Wednesday, July 8, 2015

Keropok Ball Cheese Meleleh

Assalamualaikum..

Semua orang tau yang I suka giler keropok lekor. Ada satu masa tu, setiap malam I makan keropok lekor sampai la I saiko sebab jadik gemol. Masa mengandung pon macam sebak giler sebab susah nak dapat keropok lekor yang macam I suka. Apa saja pasal keropok ikan, I memang becinta. Kalau makan nasik dengan keropok kembang tu pon bapak la syiok. Tapi susah la nak dapat keropok kembang yang sedap. Tu ari Si John ke sapa entah bagi keropok kembang. Yang tu I suka. Lupa dah jenama apa. Berebut-rebut makan dengan Shein macam kucing tengah marah tu. Makan pulak dengan kuah keropok yang manis+pedas kaler macam maroon tu. Punya la sedap.

Kuah keropok sedap tu I dah ada supplier. Kakak dekat apartment I ni ada jual. Keropok lekor dia pon sedap cuma macam susah nak defrost. I kan bangsa pemalas nak tunggu lama-lama. Nanti masuk alam microwave dia jadik keras. So semalam, bila ada jual keropok ball cheese meleleh dekat bawah opis I punya jualan hari raya, I pon beli la. RM10.00 sepeket, dalam dia ada 20 ketul. Semalam I goreng 6 ketul je, lepas tu makan dengan kuah keropok favorite I tu, 6 bijik gone sekelip mata. Keropok dia berkualiti, memang memenuhi spec I, and dalam dia ada cheese! Cheese tu melt la sebab goreng kan? Perrrghhh blardihel punya sedap. 


Keropok ball cheese meleleh. Peerrrrrrghhhhh!!

Macam ni la dalam dia. Punya la sedap. Ikan tak kedekut. Memang sedap la... Urrghhh! 

Sapa punya idea ni, I kalau jumpa nak tunjal sebab tanya dia, mana dia dapat idea isi cheese dalam keropok ikan macam ni. Cuma I rasa, harga dia a bit too pricey la. 20 ketul besar meatball for RM10.00 macam melampau pulak. Tapi sebab sedap, I maafkan lah dia. So far, dalam FB or IG I tak nampak lagi ada yang jual. Tapi dalam internet masa I Google memang dah ada. So pada sapa yang teringin and terliur, korang Google je, memang ada.  Memang kejap lagi, I nak beli lagi satu pack. Sahur makan keropok ball cheese meleleh ni layan jugak. Pada yang terliur, pahadan muhuker diucapkan. Waarrrghhh hahahahahhahahahahah


-eNd-

8 comments:

Jan@Afzan said...

Sedapnyaa. Jan pun antu kopok lekor. Hehe

!EFIL said...

Kak su amekka ln order blh? Kita nak order pelisssss

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : yayyy ada geng
1EFIL : ala, malas la... nak kena pack, pg pejabat pos etc. pergi carik sendiri! hehe

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : yayyy ada geng
1EFIL : ala, malas la... nak kena pack, pg pejabat pos etc. pergi carik sendiri! hehe

missy azh said...

ade jual online x org tu.. serious nmpk sedap. menjejes weiiii ayaq lioq... nyum2

Dyba Dbuh said...

dapnya..buka puasa kang mkn sorg 20 buji.. puas hati aku..hahaha

dilla.j. said...

Alahai.terliur tgk..kak su..nnt tlg la.tanyakan dia ada jual online x...hahahaa

Anil Wanina said...

saje je kak su goda menu sedap2 ni time tengahari kannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...