Assalamualaikum..
Happy 25th birthday ‘Izzah! Adik paling
bongsu dalam geng kitorang. Imagine eh? Beza ‘Izzah dengan Kaklong is 23 tahun
Lololol kecik sangat ‘Izzah ni. Among kitorang, ‘Izzah yang ala-ala Muslimah
sikit. Smalam masa Dyba nak beli 2 piece bikini dekat Cotton On Kids untuk Sophie pon dia bising. Kata
dia sexy sangat. Walaupon Sophie tak 3 tahun pon lagi T____T Haha. ‘Izzah dah
ada boipren. So dia tak available dah. Tak lama lagi dah nak kawen. Makin
merana la Intan kalau ‘Izzah kawen tahun depan. Hahaha. Kitorang dah cakap kat ‘Izzah
nanti dia kawen, kiter nak pakai baju sedondon. Kata ‘Izzah dia dah ada
pemegang dulang (kawan-kawan Uni dia) tapi tak kira, kitorang nak jugak
sebok-sebok masa dia nikah.
Tak merasa lagi anyone of us yang kawen, kitorang
dapat happy and sebok sama-sama time nikah. Time I kawen, dorang tak wujud lagi. Time Dyba and Sarah kawen, kitorang tak rapat lagi. So ‘Izzah je harapan kitorang. Nak harap Intan dengan
Izzy entah zaman bila la nak merasa.
Semalam kitorang dah tengok wayang sama-sama.
Cerita Sinister 2. Bapak la seram. I punya suara sama naik dengan audio
menjerit dalam filem. Semalam masa balik, I tak lalu pon Lebuhraya Bertingkat
sebab takot nak lalu kubur. Sanggup tu lalu jalan Tun Razak, pusing jauh sikit
kalau nak naik Akleh. Hahaha. Kata ‘Izzah dia sampai ngigau-ngigau panggil Milo
si hantu yang selalu ajak tengok video pembunuhan kejam tu. Tu la eksyen lagi nak tengok horror movie, tengok Sinister 2 tu pon sebab pilihan Izzah. Lepas ni nak ajak lagi tengok cerita seram. Hadoi, dah tetua ni nak tengok cerita seram macam tak berapa kuat semangat dah.
Anyway, untuk birthday 'Izzah, dia pilih nak pakai warna merah+hitam. Lepas tu kena pakai skirt kembang ala princess. Kemain Izzah nak princess je. Semalam bebudak ni beria la masing-masing nak pakai kain kembang bagai, tetiba sampai opis I jer yang beria berkain kembang. Dyba and Intan pakai kain kuncup. Izzah pakai palazo and Sarah pakai seluar. Izzy takper la pakai kain kembang sebab dia memang always pakai kain jenis kembang. Yang I ni size badak, ada hati nak pakai kain ala princess MEMANG TAK LA. Sudahnya ada la 3 jam tadek mood sebab urrrghhhh I look fat!
Kata Dyba, amek gambar atas je, tak nampak bawah. Naseb baik! So today, kiter amek gambar dekat KLCC. Izzy yang ajak. Tapi tetiba masa nak pergi dekat kereta, dia dapat call dari kakak dia, lepas tu pergi Intermark and membiarkan kami tekontang kanting dengan monopod yang memasing tak pandai nak setting connect dengan Bluetooth. Naseb la ada 'Izzah, dia pon tau jugak bab-bab gadget. Nak harap kitorang memang sekian la guna timer je. Hahaha. So moh la ke KLCC pegang monopod macam onggiler. Dah setarap dengan Azwan Ali dah ni kehulu-kehilir dengan monopod. Sikit lagi kitorang nak sama dengan dia sebab amek gambar muncung itik tu.
Sempat amek gambar dengan Izzy dalam lift. Jadik la.
Ni masa dekat dalam KLCC. Memasing macam tak kisah jer amek gambar, padahal sekeliling orang tengok. Hahahaha. Ala tak kisah laaa, bukan orang kenal pon. Bukan macam Ahmad Maslan pon yang 1 Malaysia kenal. Eh jap, Intan kenal tak Ahmad Maslan?
