Assalamualaikum..
Semalam Intan cakap nak makan Pizza. Bengkak je
hati Izzah sebab dia nak makan Korean Food. Tu la, haritu orang ajak masa
Jumaat eksyen sangat. Sebok nak tido jer. Ni kena makan pizza sebab dia kalah
masa undi. Hahaha. Masa dalam kereta kitorang borak-borak. Nanti untuk Awal
Muharram kitorang masuk Pertandingan Nasyid. Masuk Nasyid yer? Jangan buat pasal. Izzah la
paksa kitorang masuk. I dah cakap, I nak bahagian ‘aaaaaa’ je duduk baris
belakang. Dyba kata dia nak bahagian main kompang, and Intan bahagian prop. Dia
nanti akan solat tahajud dekat sebelah kitorang dari mula nyanyi sampai habes
nyanyi.
Siap ada prob sembahyang memang menang la company I. Hahahah.
Dorang ni memang macam-macam tau? Pilih lagu pon dah
gaduh-gaduh. Semua lagu Ramli Sarip dorang nak nyanyi. Nasyid la hoi! Ko ingat
konsert rock ker? Hahahaha. Lepas tu siap ada yang nak main gendang la apa la.
Aku tak paham la bebudak ni. I memang duduk blakang jadi back-up singer je. Si
Intan memang menyirap je dengan I. Kata dia ‘Kaksu ni memang tak puas hati betul orang ajak dia masuk Nasyid’. Hahahahha.
Yerlaaaaaaaaaaaa amenda nak masuk Nasyid? Macam budak sekolah rendah je. Pakkal
la ramai-ramai.
Lepas tu dinner bulan 12 ni joget Bollywood pulak.
Ha elok la tu. Dah elok masuk Nasyid, tetiba nak joget Bollywood pulak. I ugut
Si Izzah, I cakap kalau dia taknak masuk joget, kiter semua jangan masuk nasyid
sebab si Izzah ketua nasyid. Tak puas hati la Si Izzah. Mesti dia terbakar je
dalam hati. Hahaha. Izzah ni budak baik. Dia jenis pakai baju longgar, tak
mekap, pakai stoking. Lagi nak suruh masuk menari Bollywood. Ko ghaser acane? Tak
ke macam lari konsep dia?
Dah. Jom tengok apa kitorang makan dekat
CAPRICCIOSA. Bebudak ni bagi tempat ni memacam nama ok? Merapu-rapu je. Si
Sarah je yang betul. Jom tengok apa bebudak ni reka nama lain untuk
Capricciosa ni.
Dyba : Kaprisiona
Izzah : Karkosa dengan Kaprikokona
Intan : Kapriaso dengan Kapiosoro
HAHAHAHAHA. Macam mana si Izzah sampai jadik
Kaprikokona? Bapak jauh bunyik. Si Intan lagi la Kapiosoro? Memandai je tetiba
ada soro dekat belakang. Bangang! Dah la Dyba tu sampai sekarang tak sebut betul. Tak habis-habis Caprikosia. Capricciosa laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Smoke Salmon Pizza. Size Family. RM34.90. Sedddaaaaaap!!
Bolognaise Pizza. Personal Size. RM16.90
Mediterranean Salad. RM12.90
Clam Chowder. RM6.90
Soup of the day. Tomato Soup. Pon sedap! Ni dapat skali dengan Pizza Bolognaise ni. Dapat Ice Lemon Tea sekali.
Affogato RM9.90 dalam dia ada vanilla ice cream, whippe cream, chocolate syrup dengan caramel rendam dalam kopi
Kitorang makan ni share la macam biasa. Nak makan
kat sini konsep dia mesti sharing. Semua makan sama-sama. Baru tak gaduh. Tapi
gaduh jugak dengan Intan sebab dia biasalah mana nak kalah. Dekat mulut kunyah
pizza, tangan kanan dah pegang pizza lain. Bersilang tangan masing-masing. Si
Izzah yang paling muda tu perhatikan ajer perangai masing-masing yang
berebut-rebut makan. Tapi makan berebut ni yang buat sedap. Kan?
Dyba and Sarah the Sarabanon
Tengok la Si Sarah dengan tumbuh-tumbuhan. Memang dia becinta habes.
I nak amek gambar Sarah, tapi sebok tangan Intan tu asyik lalu-lalu depan camera. Hesh!
Izzah, mata mana mata? Tengok tangan Intan. Memang tak lepas sudu.
Kemain kusyuk makan.
Ni abang kedai yang amekkan gambar. Takde Kaklong macam tak cukup korum pulak. Si Izzy sekarang tengok sebok bercinta. Mana nak join kitorang makan dah.
Lepas bayar bill, Si Intan cakap ‘Ni makan untuk birthday Kaksu minggu depan.
Buat sekali la’. Banyak cantik muka ko???? Memang menyentan la I kat situ.
Birthday Kaksu, Kaksu la yang decide nak makan kat mana! Hahahah. Dah la tak
amek gambar and pakai baju sama-sama kaler. Tak aci laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Kata Intan, jangan buat makan-makan birthday ni sekali dengan dia sebab nanti
tak rasa special. Sapa yang nak entah? Dah la Intan dah pilihkan kaler tema.
Kata dia kuning jagung. Sebok je! Pergi la pilih kaler tema sendiri time
birthday Intan! E!
-eNd-
3 comments:
kaksu kena cropppp pic dyba yg last tuu..dyba
gemookkkkk
Walaupon gemok tapi paling cantik
tengok pun nampak sedap....
Post a Comment