Assalamualaikum…
InsyaAllah
paling lewat by today Shein dah boleh discharge. Shein demam since Selasa lagi.
Suhu dia naik memang gila-gila la sampai 43 macam tu. Demam berlanjutan dari
Selasa membawak ke Jumaat. Jumaat tu, sebab lepas makan Zithromax dengan
Paracetamol every 4-6 hours pun masih tak kebah, so I bawak Shein jumpa Paeds
Shein, Doktor Adrian Goh and Doktor Adrian cakap admitted jer. Senang dia nak
monitor. I frust la sebab dah plan nak pergi wedding Fiezul Sabtu/Ahad sesambil
holiday dekat Bukit Merah Laketown Ressort dengan Dyba and Intan tapi terpaksa
la kensel. Perancangan Allah kita taktau. Kita hanya merancang, Tuhan
menentukan. Elok dah book semua bilik, dah excited semua tup-tup Shein demam. Menyam.
I cakap kat
doktor nak masuk Ahad, tapi dia cakap ‘I’m
not doing bargain with you. Shein is sick’. Amboi garangnya. Haha. Ok
Doktor, I ikut cakap you. Jangan garang-garang sangat dengan I, sebab I takot. Hehe.
Petang Jumaat
tu check darah Shein and turn out result, Shein kena jangkitan Influenza B and
Ahad tu upgrade satu lagi virus, positive mycoplasma. Kata Doktor Adrian,
Influenza B ni memang demam dia akan tinggi. Shein dapat jangkitan since 2
weeks ago. Maybe dekat sekolah, mall, park etc sebab virus ni dapat dari udara
and takes about 2 weeks untuk budak demam and akan menyerangkan mereka yang
mempunyai imunisasi badan yang lemah. Influenza B tidak merbahaya dan boleh
dirawat di hospital. So Shein on antibiotic Rochepine and makan ubat Tamiflu
(Untuk influenza) and Antibiotic oral Klacid untuk positive mycoplasma. Kata Doktor
Adrian, biasa demam memang akan 2 virus attack together and tag team. Amboi
kemain virus pon nak tag team.
Alolo muka Shein sedih je nampak. Time ni dia ada demam. Main sekejap, lepas tu berenti landing dekat peha and bahu. Nampak dia tak larat.
Klinik Dr Adrian full hari Jumaat tu. Patient ramai giler sebab partner dia, Doktor Patric was on leave. Time ni nak tunggu Doktor siap check patient dari bilik sebelah.
Bengkak-bengkak mata nanges sebab baru lepas ambik darah and pasang drip. Shein ni bapak la kuat ok? Kadang-kadang Sazli pon dia terajang je time nak kasi makan ubat. I syak dia berguru dengan Pendekar Mustar. Haha.
Lama jugak proses insurance dari admission nak ke masuk ward. Sempat la Sazli bawak Shein balik umah dulu dengan tangan dah ada iv drip. By 4.00pm macam tu baru dapat bilik. Shein tak larat masa ni. We made a good decision untuk masukkan dia dalam ward.
Meh I explen
ringkas apa itu Influenza B and Mycoplasma ni untuk tambah pengetahuan kita
emak-emak sebagai panduan sekiranya ada diantara anak korang yang kena
jangkitan 2 jenis penyakit ni ok? Pasal sakit-sakit anak ni pon kita kena ambik
tau. Jangan nak ambik tau pasal handbag dengan mana tempat makan yang sedap je.
Eh. Tu aku!
Hahahahaha.
Influenza B
Influenza B
ini boleh disebarkan melalui udara (bersin/batuk) and boleh berjangkit.
Influenza ni ada banyak jenis and boleh menyerang manusia dan binatang tapi
Influenza B ni dia serang manusia je. Let say orang tu bersin, lepas tu kena
dekat kerusi lepas tu korang pegang and masuk mulut, so dah boleh kena
jangkitan. Influenza B tidak merbahaya dan boleh dirawat. Tapi kalau I cakap
tak merbahaya jangan la pulak ambik mudah. If demam berterusan selama 3 hari,
terus dapatkan rawatan di hospital.
Gejala
penyakit ini ialah seperti demam, sakit
kepala, sengal otot, hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair dan batuk.
Macam Shein, dia tadek selsema and batuk, tapi dia demam and tekak dia sangat
merah. Kanak-kanak paling mudah terdedah dengan penyakit Influenza B ni.
Influenza B ni sejenis wabak yang pada asalnya terdapat pada burung dan
menjangkiti manusia di Asia Timur pada tahun 1997. Memandangkan Influenza B ni
boleh berjangkit, so sapa yang terkena tu eloklah diasingkan supaya membantu
mengurangkan virus Influenza B ni. Orang yang dijangkiti virus Influenza B ni
boleh menyebarkan virus ni kepada orang lain sehingga 5 hari selepas
dijangkiti. Kanak-kanak yang dijangkiti
virus influenza biasanya akan mengalami gastrousus seperti loya, muntah dan
cirit birit. (Tapi Shein cuma demam je).
