Showing posts with label Goldcoast Morib. Show all posts
Showing posts with label Goldcoast Morib. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

GOLD COAST MORIB VACATION : DAY 2 (PART II)

Assalamualaikum..

So sambungan dari entry ni, petang tu lepas semua orang bangun dari tido kitorang decide nak kill time bawak bebudak dua orang tu main pasir dekat pantai sementara tunggu nak early dinner malam nanti. Waktu tu lebih kurang dalam pukul 5.30pm macam tu la. Cuaca tak berapa panas and tak hujan so moh kiter ke laut! Sebelum pergi, I offer pada Intan, ‘Intan, kalau Intan nak tinggal dekat hotel boleh. Tak payah ikut kitorang pergi pantai’. Meloncat Intan dari kerusi cakap dengan bersungguh-sungguh. ‘Boleh Kaksu, boleh!’ Lepas dia jawab, nak terkeluar bijik mata I jeling Intan. Actually saje jer offer, sekali dia kemain setuju. Intan ni memang. Dia kalau pergi holiday kerjanya nak membutaaa and lepak kat bilik jer. Baik tak payah holiday macam ni. Hesh!

I takde bawak pon equipment Shein nak korek pasir. Kebetulan ada 1 pencedok dalam bag toiletries Shein. Jadik laaaa. Sophie siap ada baldi besen periuk belanga lori bulldozer semua. Lepas tu Intan cakap, ‘Ni jer ker Shein punya Kaksu?’ Hahahaha. Jadiklaaaaa. Patutnya 1 pon tadek. Tu bawak sebab naseb je pencedok tu termasuk dalam beg. Si Shein la paling beria time ni. Selagi semua orang tak keluar dari bilik, dia taknak keluar. Lepas tu bersungguh bawak beg kertas yang ada Sophie punya barang nak korek pasir. Macamkan dia punya. Shein memang suka main pasir and korek-korek tanah ni. Yang kotor-kotor tu la yang dia suka. Letak sehari main tanah pon dia tak kisah.


Kemain berpimpin tangan Sazli dengan Shein. Ni time 'kawan baik', ko tunggu time gaduh tengok macam mana.

Thursday, September 3, 2015

Gold Coast Morib Vacation : Day II (Part 1)

Assalamualaikum

Ok. Day 2 dah dekat Goldcoast Morib. Masing-masing liat nak bangun pagi. Sazli je yang bagus. Dia memang kalau vacation terus jadik a morning person. Sazli turun makan buffet yang disediakan (ayat buku text terus) while Shein and the rest tido lagi. Intan bangun tak lama lepas tu and join Sazli breakfast. I pulak makan nasik sejuk lebih malam tadi, makan dengan sambal. Hahaha. Nasi sejuk macam letak dalam peti ais pon selera je I makan. Janji kenyang. Senang nak jaga I ni. Hari-hari makan sambal pon ok jer. Untung Sazli dapat isteri low mentenen macam I ni. Padahal roti dengan biskut melambak dekat bilik, siap boleh bukak 7-11 tapi nasik jugak menjadi pujaan hati.

By 8.30am macam tu Sazli and Intan sampai bilik balik lepas tu kitorang bersiap pergi ke Water Park. I memang masak nasik sebab nak bawak bekal Shein. Nasik dengan kicap je pon. Shein tu sampai time lapar, nasik kosong pon dia nak. Kalau sampai mood taknak makan, buat la lauk beria dia sembur balik dekat lantai. Semua tak mandi lagi time ni. Buat apa nak mandi, sebab sekejap lagi nak mandi kolam, so membazir air hotel pulak nanti (alasan). Shein lagi la ultimate masam bau cuka siap rambut serabai. Haha. Dia suka la pakai baju mandi, sebab dia tau kalau pakai macam tu boleh terjun kolam. Sama naik excited dengan Sophie, asyik berkepit je dengan pelampung.


Tengok la anak orang ni berangan. Plastic sangat tau Sophie? Hahaha.

Wednesday, September 2, 2015

Gold Coast Morib Vacation : Day I

Assalamualaikum…

Semalam I dah share cerita Goldcoast Morib Vacation untuk hari kedua terus dekat sini. Beria nak share pasal makan dulu. Hahahaha. So, harini baru nak cerita Intro. Kitorang pergi ke GoldCoast Morib ni dari 29 August – 31 August. Kitorang amek apartment 2 bilik and book dekat Hotel terus. Tak guna Agoda sebab macam bengang kes Genting yang tak boleh refund tu. Actually harga lebih kurang sama je if book through Agoda or direct ke Hotel. Tak banyak beza. Bilik dekat sini banyak jenis, ada 3 room apartment as well, yang ada Jacuzzi pon ada. Sediakan aja ongkosnya. Since kitorang book pon 2 weeks before departure so apa yang ada je la amek. Konsep dia janji ada bilik. If korang book awal, boleh mintak bilik view swimming pool. Yang kitorang dapat haritu view bangunan. Sian sangat. Haha.

Harga untuk 1 malam ialah RM557.50 include gst. Harga ni akan berubah-rubah. Korang boleh call direct ke hotel untuk check berapa harga dia. 2 rooms apartment ni ada dry kitchen so tak boleh nak masak-memasak, tapi I bawak je periuk nasik kecik, lepas tu beli Sambal Maklong bawak bekal. Kang nanti lapar in between nak keluar makan, boleh makan bekalan yang kitorang ada. Oh bilik ni include breakfast for 4 and water park ticket also for 4. Untuk in house guest dorang boleh keluar masuk water park sesuka-suki sepanjang stay dekat sini dari pukul 8.00am – 7.00pm selagi tag dekat tangan tu korang tak cabut. Bebudak below 4-5 masuk free. Dia ada ukuran dia tapi I tak snap photo. If not, korang kena beli ticket Water Park RM38.00 seorang. OK?

