Thursday, July 9, 2015

IFTAR at Ozeki

Assalamualaikum..

Eee ni tak suka makan bawang waktu sahur, nanti mulut rasa kuda la. Sazli suka goreng telur lepas tu letak kicap, bawang + cili padi atas telur tu. I pon tumpang sekaki, tu yang I makan bawang mentah tu. Pagi tadi bangun tidur, rasa tekak kering giler + rasa kuda. Tu yang kumur-kumur time gosok gigi lama je. Hahahaha. Tingat dulu masa sekolah darjah 1 or darjah 2 macam tu, kekadang ayah tak ambik balik dari sekolah sebab ada hal. I jalan kaki dari sekolah ke rumah dalam 3 km jugak. Panas terik and jauh pulak tu. Nak sampai dekat rumah macam nak merangkak rasa. Dengan beg lagi berat. Sian giler dekat I. Kalau dah panas terik + penat, memang dahaga giler.

Bila mandi, I jirus air dari atas kepala, mana yang turun dari kepala tu I minum slurrrrpppp Hahaha. Konon tak sengaja la. Tapi tetap consider puasa ok? Ada sekali tu lagi best, I minum air kolah dari dalam gayung. Habes setengah gayung rasa lega. Burrrrrppp sendawa kuat. Mandi tak sejam, tak sah. Tau la panas terik kat kampong macam mana. Dengan atap zink, rumah memang la bahang lain macam. Memang dugaan giler berpuasa dekat kampong. Bila fikir balik, dah kalau minum segayung air tu baik makan nasik je. Tapi TETAP consider puasa. Bodoh giler. Hahaha.

Eh, entry ni nak share dengan korang pasal bukak puasa dekat Ozeki the other day. Lama giler tak makan dekat sini. Ada la sebulan lebih kot? I love Ozeki! Ni memang one of my fav Japanese Restaurant dekat KL. Dia punya konsep tadek sushi gerak-gerak tu, tapi makanan dia sedap. I paling suka bento dia. Dalam satu set semua ada. Ada nasik+miso+buah+egg custard+ayam/seafood/daging. Memang sedap. And sashimi dia pon fresh. Fruit juice dia pon sedap. Harga dia pon tak berapa mahal. I rasa dah ada 2 3 kali I share makan dekat sini. So jangan nak jemu pulak. Hehe. Usually makan yang sama except for kekadang I try dia punya maki. Maki also good. Satu set ada 6 tu, size dia gegemok macam Shein. Makan tu saja dah kenyang. Dah jom tengok gambar.


Teppan Seafood Set - RM33.00. Ellis makan ni. Abang Yut makan Chicken Teppan. I makan sushi je. I diet (pui).


Wajib ambik setiap kali datang. New Style Sashimi - RM75.00 harga dia. I pesan pada Abang Yut and Ellis, dorang boleh ambik sorang selai, the rest I punya. Dorang menurut perintah. Bagus.


Garlic Chahan - RM14.00, besar giler portion. Memang sedap! Ni Abang Yut punya. Dua mangkuk dia makan, setel. Ada hantu kot dalam badan boleh makan banyak-banyak.


Yang ni I makan. Taktau apa nama. Sushi salmon+avocado+seaweed+blueberry+mayonnaise. I suka after taste blueberry tu. Rasa manis dalam tekak. RM34.00 la lebih kurang harga dia. Datang sini, korang try ni ok? Memang sedap.


Edamame - RM9.00 Kurang kaw sebab garam dia sikit. Letak garam lebih baru sedap.



Cantik je dekat luar bangunan. Depan tu sikit Ozeki. 


Lepas dinner, kitorang gerak ke Pavilion. Makan pulak dessert dekat Gelato. Masuk kereta. loose kan butang sebab kenyang nak mampos. Tu eskrem tu size paling kecik tapi bapak la punya besar. I punya tu perisa vanilla. Seeeedaaaaap!

-eNd-

1 comment:

Nina Zee said...

Kaksuuuuuuu! Dtg ozeki xcalling2 pun.. dah la bawah office.. okay kita clash!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...