Assalamualaikum..
Dalam entry
lepas-lepas I ada cakap yang I suka breakfast dekat Kubur Taman Kosas kan? So
weekend ni dedua hari kitorang bantai makan dekat sini. Hari Sabtu, I berazam
nak makan Chicken Chop, sekali bila sampai sana order Mee Bandung. Ahad masa
dekat rumah cakap nak makan Nasik Kerabu/Laksam tapi bila sampai sana order Mee
Hoon Sup instead. Selalu perbuatan tak seiring dengan apa yang difikir. Tak
simetri. Kan? Shein jugak yang cool. Apa pon dia belasah. Bagi nasik lemak
sebungkus dengan telur 2 bijik setel. Pau air milo ais tabor Mama Package celup
tangan lepas tu suruh orang minum pulak. Wow Shein, ada rasa masin-masin sikit
la. Tu naseb bagi 2 bijik je telur
rebus, ada sekali bagi 3 bijik pooooon setel. Hahahaha. Shein memang suka giler
makan telur rebus, sebab tu berak bau tungkik! Haha.
Mee Bandung. Sedap! RM6.00 jer. I suka Mee Bandung yang rasa udang kering dia tak kuat sangat. Yang ni just nice. Yang paling penting, mee kuning tu dia celur dulu. Bukan yang mentah sesajer. Yang tu I tak suka.
Yang ni omelette set. Ada baked bean dengan hash brown. Telur dia sedap je sebab fluffy. RM6.00/set
Yang ni nama di Shein. Takde jual dekat sini.
Dia buat macam Ice Milo Tabur tu macam dia yang punya.
Yang ni Abah Shein. Kemain sekarang dah kurus. Jeles pulak.
Celop tangan Shein, jangan tak celup.
Tak sanggup dah nak minum air ni. Amek la kat ko sorang. Dalam milo ni ada telur, nasik, kuah sup. Semua ada.
I taktau apa
nama pasar ni yang betul tapi memang betul dekat dengan kubur. Sini best la
sebab ada macam-macam jenis makanan. Ada laksa, laksam, nasik lemak, nasik
kerabu, nasik berlauk. Semua ada, yang tadek Mak Bapak jer. Korang boleh
bungkus makan dekat rumah, or boleh makan lepak dekat gerai atas tu. Cuma
hazabnya bila nak tunggu orang habes makan sebab limited table. If taknak
tunggu lama, datang la awal around 8.00am, or datang lewat around 10.00am.
Kalau datang in between nanti menangok lama je sambil mata melilau tengok
tempat, rasa macam loser giler. Dengan anak lagi. Kesian sangat rasa. Haha.
gerai simple je. Jangan nak imagine yang fancy-fancy ok? Tapi sesekali makan kat tempat macam ni syiok!
Roti Canai pon ada. Roti canai dekat sini kecik, tapi garing and sedap.
Ramai all the time. Tak pernah yang I datang pasar ni lengang.
Lepas tu dekat
sini ada jual macam baju-bajan ala-ala pasar malam. Dekat sebelah tu pulak ada
Pasar Ikan. Yang tu I tak pernah pergi. Tengok tempat macam tak
memberangsangkan ajer. Kata Kaklong, kalau nak cari barang basah yang segar,
pergi pasar dekat Setiawangsa. Dekat sana dorang ada bukak time weekend. Kata
Kaklong Ikan dia segar, Ketam dia gemuk macam Shein. Sayur-sayur segar,
ulam-ulam rare yang almost impossible ada dekat KL also ada dekat sini. Macam
pucuk paku merah, daun sekentut and daun-daun untuk buat nasik ulam. Sapa rajin
masak dekat rumah, boleh la carik dekat sini. I memang dah lama tak masak. Saja
nak tunggu masak dekat dapur rumah baru yang entah bila la nak ada tu. (Alasan)
Sapa pernah
makan nasik ulam?
Perghhh. Teringat
nasik ulam yang Mak Azizah buat. Sedapnyaaaaaaaaaa. Dia guna macam-macam jenis
daun. Gaul dengan kerisik, sambal and ikan masin. Makan dengan ayam masak merah.
Sedap giler. Tapi usually bila bulan puasa je dapat makan nasik ulam. Sazli pon
dah ambik semangat ramadhan. Dia dah beli murtabak masa kitorang makan kat
Pasar Kubur Taman Kosas tu. Sazli memang akan makan murtabak hari-hari for
bukak puasa. Without failed. I tau dia tengah seronok sekarang. Tak sabar nak
tunggu ramadhan sebab Sazli routine akan pergi trawikh every day. Nanti bila
ramadhan habes, dia akan rasa missing.
Anyway, sesapa
orang Ampang boleh la datang Pasar Kubur Taman Kosas weekend ni. Last kopek
sebelum ramadhan. Tapi if korang datang minggu ni, I tadek la sebab I ada sukan
dekat Bangi dari Jumaat – Ahad. Lepas raya la baru boleh datang balik. Jangan
lupa try Mee Bandung dia. Sedap giler! RM6.00 jer semangkok. Okbai!
-eNd-
7 comments:
sedapnya mee bandung..
Kak su, area mana ea specific? Ada apa landmark? Masjid ke, sekolah ke.. UO ke..kak su tinggal ampang kat mane?
terliur sudah..nampak sedap je mee bandung tuuu..
12.30 pagi.. Silap besar baca post ni.. Laparrrr
Abah shein memang dah kurus lah Kak Su...
Nazima, meh i tlg seksplen specific area pasar kubur ni meh.heheh.
tau taman kosas tak? sampai sek men and sek ren taman kosas tau?
kalau dari sekolah2 tu terus je smpi tepik lite. awk pi kanan.pehtu teruihhh ja. smpi jmpe pasar ni belah kiri.
kalau lajak sket, sampai kubur plak.
situ takda org niaga..hahaha. ok tak lawak. slamat mencari nazima!!
wahhh....tempat peveret i tu bila cari sarapan....bihun sup ngan mee bandung tulang rusuk tu yg sgt sedapppp...
Post a Comment