Thursday, September 3, 2015

Gold Coast Morib Vacation : Day II (Part 1)

Assalamualaikum

Ok. Day 2 dah dekat Goldcoast Morib. Masing-masing liat nak bangun pagi. Sazli je yang bagus. Dia memang kalau vacation terus jadik a morning person. Sazli turun makan buffet yang disediakan (ayat buku text terus) while Shein and the rest tido lagi. Intan bangun tak lama lepas tu and join Sazli breakfast. I pulak makan nasik sejuk lebih malam tadi, makan dengan sambal. Hahaha. Nasi sejuk macam letak dalam peti ais pon selera je I makan. Janji kenyang. Senang nak jaga I ni. Hari-hari makan sambal pon ok jer. Untung Sazli dapat isteri low mentenen macam I ni. Padahal roti dengan biskut melambak dekat bilik, siap boleh bukak 7-11 tapi nasik jugak menjadi pujaan hati.

By 8.30am macam tu Sazli and Intan sampai bilik balik lepas tu kitorang bersiap pergi ke Water Park. I memang masak nasik sebab nak bawak bekal Shein. Nasik dengan kicap je pon. Shein tu sampai time lapar, nasik kosong pon dia nak. Kalau sampai mood taknak makan, buat la lauk beria dia sembur balik dekat lantai. Semua tak mandi lagi time ni. Buat apa nak mandi, sebab sekejap lagi nak mandi kolam, so membazir air hotel pulak nanti (alasan). Shein lagi la ultimate masam bau cuka siap rambut serabai. Haha. Dia suka la pakai baju mandi, sebab dia tau kalau pakai macam tu boleh terjun kolam. Sama naik excited dengan Sophie, asyik berkepit je dengan pelampung.


Tengok la anak orang ni berangan. Plastic sangat tau Sophie? Hahaha.



Tengok la Shein muka masam tak mandi


Pwincess Sophie and her bodyguard
(Sebab tu dia pakai top to toe hitam)

Macam I cakap, kitorang punya ticket masuk dalam package bilik, so kena beli 1 je lagi tiket. RM38.00 harga dia untuk dewasa. Untuk Shein and Sophie, FOC. Kitorang duduk 1 port je, dekat tepi dinding. Situ ada kerusi, kitorang memang pilih port tu sebab nanti senang nak makan disebalik kerusi tu, orang tak nampak. Hahaha. Shein nampak je kolam, terus nak terjun. Dia ingat dia pandai berenang? Tak menyabar-nyabar nak terjun kolam. Air dekat sini tak sejuk macam dekat Swiss Garden Melaka so I suka. Kalau air sejuk-sejuk memang agak bercinta la nak terjun.


Shein tak menyabar nak begejun dalam kolam.


Time ni Shein pakai pelampung dekat tangan je. Elok je kedek-kedek berenang dalam kolam. Dapat pelampung, terus jadik pemalas. Dia landing dagu atas pelampung and relax sambil berangan macam mana nak jadik kaya. (eh tu aku!)


Hoi Dyba! Lekas la turuuunnnnn. Shein tu tengah kentut ke apa?


Intan cakap, 'Kaksu la paling seronok sekali'.
Padahal dia pon sama.


Joe tengah pakaikan Sophie pelampung.


Sophie tak enjoy mandi kat kolam orang besar, dia suka mandi dekat kolam cetek.
Tapi waktu ni, dia ok je lagi. Lama-lama baru dia boring.


Mereka nampaknya begitu seronok (kecuali Sophie)


Yay! Dyba akhirnya turun.


Kitorang beli pelampong Pooh tu memang untuk Intan guna pon
Lantas Intan hulur balik pelampung tu pada I. Hahahaha.


Sophie dengan Dyba. Sama size je dua orang ni
Sama-sama somel


Shein and his best friend yang dalam love-hate relationship.
Kejap baik, kejap gaduh. Begitulah.


