Monday, June 1, 2015

Shein dan Basikal

Assalamualaikum..

Balik kampong weekend bebaru ni memang best la. Best sebab Kaklong dengan De masak sedap-sedap. I pon ada masak jugak, korang jangan nak kutuk eh? Sarap masa pagi Ahad tu, kway teow kerang is made by me with love ok? Semua orang cakap sedap. Bila tanya, dorang jawab acani, ‘Ko giler tak sedap Kochep masak????’ So keikhlasan dia kat situ, I pon taktau. Tapi yang I tau, kway teow tu memang sedap. Klik sini untuk resepi kway teow I.

I tak makan banyak sebab I nak enjoy makan nasik tengahari tu.Nanti sarap banyak, tengahari dah tadek space makanan nak masuk perut. De masak Ikan Patin Masak Tempoyak yang I dah share resepi dia pagi tadi dekat sini, Kaklong masak Pajeri Rebung perrrgh perrrgh perrrghhhh sedap dia tak boleh nak describe macam mana and Ikan Patin Salai Masak Lemak Cili Padi yang tahap mengkarung oren sedap dia. Resepi I akan share nanti ok? Sehari satu gambar makanan je. Korang tu kalau I share gambar makananan manjang nanti meroyan pulak. Bukan I taktau.

Selain dari makan sedap, Shein pon syok jugak sebab Mak (GF) belikan dia basikal! Mak belikan untuk Amsyar and untuk cicit dia, Auliyya sekali. Fuiyoooo Atok kaya gilerrr! Time Sazli salam and kiss Mak, dia cakap macam ni, ‘Mak, terima kasih. Saya nak motor boleh?’ Bangang. Hahaha. Sazli mintak Mak belikan dia motor Harley. Shein nampak je basikal tu, terus menjerit seronok. Dia cakap ‘Yayyyyy!! Weeeeeeee!!’ Sambil clap his hand. So bermulalah pengembaraan Shein dengan basikal dia semalam. Sekejap je dia dah pandai. Ala, roda 3 poooonnnn memang la pandai. Tapi kira ok la, sebab Shein pandai kona-kona. Masa awal-awal kalau dia langgar dinding tak reti nak kona lagi, dia nanges. Bongek Shein. Haha.

Dekat rumah Atok luas, boleh la main basikal dalam rumah. Sampai dekat rumah kitorang, I terpaksa sorok dalam toilet guest basikal tu, sebab nanti kalau dia nampak, dah dia nak main. Mana la nak ada ruang. Rumah kitorang ni sekangkang kera jer kot? Pagi tadi masa I siap nak pergi kerja, dia dah cari-cari basikal tu. I berdebar takut dia bukak pintu toilet, dah satu hal plak nak melayan dia main basikal dekat koridor dengan aku tengah bersiap pakai baju, pakai tudung tak pakai kain ni ha. Nanti balik kerja karang baru boleh layan dia main basikal.


Tengah naik basikal, dia parking sampai dekat dapur. Tetiba je datang cangkung depan I, ambik bawang masukkan dalam lesung, dah habes semua bawang yang dia masukkan sekaligus tu, dia masukkan rebung skali suruh tumbuk. Ewah kau? Dah la cili padi tu yang Mama tumbuk. Pedas paham tak? Bila Sazli bunyikkan loceng basikal, laju dia bangun balik. Hahaha. Ngek Shein.


Cecece. Muka bawak basikal nak serious jer. Nama nak Shein jer. (Apa kena mengena?) Haha. Tu kat dahi tu berderau darah I masa memula tengok. Ingat darah ke apa. Rupanya coklat.


Cak! Time ni lepas mandi. Ada la rupa manusia skek.


Lepas ni boleh la Shein eskot Abah time Abah training lari. Eh?

Masa Shein naik basikal, I pandang Sazli and Sazli pandang I. Dia cakap, tak sangka Shein dah pandai bawak basikal. Sebak pon ada time tu. Gini la kan? Kiter Ibu yang baru ada anak 1, apapa pon mudah tersentuh. Rasa macam tak sangka and happy dia tu, susah nak describe dengan perkataan WALAUPON pandai bawak basikal jer pooonnnnnnnnn. Hahaha. Takyah nak emos sangat la! Tapi the feeling is real man. Sebak giler! Macam mana la nanti time Shein masuk darjah satu, I agak I nanges seminggu. Lagi kalau tengok dia beratur beli makanan sorang-sorang perrgh  perghh. Ada yang I kerja part time dekat kentin sekolah to make sure Shein makan cukup. Dah la budak tu kuat makan. Paranoid giler kan? Wahahahaha.

Ingat nanti nak bawak Shein pergi Tasik Titiwangsa la. Bawak dia naik basikal keliling tasik. Tasik Titiwangsa kan luas? Sekali dengan basikal semua, tetiba member cranky baru ko ada akai. Tak pasal dukung Shein, dukung basikal skali. Ko jangan carik pasal. I dah dapat imagine I dukung Shein sekali dengan basikal dia macam mana. Haha.

-eNd-

1 comment:

Dyba Dbuh said...

atok, sophie pun nak jugak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...