana dibersihkan dan dikerat 3
  12. Minyak untuk menggoreng
  13. Daun Ketumbar - Untuk hiasan dan rasa jugak



Ni semua bahan-bahan yang digunakan. Semua ni kena tumbuk dengan lesung batu (bawang kecik, bawang putih, kunyit,  lada kecik, jintan manis and ketumbar). Kecuali daun ketumbar tu je takyah tumbuk. Yang tu saja letak kat situ bagi nampak poyo. Ketumbar dengan jintan manis kena rendam dengan air dulu bagi lembut supaya masa menumbuk tadek la keluar segala mala peluh jantan. Nak tumbuk tu kena tumbuk kunyit hidup dulu, dah hancur semua baru letak cili padi. Paham? Kepada yang pemalas boleh blender tapi ni amaran, kalau blender rasa dia tak sedap macam tumbuk ok?




Ikan Cencaru tu dibersihkan dan dikerat 3. Memang kena kerat supaya semua kicap rempah segala masuk dalam ikan tu, baru sedap. Kalau letak sekor-sekor tak syiok. Dengar cakap I. Jangan ingkar. Ikan cencaru ni I beli dekat Giant, 3 ekor size sedang RM5.00 jer pon. Murah Mak Enon! Korang boleh suruh orang tu siang sekali. Senang kerja.



Ni bila dah ditumbuk dengan lesung batu. Cenggini la rupa dia. Tomato tu belah 6. Taktau la kenapa dalam ni ada 4 jer. Kah Kah Kah.


Ikan tu lumur la dengan garam and serbuk kunyit. Sikit jerrrrrrr. Lepas tu goreng jangan beria sampai garing sangat.

Cara Membuatnya
  • Memula panaskan minyak dalam lima sudu. Tumiskan bahan yang ditumbuk dengan kuasa kuda tadi tu bersama dengan kulit kayu manis and bunga lawang.
  • Bila dah pecah minyak (agak-agak jer la) baru masukkan tomato. Masak la lebih kurang dalam 2 3 minit sampai tomato tu hancur. So takyah dah la letak air asam jawa. Kata la kalau tadek tomato tetiba dekat pasar, jangan nanges. Boleh guna air asam jawa ok? Pooon boleh. Tadek hal.
  • Lepas tu masukkan la Kicap Lemak Manis Tirana. Sehitam mana, sepekat mana kuah yang korang nak. At this point, boleh masukkan air sikit. Ikut la nak berkuah atau tak. I suka yang kering-kering jer.
  • Takyah masukkan gula/garam dah pon. Sebab Kicap Lemak Manis Tirana ni dah secukup rasa sedap dia. Memang purrrfect! Kepada yang suka, boleh letak ajinomoto. Kalau taknak, tadek hal. Tadek sapa marah. Kheeeen???
  • Masukkan ikan, bawang besar hiris bentuk bulan sabit tu and 2 3 tangkai daun ketumbar. Bila semua mesra baru la angkat. Letak daun ketumbar ni makan bertambah-tambah-tambah la sedap.
  • Sedia dihidang! Untuk effect poyo letak la jugak segerombolan daun ketumbar atas dia. Makan dengan nasik panas-panas, takyah lauk lain dah bak ang. Ni jer dah sedap. 




Ini la rupa Ikan Cencaru Masak Kicap Pedas Berempah. Sedap woooooo!!

Sapa-sapa yang baca blog I memang dah sedia maklum yang I pencinta kicap. Makan semua menda pon mesti nak ada kicap. Terpaling favorite mestilah kicap jenis Kipas Udang. Haritu tengok dalam Instagram Aznil Nawawi tengok dia promote kicap ni. Kata dia, keluaran Bumiputera. So I pon cuba la. Support bisnes orang Melayu kan? Apa salahnya. Bila masak, BAPAK LA SEDAPNYAAAAA. Lepas ni memang I guna kicap Tirana ni je la sampai bila-bila.


Kicap Lemak Manis Tirana and Kicap Lemak Masin Tirana. Sedap!!!

Lagipon harga dia murah siot. Kicap Lemak Manis 645ml is RM 7.90 and 345ml is RM 4.50. Kicap Lemak Masin pulak 645ml is RM6.50 and 345ml is RM3.90. Murah kan? Korang kalau nak cuba boleh carik dekat Giant. OK?

I tak boleh nak deny yang rasa Kicap Tirana ni memang lebih kurang sama dengan Kicap Kipas Udang. Malah, lebih sedap! So I pon Google la. Rupanya, Pengasas Kicap Tirana ni ialah salah seorang anak kepada pemilik Kicap Kipas Udang. Patutlaaaaaaaaaaa pon. Cuma tadek official announcement so tak berani la I nak sahkan apapa. Tapi kalau dari segi rasa, memang saling tak tumpah. So kenapa nak bayar more kalau rasa lebih sedap kan? Baik guna Kicap Tirana jer terus. Kan?

-eNd-

5 comments:

adda syuhada said...

sedap

Khairunnisa Hamdan said...

Cam sedap je..leh try ni

Muhammad Fadhil said...

MemNg melokek saya cube resepi kakak ni.. peee baik dok

Muhammad Fadhil said...

Memang melokek.. saya dah cube resepi kakak ni.. menang torbaik

lily suzlini said...

Sedap. Tq for sharing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...