Tuesday, July 7, 2015

Dalan d'Olive - Body Butter Best! (Ini bukan iklan sponsor)

Assalamualaikum…

Harini ada Sale HariRaya dekat office kitorang. Ada jual macam kuih raya, baju, barang baby, pakej umrah and many more. Si Dyba and Intan tak bawak duit masa turun tadi. Kata dorang sebab taknak beli apapa. Nanti habes duit. Petuhui! Taknak beli apapa konon? Takper, kiter tengokkan aje. Kitorang turun berempat. I, Dyba, Intan dengan Sarabanon. Si 'Izzah kata je nak turun sekali, tau-tau dah dekat bawah dah dengan boipren jadian dia. Untunglaaaa ada boipren. Masa dekat kedai Dalan d’Olive, kitorang jumpa 'Izzah dekat situ lepas tu Si Dyba pon keluar la suara jantan, ‘Izzah kata nak pergi dengan Dybaaaaaa???’ Cakap kuat giler, habes semua orang tengok. Hahaha. Ngek la Dyba ni.

I, Intan, Dyba and 'Izzah kerumun kat kedai tu kecoh giler. Kejap nak beli yang set, kejap taknak. Kejap nak beli, kejap tak jadik beli. Lepas tu Si 'Izzah dengan Dyba berebut beli Intensive Cream. Harga dia RM10.00, elok untuk eczema. Tapi kata Kakak booth tu, tinggal 1 je cream tu. Sebab dah habes 2 kotak dah dia jual harini. I pesan lain kali bawak 20 kotak. Senang orang nak beli. Hahahaha. Lepas tu memasing la nak beli shampoo la, sabun la memang hingaq nak mampos. Kakak yang tukang jual tu cakap, ‘Sabar sabar. Jangan gaduh’. Hahahaha. Yang Si 'Izzah pulak kata dia tak boleh nak beli sebab kitorang duduk kat depan meja taknak gerak-gerak. Si Sarah dah boring last-last dia pergi tengok Pakej Umrah. Blah la Sarah, mementang jenama d’Olive, you eksyen eh? Tau la pakai Dior je. Tau la sekarang dah makin cantik semenjak minum Zenia Collagen (sesambil promo) Hahaha.

Last-last I, Dyba and Intan beli Body Butter Intensive Cream. Krim ni best giler woh! I pakai dari tadi tangan rasa moist je. Sampai ke tapak tangan lembut. Bau dia wonggiiii. Harga dia RM39.00 sebekas  yang 250ml. Sama besar dengan Body Shop punya Body Butter Cream yang size besar. I suka giler body butter ni sebab bila pakai tu, moist dia rasa lamaaaaaaaaaaaa and rasa macam dia cover kulit kiter dari dehydrate kena ekon. Pastu bebudak dua orang tu beli lagi pulak body shower dengan menda apa entah. Tu tadi yang aku dengar kata taknak shopping, nak tengok-tengok jer tu. Sekarang dorang yang melebih-lebih. I beli cream d’Olive ni satu je. Yang lain I beli set nasik kerabu, lada solok dengan keropok lekor bulat-bulat yang dalam dia ada cheese tu. Keropok tu RM10.00 sepeket. Ada less than 20 pcs kot? Tak sedap nanti siap ko.

Nanti esok I dah goreng, I share dengan korang gambar dia ok? Nama dia Keropok Lekor Ball Cheese Leleh or something like that. Dyba suruh bawak pergi office esok. Gilo apa? Naseb bulan puasa. So ada la alasan taknak bagi Dyba. Hahahahaha. Eh, tadi nak share pasal body butter best ni, tetiba keropok lekor ball cheese leleh overshadow entry ni pulak. Tapi,  I memang rekemen korang beli body butter d’Olive ni sebab best gilerrrr! Bau dia wangi jer. I tadi masa test guna dekat meja jual tu, siap sapu dekat kaki. Pastu Intan kata I bangang. Hahaha. Yerla, asyik try dekat tangan, sesekali try la dekat kaki pulak. Kaki pon nak dimanja. Hahahahaha.



Time ni Dyba sebok nak beli instant shawl, Intan dah boring nak tunggu so kitorang main jual-jual. Konon-konon Intan jual product ni and bukak booth la. Kitorang siap main spa-spa lagi. 


'Izzah tadek dalam gambar sebab dia dengan boipren jadian dia. Izzah keluar group!


dalan d'Olive Body Butter. RM39.00 for 250 ml. Best giler body butter ni.

Dalan D’Olive Body Butter punya kelebihan ialah Paraben Free, PEG Free, Silicon Free, Easily Spreadable Formula, Moisture 24 hours menggunakan Olive Oil and Shea Butter. I tak sure cream ni keluaran negara mana. And I pon taktau mana nak beli, so kalau korang nak carik, kena la usaha skek. Mesti ada agent ni, kalau tak macam mana dorang boleh bawak masuk kan? Kata 'Izzah, dia dah guna intensive cream yang RM10.00 tu, memang elok kalau letak kat tempat gatal-gatal kudis, cepat elok. Tadi I cakap pada Kakak jual product ni, ‘Kak, ni mesti Dahlan Zainuddin punya product ni. Dia tak guna nama Dahlan, dia ubah jadik d’Alan,  kan?’ Pastu macam biasa la dapat bongok dari bebudak ni T___T

Haha. Dah, jangan cakap banyak. Pergi carik body butter cream ni sekaranngggggggg!!! P/s: Ini bkan sponsored post. Kbye

-eNd-

9 comments:

Dyba Dbuh said...

esok nk beli kpok lekor tu kalau kaksu bilang kopok tu sedap gile nk mamposss.

intandayani said...

First time singgah sini..
Salam perkenalan.
Jom dtg blog saya http://intandayani.blogspot.com

Nazima said...

kak su..intensive cream tu ada pic tak? boleh share..kot2 saya nak beli untuk eczema anak saya tu

ease elias said...

kat bangunan mana kak su? kalu dekat leh pi lari jap..

Chooyaya! said...

nazima : duba google. kaksu rasa ada dalam internet
ease elias : dekat menara felda. area klcc.

Unknown said...

Assalamualaikum..sy salah seorg ejen dalan d olive..kalau nak order, blh bgtau ye..COD area shah alam, sg buloh, saujana utama, puncak alam..In Syaa ALLAH...

Faridah Ainoon said...

Assalamualaikum.. Saya adalah salah seorang dari ejen berdaftar, produk dalan d'olive..blh hububgi saya utk tempahan..Im Syaa ALLAH..COD area shah alam, sg buloh, saujana utama, puncak alam..In Syaa ALLAH

ros jumiza siron said...

Assalam. Saya pengedar produk dalan d'olive di kedai dan pos. Kedai dalam giant tmn permata ulu kelang dan kedai kedua area kpg bendahara batu caves. Whtsapp ke 0193377000
Kepada admin saya rasa teruja baca blog ni. Bila baca saya teringat customer saya yg feedback mcm admin..rasa seronok sbb bkn keuntungan semata2 tapi dapat menyelesaikan masalah kulit mereka especially kulit ekzema, kering dan jerawat belakang badan

nicina said...

http://nicina.blogspot.com
just tried the intensive cream
hopefully menjadi la
btw kat farmasi biasa pon ada jual product ni
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...