Friday, December 18, 2015

Ground Package Ke Seoul Korea TERPALING MURAH abad ini.

Assalamualaikum…

I ada berita baik untuk korang semua yang ada plan nak visit Seoul Korea dalam masa terdekat ni. Sebab 2 orang tourist guide I masa I pergi Korea dulu yang tetiba dah jadik kawan baik, (Muni and Rachael) ada buat offer for Winter Package untuk korang Rakyat Malaysia yang teringinnnnn nak pergi Korea tapi jenis pemalas nak fikir rumah, makan, tiket park/transportation, mana nak visit etc. Don’t worry sebab dorang dah sediakan semua untuk korang. Korang just beli tiket pergi balik and bawak duit pocket. Lepas tu goyang tetek je sebab yang lain dorang dah buatkan. Gittew. Hahaha.

Senang I jawab dekat sini je soalan korang. Korang ni punya soalan, macamkan I punya business pulak yang visit Korea. Menyirap jugak nak jawab semua. Hahaha. Padahal aku pergi Korea pon tak sampai 10 hari. Kalau tanya pasal bawak apa, macam mana keadaan kat sana kalau bawak baby I boleh jawab. Kalau tanya soalan lain, tak dapek la den nak menolong.

Now dekat Korea tengah Winter. So kalau korang fe-feeling nak golek dalam salji dekat Nami Island macam dalam cerita Winter Sonata, maka inilah waktu yang paaaaaling sesuai untuk pergi. Mana tau tingin nak sejuk-sejuk sebab Malaysia kan always hot? Nak sejuk pon terpaksa masukkan kepala dalam peti ais. Tu pon kepala je sejuk sebab nak masukkan badan tak muat pulak. Hahaha. Muni whatsapp I gambar dia main salji dekat University dia menyirap je I tengok. Dah la package ni murah. Pakkal la dah kawen ni langkah tak berapa nak panjang, kalau tak memang I dah pergi Korea lagi. Sungguh! Terpaling nak ialah makan Nasi Goncang dekat Nami Island. Huwaaaaaaaaa. **nanges sambil lap air mata guna hujung baju kurung Kedah. (Motip Baju Kurung Kedah?)

Jom tengok gambar Muni and Rachael dekat sekitar kawasan University dorang. Tu pon dah cantik! Imagine la dekat tempat lain macam mana. I jeles giler. Memang kena jugak ni pergi Korea time Winter. Tak kiraaaaaaaa!!


Muni




Rachael




Jalan pon dah cantik.







Cantiknya... Gambar macam dalam poskad. 
WINTER PROMO PACKAGE 5D4N. RM1700/pax (Min 6 pax). Better korang plan sekarang sebab Offer is limited. 18-29 February 2016 is fully booked. 

All Packages Include:
Airport pickup & drop-off 
Accommodation (Guesthouse Private Room)
Public transportation fee (Subway Metro, Bus)
Malay + Korean speaking guide
Meal 3 times a day (Breakfast is provided by Guesthouse)
Entrance Fees to Nami Island
Exclude flight ticket 

Payment Details
Tour guide ONLY.
*110,000won/day
Payment must be paid in Korean Won upon arrival in the Airport.

Ground Package

In order to confirm booking, we require only RM100/group of deposit. The total price must be fully paid in Korean Won once you arrived in Korea.
We will refund the RM100 upon arrival. 
*The deposit is non-refundable if you make a cancellation.
To be frank, ini lah Ground Package Seoul, Korea yang paling murah I pernah jumpa. Siap RM100.00 jer deposit untuk group. Dah la nanti bila jumpa dekat airport RM100.00 tu dorang pulang balik. Murah tuuu. Tapi korang jangan la pulak dah janji nak ambik and bebudak ni dah dulukan duit dorang bayar Guesthouse lepas tu korang kensel. Kesian kat bebudak ni. Student je ok? Bukan kerja cop duit. Tak baik nak aniaya orang. I cakap macam ni sebab Muni pernah rugi beratus ribu won sebab ada yang janji nak ambik Ground Package dengan dia, tetiba lepas tu tak jadik. Maka dia dah bayar Guesthouse so burn macam tu jer la duit dia. Down la member. I pon ada tanya, kenapa tak ambik terus payment sebab lebih secure macam tu. Tapi lupa dah apa Muni jawab. Boleh? Hahahaha.
Bagusnya package by budak 2 orang ni ialah korang ada masa untuk kumpul duit. Let say la nak book sekarang and nak pergi February pon boleh. So ada masa la nak simpan duit. Kalau dorang nak full payment immediately baru boleh secure date sure korang akan struggle skek. Ni untuk yang tak berapa nak ada duit macam I la. Untuk ongkaya tadek hal. Kan?
Untuk soalan-soalan lain yang mungkin takde jawapan dekat sini macam ada yang tanya I, ‘Kaksu, kalau amek dengan dorang, nanti time kitorang makan dorang tengok je la eh? Ke kena ajak sekali? Kalau ajak sekali maksudnya kite kena bayarkan dorang makan ke macam mana?’ HAHAHAHA. Yang ni I tak pernah terfikir pulak. Yang tu korang kena tanya sendiri la eh? I taktau nak jawab.
Wan Munirah
Email : wanmuni0304@gmail.com
Mobile : +8210-5301-9238

Rachel E Clarence
Mobile : +8210-9496-3192

Let say korang dah ada nak duduk dekat mana and cuma nak specific day je dengan dorang, korang boleh amek je yang Tour Guide Only (110,000 won) tu. Perbincangan lain macam korang nak visit any specific place pon boleh jugak. Semua menda boleh bawak bincang. Takde masalah. I rasa, 5D4N ni cukup sangat-sangat untuk yang ada limited budget. Bukan nak shopping pon kan? Melainkan kalau korang nak extend korang punya stay lepas tu nak duduk hotel lain etc. Itu pon boleh diuruskan jugak. Bebudak ni jenis boleh dibawak berbincang. Tadek masalah. Yang penting, I boleh jamin dorang berdua ni MasyaAllah baik budinya. Takyah risau bab kena tipu ke apa. Ok?

Dah. Pergi email dorang. Simpan duit. Takyah fikir-fikir beria sangat dah. OK? If nak baca sebab kenapa kiter kena amek Tuorist Guide dari Malaysia, korang boleh baca yang I pernah share dekat sini. Jangan lupa share entry ni dalam FB. Mana tau boleh menunaikan impian ramai orang untuk menjejakkan kaki ke Korea. Enjoy!

-eNd-

5 comments:

FadMN said...

mmg reasonable package ni sebab include accommodation siap makan sekali.dulu i pegi sendiri2 pun,mmg la lagi murah,tapi ikut tour tak yah pening segala.hahaha.depa punya charge tak mahai ler.best nya hai seoul,terigin nak p lagi.windduuuuu.

farae al-farafisya said...

Kak Suuu, murahnya pakej dia!
Ni yang terasa nak gi Korea lagi..

Unknown said...

Bestnya tp nak gi jepun dulu..
Pakej jepun xde mmber ke kak sue?

Chooyaya! said...

FadMN : apa lagi, pergi la lagi sekali

Farae al-farafisya : ok jommmmm

Dayu : setakat ni jepun takde member. hahahaha

ainaa said...

kak sue shantek pakej ni still available x utk tahun 2016?hihihihih