Thursday, July 9, 2015

Happy Birthday Kaklong. Assemoga!

Assalamualaikum…


Happy birthday to Kaklong harini (9/7/2015). Yang ke 48 tahun ni. Kan kak? Dah tuweeee dah nko. Dah ada cucu pon sorang. Tua takper kan, yang penting laaawwwwo! Umur 48 nak menten badan kemas, stamina masih ada, tak gedebob ingat senang ke? So Kak, ni aku nak puji ni. At your age, boleh maintain macam ni, kira hebak dah sangat tu. Nanti lepas raya kiter makan la sama-sama dengan geng birthday. Sian Kaklong, birthday dia harini tak dapat pakai baju sama-sama color sebab dia jauh sana dekat Balai Felda. Haritu kitorang ramai-ramai pergi Pavilion, tetiba rindu dekat Kaklong punya lawak. Sebab Kaklong ni memang ‘macam-macam’. Ada je jawapan dia kalau orang tanya. Jawab spontan pulak tu. Melawan je.


Nyonya makan popiah crunchy

Kaklong ni dalam keluarga, dia banyak ikut sifat ayah. Penyabar. Tak cepat melenting macam adik bongsu dia. Dia jenis boleh kawal emosi. Lepas tu Kaklong suka buat suasana jadik happy and ceria sebab dia memang Pak Lawak. Mak kekadang tengah moody pon jadik kalah dengan Kaklong. Cuma satu tu je la masalah. All the time asyik la tak cukup bajet. Bila la dia nak kaya I tak tau. Bosan dah dengar dia tak cukup duit. Hahahahaha. Lagi satu, Kaklong masak sedap giler. Apa pon dia masak mesti sedap sebab air tangan dia. Kekadang resepi bodo-bodo pon sedap. Tu ari masa kitorang karaoke sama, I dengar suara dia masih menten. Cuma part tarik, dia nyanyi sampai sujud dekat atas lantai. Punyerla nak bagi sedap suara. Hahaha.

Kak. Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki, menten cantik and kaya raya. Takper. Doa jer la macam tu. ‘Ya Allah, bagi la aku kaya’. Takper. Sebab kata Kaklong, dengan Allah kalau nak mintak apa, mintak je. Takyah pusing cakap. Allah paham. Nak mintak apa, mintak direct je. Tu yang kata Kaklong lepas solat dia doa je, ‘Ya Allah, bagi la aku kaya’. Bongok kan ko kak? Haha. Dia yang ajar I macam tu. Yerla, semoga ko kaya lepas tu belanja la aku makan dekat Victoria Station. Ni asyik birthday ko aku belanja nko, birthday aku pon aku belanja ko makan. Konsep dia tu macam tak kena. Semoga urusan hidup ko semuanya dipermudahkan yer Kak? Biar semua smooth dan happy-happy jer. Ko kena jaga kesihatan, biar umur panjang. Lagipon kalau ko takde, macam tak syok la.

Last but not least. I love you Kaklong. One again, Happy Birthday To You. ASSEMOGAAAAAAA!!

P/s: Hutang aku bila nak bayo? Haha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...