Friday, January 22, 2016

Koleksi Jam Tangan Titan Raga - The Moonlight Collection

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

Pada 15hb Dec 2015 baru-baru ini, I diantara yang bertuah telah dijemput oleh pihak Titan untuk menghadiri majlis ‘Titan Watch Media Launch’ yang telah berlangsung dengan meriahnya di Svago KLCC. Di majlis ini, Titan memperkenalkan koleksi jam tangan terbaru dari mereka, Titan Raga – The Moonlight Collection yang direka khas untuk wanita anggun disamping koleksi jam tangan mereka yang lain yang terdiri daripada jam tangan untuk lelaki juga. I jatuh cinta bila memandang koleksi jam tangan Titan at a first sight. Semua cantik-cantik and nampak exclusive. Rekaan jam tangan dari Titan amat menarik dan berkualiti tinggi serta nampak mewah tetapi mampu dimiliki oleh semua golongan peringkat. Koleksi jam tangan mereka sesuai digayakan dan diguna disemua tempat. Samaada majlis makan malam, untuk acara santai, riadah dan jugak bersukan. Best kan?

Titan bukanlah sebarang jenama kerana Titan ialah pengeluar jam tangan kelima terbesar di dunia! Jam tangan ini boleh didapati di 32 buah negara diseluruh dunia dan tersenarai diantara Top 100 jenama mewah antarabangsa. Hebat kan? Pernah dengar Tata Group? Titan Company Limited ialah sebahagian daripada konglomerat global yang bernilai $108 Billion di bawah Tata Group. Tata Group memiliki jenama global ikonik seperti Jaguar dan Land Rover, NatSteel dan Corus, kenderaan komersial Daewoo, Perhotelan mewah Taj Group dan Tetley Tea. Diasaskan pada tahun 1984, Titan Group Ltd. merupakan syarikat yang bernilai $1.8 billion, mengeluarkan lebih 13 juta jam setiap tahun dengan profil pelanggan melebihi 135 juta di 32 negara merentasi 7,000 titik jualan. Fuh!! Jam tangan Titan juga dibawa masuk dan diedarkan dalam Malaysia dan Singapura melalui syarikat Chronosoft Sdn Bhd.

Bercakap tentang kualiti koleksi jam mereka, ternyata Titan mengeluarkan hanya jam-jam tangan yang berkualiti dan bagus serta dinilai oleh ramai pakar sebagai diantara yang terbaik didunia. Fasiliti pengeluaran mereka meliputi tapak berkeluasan 450,000 kaki persegi dan telah dianugerahkan pensijilan ISO untuk pengeluaran kualiti alam sekitar. Bukan perkara mudah untuk mana-mana syarikat untuk memperolehi sijil ISO alam sekitar ye? Sangat susah kerana mereka akan melalui procedure kawalan kualiti yang amat ketat  merangkumi semua aspek sebelum dianugerahkan sijil ini. 


Terima kasih kepada Titan kerana menjemput I untuk menghadiri majlis ini. Warna tema pada hari tersebut ialah warna merah.
Selain daripada koleksi Moonlight, Titan turut menawarkan jam tangan hebat yang sempurna dijadikan sebagai cenderahati sempena musim perayaan ini. Diantaranya ialah Edge - Jam tangan kuarza yang paling nipis didunia, kronograf dan dwi-fungsi Octane serta Purple - Jam tangan bercitarasa tinggi untuk pengguna kontemporari Malaysia. Memang rambang mata I tengok koleksi jam tangan Titan depan mata rasa macam nak beli semua dan hadiahkan untuk semua ahli keluarga dan rakan-rakan! Semuanya mempunyai reka bentuk yang menarik serta ekslusif. Jom tengok diantara koleksi jam tangan mereka yang I sempat ambik.





Koleksi jam tangan Titan untuk lelaki dan juga wanita. Terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk. 




Koleksi jam tangan untuk lelaki. Rekaan yang nampak mewah dan tampak eksklusif.




Semuanya cantik-cantik!




This is one of my favorite. Bila pakai, nampak macam pakai bangle.



Titan - Edge. Memang sangat nipis dan sangat ringan! No wonder la sebab Edge ialah jam tangan ternipis di dunia.


