Friday, July 10, 2015

Makan Sedap di G3 Kitchen and Bar, Bangsar

Assalamualaikum..

Ni entry kesinambungan yang I janji nak publish pasal makan dekat G3 Kitchen & Bar, Jalan Telawi Bangsar the other day dekat sini. Memang mengundang ailio meleleh la sebab bila I tengok gambar ni balik, macam urrrrrghhhhhh sedapnyaaa. Especially duck tu. Actually I bukan a big fan of duck tapi yang ni memang sedap gilerrrsssss. I usually kalau makan itik rasa macam dalam rancangan Fear factor. Kunyah 2 kali, lepas tu gedeguk telan air terus. Rasa seketul lalu dekat tekak and jadik macam halkum. Hahaha. Naseb tak tercekik.

So, IFTAR kali ni ialah dengan Geng Langkawi aka Bridesmaid for Nadia. Semua ada except Jaja. I la sampai paling lewat sebab sesat barat carik G3 Kitchen ni. Yerla, kiter Orang Ampang. Mana biasa dengan area Bangsar ni. Tapi sini havoc kot time bukak puasa? Kedai semua penuh. I love Bangsar! (Tetiba). Dalam WhatsApp Group, I tanya dekat dorang, mana nak park. Kalau park dekat BSC boleh tak? Konon tanya macam tu, macam tau la sangat Bangsar. Skali kena gelak la. Haha. Nampak sangat tak familiar dengan Bangsar. Sah-sah la BSC tu different direction dengan Telawi. So, I park my car dekat BV sebab malas nak fikir pasal parking. Tau-tau la Telawi ni, parking memang baby sangat. Sapa dapat tu kira naseb baik la. I sepanjang-panjang datang sini, tak pernah dapat pon parking.

Kecoh giler bebudak ni. Sesekali jumpa seronok sampai taktau nak dengar sapa punya story. Yang tak puasa pulak, gaya makan dia macam melebihkan yang puasa. Haha. Pastu time puasa ni la semua pakaian sopan je, muka pulak memasing suci. Bagus. LOL. Si Hui kena gerak awal. Memula ingat dia nak  pergi trawikh, skali lupa Hui is Chinese. Boleh? Hahaha. Kitorang order sorang satu main dish, lepas tu makan kongsi-kongsi so semua dapat rasa makanan orang lain. Konsep ni applicable bila tadek nafsu tamak dalam diri. Kalau masa dekat Langkawi, ada time tu memasing lapar macam pelarian, semua taknak kongsi makan. Haha. Jom check out the foods.


Duck Breast. RM36.00. Sedap! Daging dia lembut jer... Atas tu macam pesto. bawah tu macam creamy spinach. Entah, Yang penting sedap.



Yang ni paling win. Nama dia Lamb Kebab. RM36.00. Ada grilled veggies macam zucchini and capsicum. Ada coriander and mint. Ada lemon jugak. I bagi 5 bintang!


Yang ni pulak Chicken Avocado Salad. Harga dia RM23.00


Tomato bruschetta ni pon sedap. RM10.00 jer pon


Clam, Prawn Spaghetti ni RM27.00 also sedap. Apa pon yang tak sedap sekarang ni?


Goat Cheese Torte ni RM20.00


Yang ni pulak Eggplant Parmigiana. RM17.00 poooon sedap! I memang suka terung.


Dari Kanan : Nadia, Elinor, Azrina, Siti Nurhaliza (Yes duduk tengah), Hui, Fytra and Fiz.

Happy sangat sesekali dapat lepak macam ni and gossip-gossip. Kang ada je la yang buat muka dulang sebab tak puas hati dengan certain issue. Haha. Anyway, pada korang yang nak try makanan yang I share ni, boleh datang dekat sini. Alamat nya seperti dibawah.

G3 Kitchen & Bar
No. 19, Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
03-22828019

-eNd-

2 comments:

Miss Moon said...

Blog nko ni kan sue...kalau gamba makanan mmg bagi terliur la

semer nko post nampak sedap....( lap air liur )

poser poser ..........

adda syuhada said...

sedapnyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...