Thursday, January 21, 2016

Makan Simple Tapi Sedap (Part II)

 Assalamualaikum

Weekend bebaru ni balik kampung, I cakap kat Mak nak makan simple je. Ikan Kembong gemok goreng garing, nak makan panas-panas dengan kicap + cilipadi + bawang. Dah, nak makan tu je. Pastu mak tanya, takde kuah ke apa? Tak keseret ke? (Keseret ni cakap Jawa, maksud dia lebih kurang macam tercekik la) I cakap takpe. Sazli memang suka makan kering-kering takde kuah. I pon dah terikut-rikut. I kalau nak makan kuah, kena kuah banjir terus, lepas tu satu lauk je. Contoh nasik + ikan kembong asam pedas. Dah tu je, taknak sayur taknak accessories lain. Sama jugak dengan nasik + ayam masak lemak cili padi. Cuma tambah kicap je. Perrrrghhhhhhhhh memang layan. Tingat Ikan Kembong asam pedas mak, letak daun kesum yang fresh bapak la punya sedap.

Mak kutip cili padi dari luar rumah, I tengok kemain gemok gedempol dia punya lada. Seakan memanggil-manggil untuk dibuat sambal. So I decide nak buat Sambal Ketuk. Ada macam-macam jenis nama sambal ni orang panggil, sambal totok la, sambal gesek la, sambal kaut la, sambal jawa la. Tak kisah la nama apa, janji sambal ni memang sedap. Setakat ni I tadek jumpa lagi orang jual macam Sambal Hitam Pahang tu. Ni sapa yang rajin, boleh buat business ni. Sebab sambal ni memang sedap. Seriously sedap. Nak buat pon simple. Nanti I share macam mana nak buat Sambal Ketuk ni. I dah improvise resepi ni. Bagi tekak I, kalau nak sedap kena guna nampla (sos ikan) instead of garam. Dia punya rasa cenggini *letak thumbs up dekat tepi peha kanan.


Ikan Kembong siram kicap + cili padi + bawang. Memang layan giler woi! Makan ikan tu panas-panas la syarat dia.



Kicap kipas udang merah + cili padi + bawang besar
I tak suka perah limau sebab nanti kicap ni lama-lama jadik cair sangat. Kata la korang nak makan sekali harung habes, boleh perah la asam limau.


Sambal Ketuk – Goreng bawang merah, bawang putih, cili padi, tomato sekaligus. Goreng Ikan Bilis garing asing. Tumbuk semua kecuali ikan bilis. Perasakan dengan gula + nampla atau garam. Lepas tu masukkan ikan bilis and tumbuk lagi. Nak tumbuk manja pon boleh, nak tumbuk tak berapa manja pon boleh. Last sekali perahkan limau nipis. **Telan ailio


Si Shein pon sebooook jugak nak menolong. Tapi kalau dibiarkan, habes segala biskut dia masukkan sekali dalam ni. Suka hati dia je.


Kacang panjang + tempe + tauhu. Ni pon nak resepi? Ok boleeeeeh. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis together forever. Lepas tu tumis. Masukkan kacang panjang, tauhu and tempe yang digoreng awal. Perasakan dengan garam and ajinomoto (optional) siapppp! Nak letak belacan pon boleh tadek hal.


Tengok la wei lada ni, memang mengundang ok? Gemok debab macam Intan je I tengok.


Tanah dekat kampung memang subur, so gini la jadiknya lada kecik mak. Jangan takot makan, InsyaAllah selamat and edible.

Sazli cakap, makan simple macam ni pon dah sedap sangat. Dia memang, apa je yang I masak tak sedap? Semuaaaaaaaaaaaaa sedap. Hahahaha. Ikan goreng tu ada banyak lebih, sebab Mak I konsep dia kalau masak untuk 3 orang, dia budget untuk 10 orang terus. Kata dia biar belebih, jangan tak cukup. Padahal membazir tu amalam syaiton nirrojim. Actually tak membazir pon sebab Ikan goreng yang lebih tu, esoknya mak buat sambal lada kering campur dengan lada besar warna hijau tu and tomato. Poooon sedap! Cuma I pesan pada Mak, jangan masin. Dia tu kalau masak suka nak masin-masin. Orang cakap kalau pempuan masak masin ni tak lama lagi dia nak kawen. Jangan buat pasal Mak.  Hahahaha.


-eNd-

3 comments:

dyba said...

telan ailio.....

Suria Amanda said...

lauk kampung la yang selalu buat diet kecundang

aku nama nora said...

jgn kawen dulu makcik..kasik la saya jln dulu, tgu sue ejas dgn abg bomba tu bila ntaaahhhhhhhhhhhhhh wakakakaka