Majlis pada hari ini adalah untuk memperkenalkan Titan Raga - The Moonlight Collection.


Host pada hari tersebut. Nadia Heng.

Koleksi Moonlight daripada Raga telah dilancarkan oleh Ketua Perniagaan - Bahagian Antarabangsa, Titan Company Limited, Mr Vijesh Rajan. Dijual pada harga diantara RM375 - RM1,985, koleksi Raga Moonlight ini boleh didapati di kedai-kedai jam utama diseluruh Malaysia. Mr Vijesh berkata, mereka amat teruja untuk memberikan anda semua sebuah lagi koleksi daripada portfolio mereka untuk meraikan musim perayaan ini. Pelanggan mereka di Malaysia sentiasa menghargai, menyokong dan menjadikan mereka diantara jenama jam tangan yang terkemuka di Malaysia. Menurut beliau lagi, jam tangan Moonlight ini ialah interpretasi terhadap keindahan objek yang dibias cahaya bulan; seperti keindahan Taj Mahal, bunga malam yang harum, kesempurnaan baiduri bulan, tasik penuh mistik dan langit malam yang bercahaya.

Setiap jam tangan Raga ialah kanvas terhadap bayangan keindahan dalam rekaan dan ilustrasi keindahan yang dijangkau dari wanita Raga - Elegan, berkeyakinan, cantik dan memiliki kesantunan merentas zaman. Jom tengok koleksi jam tangan Raga - Moonlight Collection yang digayakan oleh model pada hari perasmian tersebut dan jam tangan ini secara lebih dekat. 










Koleksi Jam tangan Moonlight ini sangat menawan untuk para wanita. Diperincikan bersama kristal dan mutiara Swarovski, jam tangan yang turut diperindahkan dengan emas sadurannya ialah aksesori sempurna untuk digayakan oleh semua wanita pada detik istimewa. Jam tangan ini adalah satu ilustrasi terhadap kehebatan pertukangan dan sofistikasi rekaan oleh Titan Raga. Direka untuk wanita kontemporari, koleksi kali ini merupakan gambaran terperinci daripada pancaran perak cahaya bulan. Jom tengok koleksi ini dengan lebih dekat.

Koleksi Jam Tangan Titan Raga - The Moonlight Collection terdiri daripada Night Flowers, The Taj, Starry Night, Moonstone, Mystic Luna, Midnight Candy, Crescent Moon dan Moon Lake.















Mr. Vijesh Rajan bersama model yang menggayakan koleksi Titan Raga - The Moonlight Collection.

Bagi I sendiri, jam tangan ialah salah satu aksesori yang paling penting. Jam tangan mengingatkan I tentang masa. Masa ialah perkara didalam dunia yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Sebab tu ada yang cakap 'Ingat masa kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati'. Tanpa jam tangan, I rasa diri tak sempurna. Bila tengok jam tangan, it remind me to my family and loves one. Macam mana nak habiskan masa dengan lebih berfaedah terutamanya bagaimana I nak spend my quality time with family. Sebab itulah, jam tangan bukan sekadar jam tangan. Tetapi satu object untuk mengingatkan diri I tentang masa dan macam mana untuk menggunakan masa dengan sebaiknya. Dengan Titan Raga - The Moonlight Collection, I rasa lebih berkeyakinan, anggun dan berharga.



Bersama Samantha. My Manager. 



Bobo Stephanie, dan Raja Nadia.



Budiey.

Cantik kan kesemua koleksi jam tangan dari Titan? Seriously I amat jatuh cinta dengan jam tangan ni dan I dah ada pon 1 koleksi jam tangan dari koleksi Titan. Anda pon boleh memiliki jam tangan dari Titan sebab harganya yang sangat mampu milik. Boleh pakai sendiri dan boleh hadiahkan kepada yang tersayang. Tak sangka jam tangan yang tampak exclusive serta sangat berkualiti ini mampu dimiliki oleh semua golongan. At first bila I tengok koleksi Titan, rasa macam tak mampu nak beli. rupa-rupanya jangkaan I ternyata meleset. Untuk informasi lanjut tentang Titan, boleh layari lawan web berikut:-


-eNd-

1 comment:

alesya maisara said...

Saya nak jadi jurujual jam tangan titan.bleh tak pihak pgurusan hubungi saya?