Check in pukul 3.00pm, check out pukul 12.00pm. Time kitorang pegi tu memang long queue. Ada Pakcik kat belakang kitorang ni cakap, dia tadek book bilik. Harap ada la bilik ni. Sebab datang dari jauh ni. Perrghhh Pakcik ni gamble dia tahap tak boleh nak terima dek akal pulak. Jauh kot Morib ni? Dyba sekeluarga sampai dulu. Kata Dyba dekat Intan, ‘Jauhla Morib ni. Tak sampai-sampai’, lepas tu Sazli suruh Intan bagitau Dyba yang Kelantan lagi jauh. Carik pasal. Hahahaha. Intan suka la dia dapat duduk depan dalam kereta sebab I dengan Shein duduk belakang jadik boss. Laju je dia masuk kereta. Biasa dekat office ni, dia dengan Dyba berebut-rebut nak duduk depan. Sebab nak dapat aircond banyak. On the way tu, I ada masa lelap-lelap jugak. Intan co-pilot so kena la berjaga. Padan muka. Korang kalau nak datang sini guna waze je ok? Nanti masuk jalan kampung kecik je. Sekali selisih dengan kereta lain ngilu bulu ketiak.


I dengan Intan pergi check-in. Sazli tunggu Shein dalam kereta sebab budak tu membuta. Dah nak sampai baru nak tido. Sabar jer la. Beg mekap I tertinggal dekat office so muka bogel je la. I suruh Intan bawak blusher, tapi dia letak dalam backpack dia pulak. Tapi takper, dengan Zenia Product, naked face pon sekarang ni tak jadi hal (Sesambil promote). Combo Transgluta + Zenia Collagen + Free Foundation is only RM240.00 include postage. Intan pon sekarang dah consume Transgluta by Zenia :)

Tuesday, September 1, 2015

Goldcoast Morib Vacation : Makan di Restaurant Asam Batu Laut

Assalamualaikum..

Hari Sabtu sampai Isnin, I sekeluarga plus Dyba sekeluarga and Intan pergi bercuti ke GoldCoast Morib. Intan je yang tak sekeluarga sebab dia tak kawen lagi tapi masa kat sana dia jadik anak sulong I dengan Sazli. Haha. Kat sana kan ada water park? Tapi tak la besar macam Gambang tapi boleh laaaaaaaaaaaa dari tadek. Lagipon kitorang plan memang nak pergi yang dekat-dekat je sebab malas nak jem sebab cuti 3 hari ni mesti semua orang keluar dari KL. Ampang – Morib pon lebih kurang dalam sejam lebih sikit je, tak la jauh sangat. Seronok jugak sebab dekat sini also ada pantai. Kitorang sewa apartment 2 bilik. Dua malam for RM1,115 macam tu include 4 ticket untuk ke Water Park boleh guna selagi stay and tak bukak dari lengan and breakfast untuk 4 orang. Yang tu nanti la kemudian I cerita sebab biasa la, I lebih excited nak cerita pasal makan. Hok hok hok.

Ahad malam, kitorang makan dekat this Chinese Restaurant nama Restaurant Asam Batu Laut. Ni Seafood restaurant, dorang tadek serve or masak menda-menda haram. Puas hati dapat makan ketam woh! Lagipon sini serve cepat giler. 5 minutes duduk dah hantar air, within 30 minutes dah dapat complete semua walaupon time kitorang sampai tu penuh giler bab1 orang sampai ke tepi-tepi laut sana. Tapi dorang kerja bagus and efficient. Unlike Malay Restaurant yang kitorang makan Sabtu malam tu. Order pukul 9.00pm, dia kata kalau nak order ikan bakar sejam setengah baru sampai. So takper la, kitorang order lauk-lauk biasa je. Pukul 10.30pm check order, rupanya kertas order dekat kaunter lagi. LUPA NAK BUAT. Nasib baik la Sazli datang chek. Shein dengan dah ngamuk-ngamuk dengan lapar lagi, dengan air setengah jam baru sampai. SABAR JE LA.

I rasa kalau ramai peniaga kedai makan melayu yang macam IKAN BAKAR D’BAGAN dekat Bagan Lalang ni maka siapa lah sahaja yang nak support restoran melayu kan? So if Korang nak pergi Morib, please elak pergi Ikan Bakar D’Bagan ni, service suck nak mampos. Dah la tukang amek order pon budak darjah lima. Tadek der orang datang nak cek balik sapa yang tak dapat makanan ke apa. Tadek. Hampeh giler. Sorry la, lepas ni kalau pergi Morib lagi, I taknak dah pergi area Bagan Lalang tu. Sentut sangat rasa sejam setengah menunggu makan, rupanya tak buat lagi. Kiter mati-mati la ingat lambat sebab orang ramai, tapi sebenarnya order tak sampai ke kitchen. I rasa 2 3 4 meja ramai yang bangun and blah lepas dapat air. Makanan lambat sebab orang ramai kite boleh accept, tapi kena la ada yang bertanggungjawab cek sapa yang tak dapat makanan lagi kan? Anyway malas bebel banyak, jom check out apa kitorang makan dekat Restoran Asam Batu Laut ni.



Ketam Masak Sweet Sour, makan dengan roti mantau goreng tu. Sedap nak mampos. Ketam ni harga dia RM60.00 untuk sekilo. Kira murah la. Anyway, sapa yang nak cek beza Ketam Batu dan Ketam Nipah I pernah share dekat sini.