Rawatan yang
Shein dapat ialah oral Tamiflu and IV drip Rocephine. Sehari lepas drip, Shein
punya suhu dah turun. Second day ada la demam sekejap tapi lepas tu dah ok.
Bagusnya rawatan dihospital sebab usually antibiotic melalui drip ni kesan dia
lebih cepat dari oral. So kalau kesian anak demam lama-lama elok la admitted
je.
Mycoplasma
‘Mycoplasama infection’ atau jangkitan
mycoplasma adalah penyakit pernafasan yang disebabkan oleh pneumonia
Mycoplasma, sejenis organisma mikroskopik, yang berkait rapat dengan bakteria
tetapi bakteria tersebut tiada dinding sel. Organisma adalah lebih besar
daripada virus tetapi lebih kecil daripada bakteria, maka ia dipanggil “atipikal” bakteria. Biasanya
Mycoplasma akan menyerang kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa muda.
Paham tak ayat ni? Maksudnya budak-budak yang berumur 2 tahun keatas la yang
biasa kena serang and golongan yang kurang dari 40 tahun.
Mycoplasma merebak melalui sentuhan
melalui titisan dari hidung dan tekak yang dijangkiti oleh orang yang batuk
atau bersin. Tempoh jangkitan kurang dari 10 hari dan kadang kala mengambil
masa yang lama. Might be kita akan dapat jangkitan di rumah, sekolah dan
tempat-tempat awam. Orang yang dijangkiti akan demam, batuk, bronchitis, sakit
tekak, sakit kepala, dedar dan keletihan (malaise). Usually selepas 10-15 hari
baru gejala ini akan muncul secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 hingga 4 hari
bermula dengan gejala pernafasan, demam pada suhu yang rendah, dedar dan batuk.
Cara rawatan ialah dengan memberi antibiotic
(Macam Shein, dia ambik Klacid). Antibiotik ni diberi untuk kaedah rawatan yang
lebih berkesan. Usually Mycoplasma boleh reda dengan sendiri. Sekiranya
seseorang itu telah terkena jangkitan Mycoplasma, dia akan imun selepas kena
second attack. Kesan jangkitan keduanya biasanya lebih ringan tetapi tempoh
imun tu tidak diketahui. Imun pada Mycoplasma bukan beerti Immortal. Di dalam
dunia tiada yang immortal kecuali Allah sahaja. Semua manusia akan mati *Tetiba
explen macam ni. Haha.
So korang paham tak? Pesan I satu je.
Biar doktor buat kerja sebab dorang tu doktor. Sesusah belajar tinggi-tinggi
tapi kita argue banyak. Kalau dia cakap discharge lepas 5 hari and bonus bermalam
lagi satu hari tu, ikutkan aje dan kena redha walaupon dah naik gila duduk
dalam ward. Jangan banyak soal nak nanges ke apa. Aku tumbuk kang. Hahaha. Yang
penting, I nak remind emak-emak diluar sana, dirumah sila pastikan ubat-ubatan anak
sentiasa dalam mood standby. Takyah tunggu demam baru nak pergi klinik. Basic
thing kena ada ialah Thermometer and Paracetamol. Tak kisah la jenis Panadol
ke, Progesic ke janji PCM. Lepas tu kena ada Sub Voren (Ubat bontot) sebab kata
la kalau anak demam dah lebih pada 39, terus masuk ubat bontot. Voren ni lebih
cepat bertindak dari korang buat spongy. Ubat ni kalau travel wajib ada dalam
bag ok?
Macam Shein, selain dari 2 ubat ni, I
jugak always standby ubat selsema Aerius as well. So let say anak demam
tengah-tengah malam, kita takde la tegopoh –gapah carik ubat kan? Kalau dekat
rumah Mak and Bapak lagi la best, segala jenis panadol, pil chikit teck aun,
vitamin c, ubat batuk, ubat selsema sentiasa ada. Maknanya kalau sapa je tak
sihat, zaaaapppppppppp terus makan ubat. Bagus macam tu.
Shein duduk hospital ni macam tak demam
pon dia. Agak-agak dia bosan, dia ajak turun bawah beli surprise egg and lepak
dekat Starbuck. Kemain. Lepas tu mengadap la iPad. Dari Jumaat duduk hospital,
I dah top up 10GB Internet T___T Tak bagus la Gleneagles ni sebab internet wi
fi dia sangat la slow dan boleh membuatkan Shein campak iPad sebab buffering
tanpa ragu-ragu. Kalau Pusrawi wifi dia bapak la laju. Sazli siap cakap, dia nak
suggest dorang pasang unifi la. Haha. Kitorang was so lucky sebab masa admitted
je, terus dapat Single Room. Woo hoooo! I tak suka share bilik sebab rasa macam
tadek privacy. Lagipon tak boleh sumbat ramai-ramai and susah kawan-kawan nak
visit.
