Tuesday, January 19, 2016

Dilwale Double Date and Dimsum!

 Assalamualaikum

Korang tau kan sekarang ni tengah fenomena cerita Dilwale? Si Sazli hari-hari dok dengar lagu Gerua. Dia memang peminat Hindustan pon. Lagi-lagi Shah Rukh Khan memang dia suka la. I dah promise dengan dia nak tengok sama-sama tapi sebab tak tahan Kaklong asyik bakar je, so I pergi dulu seminggu awal dari dia. Kang nak tunggu Sazli lambat sangat pulak. I memang tahan diri dari tengok review or baca synopsis sebab nak element surprise masa tengok cerita ni. Memang puas hati la dapat tengok dekat cinema sebab besar screen. Feel dia lain macam. Sapa yang cakap nak tunggu keluar dekat Astro First better think twice sebab seriously tengok dekat cinema lagi best!

Lepas I tengok je Dilwale, Sazli dah panas bontot. Hahaha. So, last week on Wednesday dia ajak I tengok lagi sekali. I ok je, sebab suka tengok Kajol. Lawa giler ok? This time kitorang double date. Aliah and Atiq pon join. Kata Aliah, berbulu je dia sebab Atiq tu, dia ajak banyak kali, buat derk je. Bila Sazli ajak, selamba dia ambik cuti. Hahahahaha. So kitorang ambik hari Rabu sebab murah. Si  Sazli confident je cakap tiket harga RM8.00, sekali I beli tengok RM14.00 (sebab ambik show before 12.00pm). I tanya la, kenapa bukan RM8.00? Lepas tu adik dekat kaunter cakap, RM8.00 tu 5 tahun dulu. Hahahaha. Nampak sangat dah lama tak tengok movie hari Rabu. (Dah tuweeeee)

I belanja Sazli movie ni sebab dia belikan I handphone baru. Upah jualkan PS3 dia. I cakap main-main je nak iPhone 6 sekali dapat. Bestnyaaaaa. Hehe. I suka gila la deal dengan Sazli, sebab upah dia lumayan. Lepas dapat handphone, I tanya dia kalau ada apapa nak jual lagi, bagitau I terus. Zzzaaaaap I jualkan. Haha. Ni ada ni dia mintak jualkan barang-barang main Paintball. Ada marker, bekas air, baju, mask. Tu nanti I share kemudian. (Kepada Apai, harap jangan nak bahan lebih. Bakar motor tu kang baru tau). Kitorang amek show sebelum 12.00pm so that sempat la nak Zohor and lepas tu nak ambik Shein balik sekolah. Just nice untuk lunch and dessert after. Tapi sebenarnya entry ni tadek gambar Dilwale pon. Korang google la sendiri. Entry ni lebih pada nak share pasal makan je pon. Hahahahaha.


I ajak dorang makan Dimsum. Semua setuju. Yes! Yang ni Aliah ambik paling awal. Dia kata 2 bekas cukup ke? Sebab dia sorang makan 3. Hahahaha. Egg Custard Bun ni memang a must kalau datang sini. Wajib order. Sedap giler! RM7.50 untuk 3 ketul.



Yang ni carrot cake. I baru cuba first time. Pon sedap. Ko apa yang tak sedap pon kan?


Beef ball ni ada rasa daun limau purut. Dia steam. Sedap. RM8.00


Dolly Moza Roll. Favorite Sazli. Sedap jugak. RM11.50


Siew Mai Chicken. Favorite I. Sedap sedap sedap. Rasa macam taknak share, tapi I tengok Atiq dah jeling-jeling. Hahaha. RM9.50


Yang ni udang dalam dia. Har Gao ke apa entah. Sedap. RM10.20


Prawn Chong Fun. RM11.80

Kitorang borak-borak pasal buat kerja rumah yang tak setel-setel sampai la ke OCD, sampai la ke hyperthyroidism semua. I ni rasa macam dah boleh control dah bab kemas umah, tapi Aliah lagi teruk. Dia susun pinggan ikut kaler. Ajer mampos. Si Altav punya mainan pon kalau boleh dia nak simpan takyah bawak keluar terus. Now dia SAHM, so hari-hari ada jadual nak buat kerja apa. Vakum selang sehari. Tu vakum ye? Bukan sapu sampah lagi. Masak pon nak perfect ada 3 4 lauk hari-hari. Tu yang dia jadik penat and lagi stressed dekat rumah. Kata dia, dia nak jadik isteri yang perfect, hari-hari kerja mesti tip top lepas tu masak hari-hari tapi bila penat, muka mula la kelat. Kata Atiq, ‘Yang you susah-susah nak buat semua menda buat apa? Tu bukan kerja you. Kerja I. Rilex sudah la’.

Hahaha. Itu yang kata Atiq, kalau dia offshore, tingat dekat Altaav. ‘Apa la Lia buat dekat anak aku dekat rumah ni’. HAHAHAHAHHA. Dia risau Aliah marah-marah Altaav sebab kata Lia, dia garang. Altaav selalu kena denda pandang dinding 10 minute. Si Atiq pulak cakap macam tu memang I gelak la. I ingat I dah garang, tapi Lia lagi garang dari I. Naseb baik. Si Shein kalau kena marah I suruh salam je. Leps tu berdamai, kalau Si ALtaav kena cakap ‘Sorry Mommy’ banyak-banyak kali. Altaav pulak kekadang ada ego taknak cakap sorry, menyinga lagi la Si Aliah. I tengok Altaav tu behave je, kalau makan elok duduk. Kata Aliah sambil rolling eyes, ‘Ye Maksu. Baaaaaik sangat’. Hahahaha


Soulmate. Yang paling paham diri I more than I understand myself. Thank you Papa. Nak uweeeeet!


Perfect couple. Aliah and Atiq.

Thank you Sazli, Aliah and Atiq for this double date movie. Nanti boleh buat lagi. Kali ni kalau pergi, kita pergi ramai-ramai dengan bebudak lain skali. Nak lagi dramatic, boleh bawak anak sekali. Lagi mencabar. Ni anak baru sorang, dah huru hara. Imagine anak 3 macam Syikin? Si Yash dah ada 2 anak, Rish dah nak masuk 2. Wakdan memang dah boleh bukak taska la I rasa. Hahahaha. Jom la plan family day ke apa. I lantik Apai la jadik chairman. Sebab dia mulut manis, boleh dapat banyak sponsor. Mohon Apai pertimbangkan la ye? Dah la tadek kerja dekat office. Kerja-kerjanya baca blog aku je. Kan? Macam Maksu tak tau. Hahaha.

Dolly Dimsum
G-9 & G9A Ground Floor, Avenue K
156 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Phone : 03-21813830
Hours : 11.00am - 10.00pm

-eNd-

2 comments:

adda syuhada said...

nampak cam sedap sangat tu..

aziekz said...

Ad lg la su..rm8 utuk ari rab..spesel price..dan rsenye filem box ofis mmg xde discount..cam cter marvel la..xde diskaun..gigih terjah ari rabu tgh wayang bdjek..sama jgk polis evo..ari rabu..rm10..tp ok la..murah skit dr hjungmggu yg naik mdadak rega tiket...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...