Thursday, January 14, 2016

Haagen Dazs with Aliah and Atiq

Assalamualaikum..

Masih teringat-ingat lagi kesedapan Haagen Dazs Ice Cream yang I makan semalam dengan Aliah, Atiq and Sazli dekat KLCC. Kiter pergi double date. Dah cakap awal-awal pada dorang, ‘I tak bawak Shein. Dia sekolah’. Hahaha. Maksudnya apa? Maksudnya ni date mak bapak je. Anak-anak jangan bawak. Kekadang kiter nak our own sweet time jugak. Sebab kalau ada budak-budak ni, lebih banyak mentarzan and urut dada dari enjoy tengok wayang/makan and dessert. Tapi topik utama kitorang still berkisar pasal Shein and Altaav jugak pon. Sazli la paling rindu Shein. Masa makan eskrem ni semalam dia cakap, ‘Shein mesti suka ni’. Memang la sukaaaaaaaaaaaaaaa. Mau dia celup semua ice-cream dalam coklat lepas tu buat masak-masak lepas tu coklat tumpah lap pulak dekat baju. I dah boleh imagine. *hatetek

I cakap pada dorang, ‘Shein kekadang dia taktau dia apa dia akan jatuhkan fork and spoon repeatedly. Saja carik pasal waktu nak makan’. Lepas tu Atiq cakap, ‘Ok la tu Maksu, Altaav pulak dia ambik nasik, tuang atas kepala’ . I cakap, ‘Altaav kan dah lancar bercakap? Mesti dia dah paham arahan’. Kata Atiq, dia paham 20%, 80% buat-buat tak paham. HAHAHAHHAHAHAHAHA

Sebelum tu kitorang lunch dulu dekat Dolly Dimsum lepas tengok movie cerita Dilwale. I dengan Aliah tengok second time dah. Sazli and Atiq first time. Ni plan suami-suami la ni. 2 orang tu memang GF/BF sangat. Janji nak tengok wayang sama. Kata Aliah, masa dia ajak Atiq cuti nak tengok Dilwale ni, Atiq buat dek je. Bila Sazli ajak, terus member amek cuti. Hahaha. Lepas tu Saz masa dalam cinema mintak nak duduk sebelah Atiq. Sebab dia cakap nanti dia tak paham citer ni, dia nak tanya Atiq T____T Haha. Memang close si Atiq dengan Sazli tu. Lelaki punya friendship ni memang best. Takde sentap-sentap and boleh lebih kurang. Kalau pempuan biasa ada je drama. 

I ketawa je masa Sazli citer dia dengan Apis sesusah ambik Apai, Atiq dengan Acap dekat office masing-masing lepas tu makan blakang opis Acap je (Dekat parking KLCC). Nak menjemput 45 minutes, skali makan blakang opis Acap  tak sampai sejam SEBAB Acap cakap boss dia ada. So pukul 2.00pm dah kena ada dekat office. Hahahahaha. Tapi dorang citer gelak-gelak je. Takde pulak bengang ke apa. Boleh lebih kurang. Cuba kalau pempuan, dah boleh muncung dah kalau macam tu. Hahaha. Tak kira Apai lagi tak makan sushi masa dorang lunch sama-sama. Makan dekat Sushi Zanmai ok? Dediam je. Kata Sazli, Apai nak makan Nasi Goreng Pattaya dekat Sushi Zanmai. Buat perangai sangat Apai ni. Dah la tak makan pedas, tak makan sos cili. Tapi bawak motor besar.

I hope, walaupon kiter semua jarang jumpa but semoga friendship kami para-para isteri dan para-para suami ni akan kekal sampai la akhir nyawa. InsyaAllah. We grow old together and kawan sampai la ke anak cucu. Amin..


Haagen Dazs Fondue. Sedaaaapnyaaaaa. Harga dalam RM70++ kot? Tak ingat sebab Aliah and Atiq belanja. P/s : Rasa macam nak lap ada coklat setitik dekat tepi mangkok tu. OCD Problem. Haha.



4 jenis ice-cream kecik-kecik. Chocolate, vanilla, strawberry and cookies kot? Kecik je size. Just nice untuk sekali ngap. Nampak macam manis kan? Sebenarnya tak. Sedap sangat. Sazli yang jenis tak kuat manis langsung tu pon boleh cakap sedap. I imagine rasa dia akan muak macam DipnDip tapi tak. Rasa macam tak cukup pulak. Heeeee


Ada cookies, strawberry, banana and green apple as well. Balance la makan dengan ice-cream tadi. Ni buat sendiri dekat rumah ni pon best jugak ni. 


Korang boleh pilih 2 jenis chocolate dipping sauce. Kitorang amek milk chocolate. 1 lagi I agak dark chocolate kot? Pastu ada almond. Almond ke tu?


Celup dalam chocolate


Deep dekat almond. Ngap! Seddddaaaaaap Ya Ampun!


Yang ni buah. Layan jugak. Langsung tak over manis and tak muak. Portion ni cukup untuk 4 orang makan. Errrrr macam tak cukup jer?


Siti Nurhaliza and Aliah. Personal Shopper Si Aliah ni. Nanti bulan 2 dia pergi Milan. If korang nak beli Designer Handbag boleh follow Aliah dekat Instagram Ibaggyou Harga memang jauh lebih murah dari Personal Shopper lain. That one I can guarantee.


Atiq and Sazli. Budak Ampang memang kawan baik.

Thank you Aliah and Atiq sebab belanja Haagen Dazs. Upah business deal last year. Haha. Konon nak makan dekat Cream and Fudge dekat Wangsa Walk, tapi sampai kedai tu tutup pun kitorang tak sampai-sampai jugak. Balik je dari KLCC, terus straight ambik Shein dekat sekolah. Harini Miss Sharifah (Principle) cakap Shein sebut, ‘help’ dengan bersusah payah sebab dia nak mintak air tapi dorang tak bagi selagi tak cakap. Dorang cakap dekat Shein, ‘You need to say ’Please Help’ if you want drinks’. Finally Shein give up and sebut ‘Help’. Hahahaha. I boleh imagine macam mana Shein struggle untuk bercakap. Boleh jeeeeeeeeeeeeeeeeee sebut padahal. Saja malas!

Ground Floor Suria Klcc, Persiaran Petronas,
Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

-eNd-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...