Thursday, August 27, 2015

ILM Arts Festival Kuala Lumpur 2015

Assalamualaikum..

Kepada semua yang masih takde aktiviti untuk buat on this weekend, korang boleh datang ke ILM Arts Festival di Stadium Malawati Shah Alam pada 30 August 2015 sebab untuk julung-julung kalinya, Kuala Lumpur menjadi host untuk festival ini, pada tahun ini. Pada mereka yang tertanya-tanya apa itu ILM Arts Festival, ILM Arts Festival ialah the largest gathering yang mengumpulkan Muslim Artist dan personaliti antarabangsa around the globe di dalam satu arena. Mereka terdiri daripada lebih 30 artis dan personaliti antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai genre karya dan hiburan diantaranya fotografi, karya graffiti, seni mempertahankan diri, sukan papan lungsur, artis nasyid, kaligrafi, komedi dan lain-lain lagi.



Senarai Artis dan Personaliti Antarabangsa yang akan ada semasa ILM Arts Festival 2015

ILM Arts Festival
30 August 2015
Stadium Malawati Shah Alam
Malaysia

Karnival ni memang sesuai untuk semua peringkat umur sebab dorang ada pelbagai aktiviti untuk semua orang. Budak-budak pon boleh enjoy sama-sama sebab dekat sana nanti akan disediakan bouncing castle dan juga booth-booth yang menjual makanan dan cenderamata. Korang tak perlu risau sebab semuanya ada disini and korang boleh spend time bersama keluarga sesambil tengok persembahan dan join pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. Ok, I list out siapa yang korang tak boleh missed out untuk jumpa di Festival ini. OK? 
  • 5 icon Muslim Artist dari Malaysia -  Muadz Dzulkifly, Altimet, Mizz Nina, Shazed Sounds dan Syafiq Zane aka The Moslem Chef & Restauranteur of FIQS Gastronomy
  • Sheikh Mishary Alafasy – Seorang Qari’s yang terkenal di peringkat antarabangsa. Pada sesiapa yang mengikuti perkembangan Qari dunia, mesti kenal dengan Sheikh Mishary Alafasy ni
  • Peter Sanders – Seorang jurugambar yang terkenal dan yang pertama sekali di beri kebenaran untuk mengambil gambar Kaabah secara professional
  • Amir ‘King’ Khan – Seorang personaliti sukan yang terkenal dalam bidang Tinju. Pernah menjadi juara dunia dalam arena tinju selama 2 kali
  • Ahmed Bukhatir & Zain Bhikha – Artis Nasyid dari UAE dan South Africa yang datang ke Malaysia untuk kali pertama
  • Jordan Ritcher – seorang Skateboarding terkenal peringat dunia dan pemilk Jordan Richter Skateboarding Academy yang aktif dengan youth engagement


Sebenarnya, ada ramai lagi yang datang untuk ILM Arts festival ni. Untuk more info korang boleh check out their website di www.ilmartsfestival.com dan dapat tahu tentang mereka dengan lebih terperinci di website tersebut. BTW, semalam I stumble dekat kawan I, Mira punya FB. I selalu terbaca dekat wall dia pasal Nouman Ali Khan. I suka baca kata-kata yang dia tulis. Sangat la menusuk hati. Korang boleh tengok dekat FB Page dia yang dapat like almost 1.5 million! Rupanya Nouman Ali Khan ni ialah seorang pendakwah yang sangat terkenal di seluruh dunia yang berasal dari US. Korang boleh tengok ceramah-ceramah yang dia buat dekat Youtube, memang meremang bula roma bila dengar.

The best thing is, Nouman Ali Khan juga akan beradi di ILM Arts Festival !! So please bagitau semua kawan-kawan yang selalu ikut perkembangan Nouman Ali Khan yang beliau akan berada di ILM Arts Festival ni.




Nouman Ali Khan is an American Muslim speaker and founder, CEO and lead instructor at The Bayyinah Institute for Arabic and Qur'anic Studies. Nouman founded Bayyinah in 2006, after serving as a professor of Arabic at Nassau Community College



Altimet


Mishary Alafasy

Peter Sanders

Amir 'King' Khan



Ahmed Bukhatir



Jordan Richter


Korang jugak boleh check out dekat Instagram dengan menggunakan hashtag #ilmartsfestival dan #ilmartsfest2015. Tiket-tiket boleh diberi secara online di lawab web mereka. I sertakan sekali dekat sini Seating Plan Chart bagi memudahkan korang untuk pilih zone mana korang nak duduk. 


 Seating Plan Chat ILM Arts Festival, Stadium Malawati Shah Alam, Kuala Lumpur


Just untuk korang punya information, tiket Violet Zone beharga RM1,062 (VIP RM1,062). Korang akan dapat VIP Parking, numbered seating, backstage Pass (PALING PENTING), Dinner, Free gift dan jugak Group Photo. So, kepada korang yang ada specific artist/personality yang korang nak jumpa, korang boleh beli tiket dari Violet Zone ni. Memang worth it sebab bukan senang nak berjumpa dengan mereka secara depan-depan kan?


Pricing Plan.
Harga dari serendah RM55.00 sehingga RM1,062.00
Just untuk korang punya information, kanak-kanak dibawah 12 tahun tidak dikenakan charge tetapi mesti datang dengan orang dewasa yang ada tiket.

Bagi I, penganjuran ILM Arts Festival ini sangat bagus, kerana disamping mengumpulkan personaliti Muslim yang hebat dari seluruh pelusuk dunia, Festival ini jugak menarik pelancong dari negara asing untuk lebih memahami Islam dengan lebih dekat lagi. Hakikatnya hiburan adalah salah satu cara untuk mendekati golongan muda dan golongan bukan islam dan menarik minat mereka untuk melihat sendiri akan keunikan dan keindahan islam. Islam bukanlah satu agama yang terlampau liberal dan atau ekstremis seperi yang kerap dilaporkan oleh media massa antarabangsa.

Berhibur tak salah, asalkan jangan keterlaluan :)




-eNd-

No comments: