Assalamualaikum
Jumaat baru-baru ni at first I plan nak pergi
Fikcles dengan Ellis sebab nak try dorang punya new menu. ‘Kasik Hantam’
Shell Out. Dorang baru je keluarkan menu baru ni. I dah tengok gambar, memang
meleleh and terbakar je tapi sebab God-Know-Why traffic dekat KL masa tu sangat
terrifying. Dari rumah I nak keluar ke Petronas Ampang tu pon dah 30 minutes.
Ellis check guna waze, if nak sampai Fikcles take us more less 40-50 minutes.
Dah la tengah lapar ni, dengan jem and hujan so kensel la Fikcles. Tak jadi
pergi Fikcles tapi I cakap dekat Ellis, ‘I
nak makan keeeeeeeeeeeetam gemok sedap!’ Ellis panic la I dah meroyan
jerit-jerit dalam kereta. Hahaha. Sebab I kalau lapar je boleh hilang mood ok?
Kata Ellis, kena cari yang dekat-dekat KL je. So end up kiter pergi Restoran
Stadium Negara dekat Jalan Yap Kwan Seng. Woo hoooo!!
But tu pon jem ok? Macam-macam jalan Ellis cilok,
by 9.30pm baru la kitorang sampai. Orang memang ramai la makan dekat sini.
Memang satu Malaysia. Cina, Melayu, India semua ada. Mat Saleh pon ada. Dah la
selamba romen cium-cium mulut and leher tengah orang ramai ni. Ko dah kenapa?
Dah la baru lepas makan spicy crab. Tak rasa ketam ke masa cium? Hahahahaha.
Kat sini service cepat. Kiter sampai je, zaaaappp dia hantar menu. Lepas tu
terus letak kacang atas meja so boleh kunyah-kunyah sementara mata dekat jalan tengok muka orang
tensen sebab jem. Tak sampai 5 minutes, air dah sampai. Within 30 minutes,
complete meal atas meja. I agak Chinese Restaurant memang macam ni la konsep
dia. Pantas dan sedap. I cakap kat Ellis I nak makan nasik putih. No nasik
goreng this time. Kiter ambik 3 jenis lauk je. Jangan tamak.
This is my favorite. Kam Heong Crab. Rasa pedas kari memang ngam dengan tekak I. I memang jenis makan tak berkuah. So I suka la ketam ni. Let say korang suka jenis berkuah boleh mintak jenis lain. Ada macam-macam masakan. Black-pepper, spicy crab, salted egg crab and many more.
Kitorang ambik sekor je. Besar and puas makan. Good for two macam kitorang. Harga ketam ni RM63.00, I taktau mahal ke murah. Hahahaha. Tapi haritu tengok dekat IG, macam ada jual lebih murah tapi raw la. Kena masak sendiri dekat rumah. Kalau rajin boleh la beli and masak sendiri. I tak rajin.
The Salted Egg Squid dekat sini is seriously to die for. Portion makan untuk 2 orang (small size) is RM20.00 jer. Makan dengan nasik panas-panas memang layan.
Mantao eh nama roti ni? I cakap roti goreng je. Ada jugak yang steam tapi apa barang nak makan yang jenis sihat. Hahaha. RM1.50 seketul
I mintak Baby Khailan with Oyster Mushroom. RM15.00 harga satu plate ni.
Kemain Ellis. Orang yang nak makan, dia yang beria tau?
Hi Ellis, why are your iPhone is so thick?
Total bill haritu kitorang kena dalam RM150.00 jer
include nasik putih RM1.50 x 3 (I makan 2 mangkok), air Asam boi 2 gelas (RM5.80
segelas), kacang pon kena bayar sebenarnya wahtdehek RM2.80 and wet tissue x 2
RM1.00 hahahahah. Service charge is 5% and GST 6%. Tapi puasssss hati. Dalam
kereta pon tangan bau kari. Siap tapaukan Annie and Alan sebab dua orang tu
kebuluran tak makan dekat hospital (Aaron admitted dekat Gleneagles). Dorang
amek Butter Prawn, Sayur sama macam kitorang dengan Blackpepper Chicken ke apa
entah. Si Annie tanya, takkan nak makan kering-kering? Lepas tu I cakap, ‘Ni Chinese Restaurant la ngek! Takkan nak
mintak tomyam’. Dah la sebelum tu dia tanya I halal ke tak. Kepantangan
betul I kalau I makan, orang tanya halal ke tak. Abes takkan la aku nak redah
je makan kalau tau kat sini ada babi guling? Hahaha.
Memula Annie nak nasik goreng je, tapi tak tahan
dia tengok I hantar gambar ketam terus nak makan berlauk jugak. Memula dia nak
ketam I cakap ‘Takyah. Mahal! Ko makan je
nasik goreng’. Annie tanya, ‘Nasik
goreng apa yang sedap?’ I jawab ‘Nasi
Goreng Babi’. Hahahaha. Bongok I. Anyway I buat lawak je. Korang jangan la
take serious pulak. Malas dah I nak layan haters ni, ada je menda I tulis nak
buat bahan mengutuk. Kang kalau nak tulis control jelita je, korang jugak bosan
nak baca, Kan? Dah tau I ni jenis suka bergurau so if I tulis apapa jangan la
amek serious sangat. Gurau. I tingat satu verse kawan I pernah cakap masa I
mengadu pasal haters komen dekat blog, ‘Sabar
subur, tak sabar masuk kubur’. Lawak
seram namanya kalau dah membawak ke kebur.
Anyway, this Stadium Negara Restaurant I sangat
rekemen. Affordable, cepat dan sedap. Lagipon dia dekat KL. Takyah sesusah korang
nak pergi dekat Damansara la, Port Klang la, Umbai la untuk makan seafood. Naik
Akleh, turun Jalan Yap Kwan Seng. Uturn depat Ampang Park zaaaaapppppp sampai. I
loveeeeeeeeeeeeee Ampang! **Tetiba
Restoran Stadium Negara
Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur
03-21618557
-eNd-
3 comments:
Suka baca blog kak su.everytime baca siap dgn intonasi n laju gila. (siap imagine kaksu tgh live bercerita)
Jgn stop blog or blog benda2 bosan tau. Sy suka baca mcm ni.. πππππππ
Ooo.. halal ke.. sorryla kaksu.. saya pon tatau. Padehal ofis mmg kat YKS. Tapi tiap kali lalu tak penah pon teserempak dgn mlayu tu yg tak penah singgah. Padehal bau dia..... sangat menggugat iman. Hahahhaha tq kaksu share. Nnt nak g terjah. :)
ok,boleh la try sini pulak.jauh mengembara dari kota damansara pun xper,asalkan sedap :)
Post a Comment