Friday, January 15, 2016

Teriyaki Salmon Ball - Sushi Box SEDAP!

Assalamualaikum..

Tadi Dyba ajak makan dekat Sushi Box Avenue K. Makan kat sana je la sebab kitorang nak shopping baju kerja so nak makan yang simple-simple tapi sedap. Konsep dia makan telan je. Tak boleh borak-borak nanti lambat. Hahahaha. Kata Dyba dekat sini sedap. I rasa macam doubt sikit sebab I kan belagak sometime. If nak makan Japanese Food, wajib makan Sashimi. I pernah check out makanan dekat sini, tak nampak any sashimi pulak. I biasa lalu je la, tak pernah ada hati nak singgah sebab konsep dia simple sangat. Amek Sushi yang limited choices tu, lepas tu bayar and lepak makan dekat dalam. Ada kerusi dan meja disediakan. Konsep dia layan diri. But since Dyba cakap sedap and cepat so ok la. Kita cuba la harini. Kalau tak sedap, Dyba kena balik jalan kaki. Exercise skek walaupon dia pregnant 4 bulan. Hahahahaha.

Intan macam biasa, always excited kalau datang kedai konsep lain macam. I pulak nak cepat sebab tengok kedai makin lama makin ramai yang beratur. Tadi time kitorang tak datang, tadek pulak orang nak makan kat sini. Bila kitorang pilih-pilih sushi dah melambak pulak orang singgah. I agak, I ni muka rezeki kedai makan la. Hahahaha. I ambik 1 Teriyaki Salmon Ball, assorted Salmon Sushi yang kecik, Miso Sup and Ice Peach Tea. Total kena RM18.00 semuanya. Nampak je kedai ni simple, tapi bila ambik makanan tetiba harga jadik mahal jugak. Intan la pemenang, dia makan kena dalam RM20.00 padahal tadi dengar macam dia taknak makan sangat. Intan biasa macam tu la, kalau dia taknak, nanti dia jadik makanan dia yang paling mahal. Sama macam kat Boost last time. Dalam dia berkira-kira taknak beli, nak yang murah la apa la, last-last dia punya paling mahal. Hahahaha. Selenga.


Korang kena try this one. Sedap and kenyang. Nama dia Teriyaki Salmon Ball. RM7.00 harga seketul macam ni.



Yang ni Teriyaki Chicken Ball. Bentuk dia bulat macam ni la. Macam lucah pon ada. Hahaha. Dia rice ball, dalam dia ada inti. Memang sedaaaap. Intan makan, lepas tu cakap Oishi! and berangan macam Yuka Kinoshita. Ngek!

Gambar lain nanti I share next entry ok? Sementara waktu, kepada sesiapa yang terliur dah boleh la beli menda ni weekend nanti kalau jalan-jalan dekat sini. Boleh take away, tadek hal. Jangan risau comot ke apa sebab rice ball ni dia bungkus dengan plastik. Sedap, mudah dan kenyang. Miso Sup dia pon sedap jugak. Lain kali kalau datang Avenue K I nak beli lagi la Rice Ball ni. Tu laaaaaaaaaaa, sebelum ni belagak sangat. Sekali dah try, sedap pulak. Sushi dekat sini sedap! Next time nak try sushi yang lain-lain pulak. Ok la. Selamat Hujung Minggu! Jumpa Lagi!

Sushi Box
Lot C-6, Concourse Floor
Avenue K, 156 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

-eNd-

2 comments:

sweet lolipop said...

dap dap dap.. kelessss suraya gamba masuk oh bulan walopun blur2..terus macam ehh ni gambar suraya sulatin.. :p

Chooyaya! said...

sweet lolipop : masalahnya gambar yg tak senonoh panjat pokok yang diambiknya. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...