Monday, July 13, 2015

Majlis Buka Puasa Office

Assalamualaikum..

Majlis Berbuka Puasa office I untuk tahun ni kembali lagi! Dah macam iklan ding dang pulak nak kembali lagi bagai. Korang mesti ingat peristiwa I dengan Apam Balik last year. Boleh baca dekat sini. I baca balik pon boleh ketawa sampai meleleh air mata. I boleh imagine masa last year yang peristiwa baling pinggang polistrin lepas tu nanges duduk dekat meja balik. NANGES PASAL APAM BALIK JE PONNNNN. LOL. Tapi I memang ada masalah cepat nak merajuk dengan orang yang taknak beratur bab makan. Entah la. Memang sentap kalau orang potong queue. Sanggup berlapar tu yang tak tahan. 

Dulu ingat lagi masa sekolah menengah, I pernah merajuk tak makan nasik sebab ada budak form 1 kot potong queue? Eee dah la budak kecik, berani dia buli I kakak form 5. Dah la I pengawas. TAK TAKOT PENGAWAS KE? Hahaha. Memang bongok giler bila ingat. Masa tu sekolah sesi pagi, balik umah je menggigil I suap nasik. Sebab kebulur. Eee jangan la perangai kuat merajuk macam ni jatuh dekat Shein. Susah nak handle. Tapi kalau ikutkan memang dah ada. Yang kes dia merajuk dengan Sazli pasal eskrem tu. Sanggup dia tak telan ice-cream yang Sazli suap, dia luahkan balik dekat tangan I. Yes! Baru tingat dia ikut perangai sapa. LOLOLOL

Tahun ni punya IFTAR al-hamdulillah tadek drama apa. Semua ok. Tempat Apam Balik langsung tadek orang. I sorang je yang beratur. I ambik 8 terus. Wargghhh hahaha. Lepas makan 8 keping Apam Balik, burrrpppp dah kenyang. Lepas tu melayan Shein je buat experiment dekat meja. I carik soto tak jumpa, laksa takde. Nyampah. Naseb la company bayar, kalau tak memang membazir je makan secoet tu untuk RM70++ sekepala kan? Shein ok je tadek tantrum ke apa. Masa memula sampai je dia huru-hara lari masuk bawah meja. Lepas tu Sazli layan dia sementara I sibuk jadik penyambut tetamu. Lepas bukak puasa, Shein molek duduk dari mula majlis sampai habes. Tapi tu la, dia dah memang tak serupa orang la. Air depan dia ada 4 gelas. Tuang sana, tuang sini. Makan eskrem selet dekat rambut sampai keras rambut dia. Pastu Dyba pulak mengajar perang kulit rambutan, habes bersepah tempat kitorang. Dah jom layan gambar.

Dyba, Siti Nurhaliza, Intan and Izzy. Sarabanon meja lain. Sebab dia ada 2 anak, tak cukup dah nak duduk meja sekali. So kami split la 2 table.

Tema mint green and green request by Dyba sempena belated birthday dia. Izzah tu tak mendengar kata. Orang kata Hijauuuuuu la Izzah. Keluar group! Haha.


Ni masa memula sampai. Abah Shein kemain rock-star.Shein punya jubah tu untuk umur 5 tahun yer? Memang budak tu runjau. Dah la huru-hara. Memang kiter saja ajak dia datang sini untuk kejar dia je. Memang takpayah buat kerja lain.


Sarah and Nazmi and their twins. Sorang tu demam. Adam ke Adyan entah yang Nazmi dukung tu. I sampai sekarang tak boleh nak cam. Anak-anak Sarah nauzubillah behave giler. Duduk je. Takde der nak huru-hara macam Shein. Tengok muka dah tau budak baik.


Si Sophie ni pon behave. Makan sikit tak comot. Dia makan eskrem jilat langsung tak kena bibir. Tapi taknak pulak dengan I. Eeee dah la comel. Tak boleh pulak nak dukong. 


Bebudak 4 orang ni sampai paling awal. Dorang dalam dewan, I dalam kereta lagi. Baru gerak dari rumah.


Tu Shein tengah meramas kuih tepung pelita. Air ada 4 gelas dia campur-campur lepas tu minum semua. Bijak sangat Shein. Tengok Sophie dukong dengan Mama dia macam anak kangaroo.


Gemok selagi boleh.

Intan hari kelmarin kena buli dengan Sazli. Kejap kang kena amek kambeng, kejap kang ken amek air. Masa Sazli duduk dekat meja, dia cakap. ‘Eh, Neelofa ada eh harini? Nampak macam dia tadi’. I  pon beria la mencarik kot-kot ada Neelofa. Lepas 5 saat baru teringat, Sazli dengan Fizul kalau nampak Intan mesti cakap, ‘Neeeloooofaaaaaaaaaaaaaaaaa’. Hahahaha.  Lepas tu bila Intan taknak ambikkan Sazli apapa nanti Sazli cakap, ‘Intan ni, tadi kan Abang Saz dah panggil Neelofa. Kena la ikut cakap Abang Saz’. Menyentan la Intan. Hahah. Dalam hentak kaki tu, dia ambik jugak apapa yang Sazli suruh. Izzah pon sama kena buli dengan Dyba, suruh ambik keropok lekor la, cucur udang la. Dyba ni sejak bila pandai buli orang entah. Perangai.

Overall, Majlis Buka Puasa ni happy! Dapat kumpul dengan kawan-kawan office sesambil pakai baju sedondon dengan bebudak ni. Dyba memula request suami and anak pon kena pakai hijau jugak. Melampau Dyba ni. Hahahaha. InsyaAllah panjang umur, tahun depan bukak puasa sama lagi. Agak-agak time tu kiter pregnant tak Dyba? Mak seraaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!

-eNd-

2 comments:

dyba said...

hahahaha...omel sgt Shein.
thn depan klw kite pregnant, ada lg x bukak puasa? jenuh la nk kejar shein dgn kaksu nya tgh pregnant. OMG!!
thankypu semua layan kn bday girl walaupun dh lame bday nya

Anna Dayana said...

Happy Birthday Dyba..
Love u..

korang ngandung la dulu.. tak payah tunggu akk.. tak sempat pulak nanti..
hehehe

Shein Sofea Adam Adyan somel sangat..