Tuesday, September 1, 2015

Goldcoast Morib Vacation : Makan di Restaurant Asam Batu Laut

Assalamualaikum..

Hari Sabtu sampai Isnin, I sekeluarga plus Dyba sekeluarga and Intan pergi bercuti ke GoldCoast Morib. Intan je yang tak sekeluarga sebab dia tak kawen lagi tapi masa kat sana dia jadik anak sulong I dengan Sazli. Haha. Kat sana kan ada water park? Tapi tak la besar macam Gambang tapi boleh laaaaaaaaaaaa dari tadek. Lagipon kitorang plan memang nak pergi yang dekat-dekat je sebab malas nak jem sebab cuti 3 hari ni mesti semua orang keluar dari KL. Ampang – Morib pon lebih kurang dalam sejam lebih sikit je, tak la jauh sangat. Seronok jugak sebab dekat sini also ada pantai. Kitorang sewa apartment 2 bilik. Dua malam for RM1,115 macam tu include 4 ticket untuk ke Water Park boleh guna selagi stay and tak bukak dari lengan and breakfast untuk 4 orang. Yang tu nanti la kemudian I cerita sebab biasa la, I lebih excited nak cerita pasal makan. Hok hok hok.

Ahad malam, kitorang makan dekat this Chinese Restaurant nama Restaurant Asam Batu Laut. Ni Seafood restaurant, dorang tadek serve or masak menda-menda haram. Puas hati dapat makan ketam woh! Lagipon sini serve cepat giler. 5 minutes duduk dah hantar air, within 30 minutes dah dapat complete semua walaupon time kitorang sampai tu penuh giler bab1 orang sampai ke tepi-tepi laut sana. Tapi dorang kerja bagus and efficient. Unlike Malay Restaurant yang kitorang makan Sabtu malam tu. Order pukul 9.00pm, dia kata kalau nak order ikan bakar sejam setengah baru sampai. So takper la, kitorang order lauk-lauk biasa je. Pukul 10.30pm check order, rupanya kertas order dekat kaunter lagi. LUPA NAK BUAT. Nasib baik la Sazli datang chek. Shein dengan dah ngamuk-ngamuk dengan lapar lagi, dengan air setengah jam baru sampai. SABAR JE LA.

I rasa kalau ramai peniaga kedai makan melayu yang macam IKAN BAKAR D’BAGAN dekat Bagan Lalang ni maka siapa lah sahaja yang nak support restoran melayu kan? So if Korang nak pergi Morib, please elak pergi Ikan Bakar D’Bagan ni, service suck nak mampos. Dah la tukang amek order pon budak darjah lima. Tadek der orang datang nak cek balik sapa yang tak dapat makanan ke apa. Tadek. Hampeh giler. Sorry la, lepas ni kalau pergi Morib lagi, I taknak dah pergi area Bagan Lalang tu. Sentut sangat rasa sejam setengah menunggu makan, rupanya tak buat lagi. Kiter mati-mati la ingat lambat sebab orang ramai, tapi sebenarnya order tak sampai ke kitchen. I rasa 2 3 4 meja ramai yang bangun and blah lepas dapat air. Makanan lambat sebab orang ramai kite boleh accept, tapi kena la ada yang bertanggungjawab cek sapa yang tak dapat makanan lagi kan? Anyway malas bebel banyak, jom check out apa kitorang makan dekat Restoran Asam Batu Laut ni.



Ketam Masak Sweet Sour, makan dengan roti mantau goreng tu. Sedap nak mampos. Ketam ni harga dia RM60.00 untuk sekilo. Kira murah la. Anyway, sapa yang nak cek beza Ketam Batu dan Ketam Nipah I pernah share dekat sini.




Salted Egg Squid. Pooon sedap nak mampos.




Butter Prawn ni pon sedap.




Garlic Baby Khailan



Fishball Soup untuk kanak-kanak. Sedap la wei!



Roti Mantau Goreng




Si Sophie ni asal nampak camera je dia mula la bergaya. Senang nak ajak amek gambar. Dari kecik dah ada 'sawan camera' macam Mama dia. Hahahaha.




Abah Shein makan banyak now. Gemok balik baru tau.




Shein ni bagi je dia ais, setel. Memang dia main ais nanti diam la dia. Masa malam Sabtu yang dekat Ikan Bakar D'Bagan, dia boring. Ipad I tak bawak. Line internet slow, so youtube tesekat-sekat tu yang dia ngamuk.



Intan puas hati dapat makan ketam. Tu dia makan banyak giler tu. Lauk spare dia letak siap-siap dekat tepi pinggan dia. Dia ingat I tak nampak?



Raja setondel. Semua nak ikut cakap dia je. Geraaammmm




Ramai giler orang. Tapi service mantop!


Semua ni kitorang makan, dengan nasik untuk 7 orang, air Chinese tea 1 jug, 1 air kelapa, 1 fresh orange for only RM175.00 sahaja, memang murah sangat. Divide by 5 so sorang bayar RM35.00 jer. Makan banyak ni bayar RM35 seorang memang puas hati giler la. Kata Sazli, sapa makan banyak dia bayar lebih. Kitorang saspek Intan yang makan banyak. HAHAHAHA. Kata Intan, “Abang Saz makan udang banyak kenapa Intan yang kena bayar lebih?” Keluar suara jantan dia. Hahaha. Actually saja je nak menyakat dia (Tapi memang Intan yang makan banyak pon sebenarnya). Shein malam ni ok, tak meroyan sebab dia tak boring. Dia makan nasik dengan selera, Nasik + sup fishball + air Chinese tea. Makan pulak dalam gelas. Wow. Suka hati engkau la Shein, janji bahagia.

Restoran Asam Batu Laut
Sungai Mosok, Batu Laut, Kampung Nelayan,
Tanjung Sepat, Malaysia


-eNd-

5 comments:

Dyba Dbuh said...

SUPERB..DELICIOUS!!!

Norma NML said...

Butter prawn tu nampak sgt menggoda...dulu masa holiday kat sana tak banyak kedai makan yang buka
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2012/10/goald-coast-morib-resort-21.html

Mommy Cici said...

kak su , menggoda betul semua makanan. sampaikan fishball soup tu pun nampak auumm sangat ,nampak benor tengah lapar kan. ahhahaa. thanks for the info. hari tu ada plan nak makan ikan bakar sana. tak jadi pulak. so next time pegi kedai cina tu je lah. senang. super cheap pulak

!EFIL said...

Bab makan dalam gelas tu mmg win shein hahaha

leeya Nasir said...

salam kak su kalau g bagan lalang kalau nak makan ikan bakar. try makan Kat SENANDUNG MALAM tepi padang bolah atau WAKLAN IKAN BAKAR, sure tak menghampakan.. recomanded sotong goreng tepung die

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...