Friday, July 10, 2015

Aldo Compatto

Assalamualaikum..


Masa kelmarin I pergi Mother Care untuk beli puting susu Shein lagi 10 juta (sebab dia suka gigit putting sampai bocor), I ternampak ada satu stroller ala-ala Yoyo-Zen. Nama dia Aldo Compatto. I tak sure korang familiar tak dengan brand ni, tapi sebijik sebijan memang nampak macam Yoyo-Zen. Harga dia after sale 10% lebih kurang dalam RM900++ jer. Function dia sama je dengan Yoyo-Zen, boleh recline sampai flat and boleh lipat penyet untuk jimatkan ruang dalam bonet also sesuai nak bawak pergi travel naik katebang. Yoyo-Zen harga dalam RM1200++, yang Compatto ni murah RM300.00. Last time I ada terrrrnampak dalam IG Shop, ada yang jual dalam RM550 je tak silap I. Nyesal tak grab.

 Aldo Compatto warna 'kegemaran' sangat.
Biru pun lawa

Duluuuuu masa kurang ilmu di-dada beria nak Quinny Moodd bagai. Rangka dia je muat 1 bonet kereta tu. Dah la nak kena pasang badan segala. Bagak. Entah menda la yang ada dalam fikiran I boleh beli stroller sebesar alam macam tu. Daaaaaaah nak berjalan ni menyusahkan hidup. Tapi one thing Moodd memang sangat selesa la untuk Shein. Tido nyenyak je dia dalam tu. Also nampak style. Sekarang stroller tu parking elok dalam bilik. Tak guna dah pon. Kalau nak jalan area-area KL, kitorang guna stroller payung Toy R Us tu je. I dah terfikir to let go my Moodd. Biarlah jual dari jadik tukun. Sapa nak angkat tangannnnn!! Masa I beli tahun 2012 tu, Moodd baru keluar. Sekali dengan Maxicosi Pebble harga dia almost RM5,000 yer? Boleh beli motor pon. Bila fikir balik, boleh tahan bijak I. Tapi takper la, dah teringin kan nak merasa model Quinny yang paling latest time tu. So takper laaaaa pejam mata. Kata anak first?



Boleh penyet-penyet and sesuai bawak travel Aldo Compatto ni. Sukaaaaa

Nanti birthday I bulan 10 ni and dapat collection duit dari geng birthday pada bulan 9, I ingat nak beli stroller Aldo Compatto ni. Tahun lepas beli Travelling bag, tahun ni beli stroller. Memang mak-mak sangat perangai. Bebudak yang lain dapat collection beli jam, purse, handbag. I beli stroller. Maksudnya dalam kes ni, I la paling rare. Yes!! Boleh pacak Menara KL depan rumah. Haha. Anyway, kalau korang ada nak share stroller boleh penyet-penyet and jimat ruang macam Aldo Compatto ni, sila share model apa and berapa harga. I nak survey. I nak yang boleh recline sampai flat. Senang Shein nak tido. Memang kena beli stroller ni untuk Korea Trip bulan 10 ni. Kalau tak, sian kat dia if kata la dia nak tido, kena tido sambil duduk. Walaupon nampak beriman (tido sambil duduk) tapi untuk umur 3 tahun, tak payah nak beriman sangat la. Tak cool pon.

-eNd-

18 comments:

Wizana Arbain said...

Hahahahha ayat last skali tu win! Sue cer tgk kat web kidsmodehouse sana murah aldo compatto ni baru rm679

wanie yahaya said...

cantik dan jimat ruang...
follow sy di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/...tq

Jan@Afzan said...

900 ratus tu mahal. Cuma survey kat mana2. Last aritu tgk boleh dapat 499.. kena rajin survey.

Marziah Zakaria said...

Wow 5K. Memang boleh tahan bijokkkk.. Kah kah kah

Chooyaya! said...

Wizana arbain : hehehe. Ada yg suggest little bean. Mcm ni jugak design. Harga dalam 450++ jer

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : kalo terjumpa yg rn499 tu bgtau kaksu eh?

Chooyaya! said...

Marziah zakaria : masa tu moodd baru keluar. Moodd 2012. Cenggitu la harga dia. Stroller rm3600 + maxicosi pebble rm1200 so total rm4800 kan almost rm5k tu? Kwajaq nak cakap org bodoh tp guna bahasa berlapik? Haha

Zarina Taharim said...

mar...ko tak tau su tu ongkaya...hahaha....

Chooyaya! said...

Zariba taharim : sentut la korang. Haha

NurFatihah Che Daud said...

Wah..best ni bole penyet abis..jimat ruang...ade stroller tp gabak jgk..tk muat bonet..kene letak kt seat blkg

diyana said...

Ok xtau komen td dh hilang ke cmne jap stroller ni sesuaw ke ea tuk new born..nti kalau jupe yg murah update la tauuu :)

Effanina Mokhtar said...

Slm Su..Selamat hari raya Shein.. nak uwet... hehehe

nak tny cikit.. umbrella stroller yg u beli dlu tu.. kat toysr'us to
ok x? sbb anak i also same weight dgn shein.. 16kg..
bole bertahan ke? stroller tu utk menampung ank2 yg bam2 ni?
share sikit.. tang pakai 1x.. koyak plak.. sbb i pun rs nak beli jg.
xlarat nak usung stroller yg ada.. penuh 1 bonet..

tkasih Su.. miss u shein...

Juliana noor said...

Salam mommies.. saya ada jual aldo compatto murah je. Rm620 termasuk postage.. area seremban rembau tampin sy bole cod.. kalau berminat bole visit fb saya Juliana Noor atau whatsapp 0138828146

Juliana noor said...

Salam mommies.. saya ada jual aldo compatto murah2 je. Rm620 termasuk postage.. cod rembau seremban.. kalau berminat bole whatsapp saya 0138828146 atau visit fb saya Juliana Noor. Tq

Unknown said...

Sy jmpe murah je sis rm499

Unknown said...

Sy jmpe murah je sis rm499

engku hanisyarulakmar engku murad said...

Visit my IG @Tots.Depot
I'm selling baby n mommy products @ gray prices. The new Aldo compatto @ RM630. The old compatto is suitable for 6mo n up. But the new compatto is fully reclinable with additional accessories I.e. removable front bumper bar n removable foot rest.

engku hanisyarulakmar engku murad said...

Baby Throne stroller which is exactly same as the old Aldo compatto is selling @ RM399

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...