Kepada yang datang visit terima kasih
banyak-banyak terutamanya sekali yang datang bawak makanan. Hahahaha. I ni rasa
kain macam longgar je. Ni mesti dah turun berat badan ni. YES! Thank you pada
semua yang mendoakan kesihatan Shein dekat FB and IG. Tetiba Sazli yang jawab
terima kasih dekat semua sebab dia rimas bontot la tu I tak reply. Hahaha. I
tak mampu nak reply semua sebab bizi dengan Shein tapi I dah like. Kalau like
tu macam cakap terima kasih jugak la, tapi dalam hati.
Jumaat malam Auntie Ellis dah sampai. Thank you Ellis for drop by. A sister that anyone would love to have one :)
Esoknya Kakyang pulak datang. Cantik Kakyang sekarang, dah besar dah pon. Dia datang dengan Kaklong and boipren dia. Jeng jeng jeng!
Edi my ex-schoolmate. Kenapa kau menghantui hidup aku dari dulu sampai sekarang haaaa? Hahahahaha. Thank you Abang Edi sebab datang tengok Shein. Shein memang ngam ni dengan Edi sampai siap nak ikut balik, lepas tu bye-bye I. Boleh?
Besar dah Kaseh. Anak bongsu Kaklong.
Kaklong. Sapa tak kenal memang carik pasal.
Auntie Nadia also come. bawak lotsa fruit, kuih akok and Minion for Shein. thank you Hun. I love you.
Shein pinjam topi Auntie Nadia sekejap.
At night, Mr David and Ms Sharifah (Principle BBI) datang and help me to feed Shein. Kalau tak budak ni taknak makan. Mr David suap, setel semangkok.
Shein and Ms Sharifah. Baik sangat dorang ni. Hari-hari tanya Shein ok ke tak. Asal ada chance, dorang akan drop by jumpa Shein. Sayang betul Sharifah pada Shein. Thank you Sharifah sebab take care and always be nice with Shein. Beautiful people inside out.
Anny datang dengan Alan and Aaron on Sunday. Siap bawak Chichen Rice macam nak makan 10 orang. Tenkiu Anny. Ko kata nak suruh aku kurus tapi selalu ajak makan sedap-sedap. Acane?
Yayyyy! Shein dapat prezen dari Aaron. Abah pon sama naik excited.
Besar kepala kau Shein. Hahaha.
Dah boring, so heret tangan Mama beli Surprise Egg and lepak dekat Starbucks. Makan angin sambil usha awek cantik. Haha.
Jumpa pulak dengan readers blog, Zaihan nama dia. Lemah lembut orangnya/ Anak dia nama Edelyn admitted also sebab demam. Comel sangat Edelyn ni, dalam demam muka moyok je, suruh buat peace dia buat jugak. Hahaha.
Sebelum ni paeds Edelyn Doktor xx, tapi masa masuk emergency, dia mintak tukar dengan Doktor Adrian sebab baca dalam blog ni asyik cakap Doktor Adrian bagus. Hahaha. Tapi kata Zaihan, dia memang suka Doktor Adrian. If tanya apapa doktor explen sampai paham.
I hope lepas ni Shein sihat-sihat je.
Taknak dah la dia demam-demam sebab kesian. Tengah main tetiba berenti sebab
tak larat. Tapi dah nama pon Shein, demam ke tak, tetap dia kuda-kudakan I.
Lepas tu kalau tido, asal dia jaga je wajib kena peluk. Kalau tak peluk, dia
tampar jer. Tsssk Tsssk.
-eNd-
5 comments:
get well soon Shein..bestnya dapat banyak hadiah eh...
Assalamualaikum kak su
harap shein sihat sentiasa,
tp betul saya tukar dari doktor xx kat sana and tukar ke dr adrian,
and dr adrian the best,
Blh tahu x lps admitted 6hr tu masih ade dmm x ank? Ank sy masih dmm lps discharge.. Ni da msuk hr ke 6..ank awk fully recover ambil ms brp hr sis?
Anak saya pun lps discharge hari ke 7, masih demam n selsema n batuk.. ni dah hari ke 9 tp mcm x nmpak perubahan positive. Malam getting worst n berapa hari yg blh tgk dia fully recover ntah. Risau..
Comel . Terima kasih untuk info pasal infulenza ni
Post a Comment