Sexy Shein. Kecut-kecut telur dia mandi kolam. Hahahaha.


Eh tu sapa pakai pelampung dekat kepala tu?
Oooo Dyba! Hahahahaha. Patut ada jugak pelampung kepala yang baby pakai tu untuk orang besar kan? Hahahaha.


Joe paling lambat turun sebab memula tadi dia jadi tukang jaga beg.
Bila Joe masuk kolam and berenang, Intan cakap, 'Wei, dia pandai berenang la wei'. Hahahaha.

Dalam pukul 10.30am macam tu, I naik bilik dengan Intan, ambik nasik + sambal + kicap siap dengan air, pinggan kertas bubuh dalam beg sebab nak picnic tepi kolam sekejap lagi. Semua pon kebuluran ni. I tau dah. Tadi masa tanya, nak bawak bekal turun tak? Memasing taknak. I letak dalam beg semua makanan siap periuk kecik tu. Masa dekat check in Water Park keras je kepala takot beg kena cek dengan Pengawas. Buatnya dia cakap, ‘Cik, makanan boleh bawak, tapi sampai bawak masuk periuk nasik macam ni agak-agak la’. Malu kan? HAHAHAHAHA. Lepas je dari pintu masuk, I jalan keras laju giler. Tak pandang dah kiri-kanan. Terkedek-kedek Intan kejar.

Sampai dekat sana balik, I pon suap Shein makan nasik dengan kicap tu. Habes la 1 Tupperware kata ko! Lapar benar nampaknya Shein? Suap sambil dia berendam dalam kolam je. Tak bawak naik sebab dia taknak. Perangai original people sangat. I pon saspen sebenarnya. Buatnya tengah suap Shein kena prriiittttttttttttttttttttttttt kan ke malu? But Al-hamdulillah kitorang manage to makan by trip sampai semua kenyang. I je la yang tak makan sebab memula suapkan Shein, lepas tu Sazli pulak makan dengan Intan. Lepas tu Dyba dengan Joe pulak makan dengan Intan. Lepas Intan, Intan makan. Bila sampai turn I, semua pon dah nak ajak naik. Blardihel. Sepatutnya sebagai ketua yang menyediakan semua makanan untuk dorang, I la makan dulu. Cis!


Joe tak cukup makan nasik, makan pulak Maggie Tomyam
Ni la periuk penyelamat hadiah dari MIL pada I
Masak nasik 2 pot, cukup untuk kami 5 orang alas perut.

Naik bilik, baru I makan. Naseb la ada lagi nasik dengan SEDIKIT sambal dorang tinggalkan. I makan dalam periuk je. Gaul nasik dengan kicap lepas tu makan dekat balcony. Time tu Sazli mandikan Shein. Heaven giler. Tapi heaven sekejap je la sebab tetiba Intan berdiri depan I, buat mata puss-in-boots. I pon suap lagi dia makan nasik I. Padahal tadi dia paling lama makan, time I makan dia join jugak sekali. Sebok je! Lepas mandi, semua pon tidoooooooooooooo. Time ni la part paling best holiday kitorang ni. Bilik sejuk + gelap, apa lagi? Layan tido la sampai petang!

Dalam pukul 5.00pm macam tu barulah semua bangun. Aku pandang kau – kau pandang aku. Moh la kiter ke Pantai bawak Shein and Sophie main pasir. Tu nanti I update Part II ok?

-eNd-

5 comments:

Dyba Dbuh said...

hahahah..teringin la tgk baby pakai pelampong kepala tu..dulu kan xde, dh bsr2 ni br boleh merasa..haha

Jueliza Jamani said...

kalo main air mesti akan lapar.. ehh comelnya periuk nasi tu..

Mimy Hamid said...

pm periuk nasi haha

cik nur said...

kalo mandi sejuk2 dah berendam tuh dapat bnda panas dengan pedas mmg ngam sangat la kan hihihi

Aishah Amin said...

sophie enjoy laa sikit hahah
Aishah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...