Dyba cakap nak amek gambar dekat fountain. Tapi cuaca sangat la panas sampai nak bukak mata pon tak boleh. Mata I dah sesepet habes dah. Intan lagi senang, amek gambar tutup mata terus. Kesah pulak dia?
Imagine eh? Ni ditengah khalayak ramai waktu semua orang nak pergi Solat Jumaat, and lalu dekat depan kolam depan tu kitorang amek gambar tetonggek-tonggek macam ni. Well, woman with camera, memang tak boleh compromise.
Lawa kan gambar ni? Nampak Menara Felda dekat belakang tu.
Intan, ada lada tu kat gigi.
Mana-mana? KENAPA TADEK SIAPA TEGUR INTAN?
Hahahaha
Sebab panas sangat, kitorang tak jadi amek gambar dekat fountain and beralih ke tepi Isetan ni. Sama sebok macam orang nak pergi Solat Jumaat
Intan ajak pergi The Apartment. Minum jer sebab tadi dah kenyang makan dekat cafe office.
Kata Sarah, 'Kami nak order ayaq kosong 3, air sedap 2'. Hahahahaha. Start la memasing nak buat perangai original people tapi bila Waiter sampai terus semua ubah accent, cakap pon British accent memasing. Kemain bebudak ni bab berlakon kalah Wan Maimunah.
Intan pon tingin nak amek gambar. Bagi la dia chance. Ni masa nak tunggu waiter datang ambik order.
Dah dapat monopod dekat Intan, so memang susah la sikit nak pulang balik. Maka ada la 30 keping gambar kitorang berdua sampai la Dyba bising. Dia kata kalau nak amek gambar 2 orang jer, tak payah la guna monopod. YERLAAAAA.
TAPI sebenarnya Dyba pon teringin jugak nak selfie berdua dengan Birthday Girl. Takper. Kiter kasik chance.
Yang ni nama dia Eton Mess. Actually ni sama je macam Pavlova, tapi crust dia tu dia hancurkan and mix terus dengan whipped cream. Harga dia RM15.90. Sedap! Korang nanti try la makan ni ok? Cukup je untuk kami 5 orang sebab size dia besar. Menda-menda macam ni mana boleh makan banyak sangat. Muak.
Birthday Girl nak minum coffee. So dia order Ice Cappuccino. RM12.50
Sarah dia memang giler skek bab order air. Yang paling pelik, yang tu la dia order. Ni Power Juice ni. Campuran Apple + celery + cucumber + ginger + lemon. Harga dia RM16.50
Bagi I, air ni rasa macam nasik ayam. Hahahaha. Semua orang rasa pon cakap rasa nasi ayam. Sarah je gigih cakap sedap. Kata dia elok untuk kesihatan. Suka hati ko la Sarabanon.
Dyba share dengan Intan Ice Lemon Tea. RM8.50
Eeeuwww air ko murah
I pulak minum Lemonade. RM11.50, sedap giler! So refreshing!
Ok. Up la gambar Kaklong satu. Dia kan ada dalam group? Kata dia, harini dia pakai merah jugak. Hahaha. Nak jugak tu. Sian Kaklong, selalu tak dapat join sebab dia kan jauh dari kitorang sekarang ni?
Untuk ‘Izzah, kitorang doakan semoga ‘Izzah panjang
umur, murah rezeki dan dalam rahmat Allah selalu. Ok? Semoga cepat bertemu
jodoh dengan BF and jangan ganas sangat pergi tumbuk BF selalu. Hahahahaha. Tenkiu
sebab selalu layan kakak-kakak sewel ni. Ahad ni jumpa dekat Gold Coast Morib
ok? Kalau ‘Izzah tak datang siapppppppppppppppppppp ‘Izzah! (Gurau jer). We
love you ‘Izzah! ASSEEEEEMOGA
-eNd-
2 comments:
happy bday Izzah!!!!walaupun izzah muda dr dyba 2 thn, tp dyba tetap nk jadi paling bongsu sebab dyba kan kecik..anyway, hr ni Izzah dpt duk dpn ms otw g KLCC..naseb baik..klw x berebut la dyba dgn intan nk duk depan..ni msti kaksu lupa nk type kan..hehe
kita pun suka order 'sepahan eton' hahaha kalau g apartment..
Post a Comment