Monday, July 13, 2015

ash be nimble + numma nur hijab launch

Assalamualaikum..

Bebaru ni I berpeluang untuk menghadiri majlis perasmian ash be nimble + numma nur modest activewear launch yang berlangsung di Grumpy Cyclist, TTDI. Seronok la dapat join event ni sebab selain dari dapat pakai and rasa sendiri pengalaman memakai tudung dari koleksi ash be nimbe + numma nur yang superbly comfortable untuk an active person like me (cecece), I also inspired dengan cerita yang dikongsi oleh sebahagian dari tetamu yang dijemput untuk majlis tersebut. Tetiba rasa diri kerdil je. Yerla, I kan suka cakap I ni athlete? Padahal paling jauh pon lari 5km jer pooonnn, tu pon dah kompang satu kampong. Haha. Yang share experience haritu bukan calang-calang wanita. Half-Iron woman, peserta sukan marathon, pemilik studio yoga dan personal trainer. Dorang punya experience betul-betul buat I punya jaw drop sampai ke lantai.

Imagine macam mana half-iron woman nak complete task waktu tengah period dalam cuaca panas rembang? Perrrghhh. Nak tau apa yang korang kena buat untuk become a half-iron woman? Kena complete berenang 1.930 meter, 90 km naik basikal lepas tu lari pulak untuk 21 km. Untuk peserta marathon pulak, dorang kena lari sejauh 42.2km. Hebat kan? Lepas dengar dorang punya own experience buat I rasa makin berkobar untuk start lari asap. Apa la sangat 4-5km berbanding yang half-iron woman and peserta marathon buat.

Dorang pon perempuan yang face the same problem macam I. Ada waktu period, busy menguruskan rumahtangga tapi itu bukan alasan untuk skip dari exercise and become a part of woman community yang aktif bersukan. Seronok tau bila bersukan ni? Sebab nanti selain dari dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat by exercise + makan makanan yang sihat, also kita akan dapat meluaskan kiter punya networking. Trust me, by sports nanti tetiba ada ramai kawan sebab usually kita senang nak make friend by a person yang share same interest. Sama la macam Hui and some of the guest yang datang masa ash be nimble + numma nur punya majlis perasmian ni, jumpa dekat yoga studio and jadik kawan, jumpa dekat marathon and jadik kawan.

Sebelum I cerita lebih lanjut tentang koleksi dari ash be nimble + numma nur ni, I nak introduce korang macam mana boleh tertubuhnya ash be nimble.

Pemilik Hui Mathews meninggalkan dunia korporat setelah bekerja di Boston Consulting Group, KL untuk mencapai misi dan cita-citanya untuk menghasilkan sebuah jenama ‘activewear’ sukan yang menarik tetapi mampu dimiliki oleh semua di Malaysia. Kesemua stail Ash Be Nimble berharga kurang daripada RM100. Semenjak Mac 2014, jenama ini telah berjaya mendapat sokongan positif daripada rakyat Malaysia dan setakat ini telah berjaya terjual sebanyak beberapa ribu helai dalam tempoh terdekat. Jenama Ash Be Nimble kini boleh didapati di 10 buah fitness studio dan kedai di serata Malaysia – termasuk di Kuching, Sarawak dan 1 stokis studio Yoga di Bali, Indonesia. 

Pelancaran koleksi modest activewear adalah respon kepada para pelanggan Ash Be Nimble yang telah mengemukakan permintaan supaya menghasilkan sports hijab yang menarik, selesa dan harga yang berpatutan. Ini kerana sports hijab masih susah didapati di pasaran Malaysia. Ini menggalakkan lagi Hui untuk terus menghasilkan jenama yang mampu dimiliki semua”.

So dipendekkan cerita, ash be nimble ni terhasil adalah kerana mereka ingin memudahkan wanita yang aktif bersukan di Malaysia untuk mendapatkan pakaian yang selesa, berkualiti dengan design yang cantik pada harga yang berpatutan yang sesuai untuk semua golongan termasuklah yang bertudung. Usually pakaian sukan yang terdapat di pasaran sekarang ni susah nak carik untuk golongan bertudung. Di ash be nimble dorang ada baju lengan panjang, tudung dan jugak seluar panjang. Untuk check out dorang punya sportswear collection klik dekat sini. 

Sebelum tu, jom check out some of the hijab collections by them. Kesemua stail daripada koleksi modest activewear ini berharga kurang dari RM100.00 dan kesemua hijab berharga diantara RM85 dan long sleevetops berharga RM80.00 sahaja. Kesemua koleksi di hasilkan di Malaysia dan diperbuat dari kain yang 4-way stretch spandex lycra yang ringan dan mudah kering. Sebab tu koleksi ini sesuai untuk yang bertudung sebab bila pakai masa bersukan kan kiter berpeluh, so dengan hijab from ash be nimble, korang akan selesa sebab material ni mudah kering. Takde la kepam busuk lepas tu tak selesa sebab tudung lembap dek berpeluh.













I nak cerita pulak activity yang kitorang buat masa hari perasmian tu. Memula kitorang buat sesi photo-shoot yang terbuka kepada tetamu yang nak cuba sendiri koleksi hijab mereka. Boleh la berangan macam model sekejap walaupon debab macam I. Hehe. Bersesuai dengan motto mereka, ‘fitnes knows no border, boundaries or body type’. Dengan ash be nimble korang jangan risau sebab their collection come with size. Dari S ke XL. Tadek masalah orang debab tak dapat pakai baju sukan yang stylo – milo. Best giler! Dah siap sesi bergambar, over the brunch, kitorang berdiskus pulak tentang ‘Cabaran yang dihadapi oleh para wanita di Malaysia yang ingin hidup dengan gaya lebih sihat dan aktif’.



Discussion over the brunch

Waktu ni la I dengar cerita pasal some of them with their experience yang I cerita di awal entry tadi. Topik ni merangkumi isu-isu seperti keselamatan, cuaca, pakaian, motivasi serta pengetahuan nutrisi. Banyak ilmu yang I dapat masa ni and I also sangat kagum pada mereka semua. Dengan anak 3 – 4 orang, suri rumah etc tapi masih lagi bersemangat untuk bersukan. Diantara tetamu yang hadir pada majlis perasmian tersebut adalah dari Curves Malaysia - Alison Chin | Yogaonethatiwant Studios - Atilia Haron & Shireen Salleh | Impressed - Amelia Zahar & Zaida Ibrahim | Malaysia Women Marathon - Karen Loh | Kia Kaha Fitness - Karen Siah | SHAPE Magazin - Zara Nasarudin | Numma Nuur - Fitriza Nur Ain | Hanim Ab Hamid | Afiza Abdul Halin | PurelyB - Helenness | Capital FM Malaysia - Edea Nor | Yusnira | Running Malaysia Magazine - Nantanaa | Women's Health Malaysia.

BTW, kesemua koleksi hijab ini boleh dibeli secara online di http://www.ashbenimble.com/collections/modest-activewear-sports-hijabs. Penghantaran adalah percuma di Semenanjung Malaysia, charge RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak dan kadar tetap RM30.00 ke serata dunia. So kalau ada adik-beradik, sabahat handai, sedara mara serta jiran tetangga yang duduk di oversea nak mendapatkan koleksi mereka, tadek hal. Semua boleh dapat. Sebab penghantaran worldwide. Pembelian juga boleh dibuat melalui stokis Yogaonethatiwant Studios di Damansara Perdana, dan Shah Alam serta di Saville Melawati. 

Tel number : 013-3005980

-eNd-

1 comment:

INNANIE ARIFFIN said...

Its a good idea to have this in Malaysia finally! :)